18 August 2014

Tips Pancing2u: Kenali Batu Ladung Dan Kegunaannya

Admin ada menerima komen dari salah seorang pembaca Pancing2u memohon agar dikongsikan tips penggunaan Batu Ladung. Oleh yang demikian, artikel dibawah rasanya boleh dimanfaatkan serba sedikit untuk kemudahan ketika sesi pancingan anda semua kelak. Kali ini P2U Angler akan berkongsikan jenis dan cara penggunaan batu ladung yang sesuai bagi setiap padang pancing

Batu Ladung Atau pemberat merupakan antara aksesori wajib yang diperlukan untuk memancing. Kebiasaannya, batu ladung berperanan mengekalkan posisi perambut dan umpan anda. Batu ladung lazimnya diperbuat dari timah kerana ciri utama timah ialah ketumpatan tinggi dan menjadikannya berat, suhu lebur rendah dan menjadikan kos pembuatan murah, tahan karat dan tahan hakisan air laut.


Proses Pembikinan "Batu Ladung"
Pembikinan batu ladung ini telah lama di laksanakan sejak dari zaman dahulu lagi, dan di zaman moden ini terdapat pembuat batu ladung yang masih menggunakan cara tradisional dalam proses peleburan timah, acuan dan penyejukan. Terdapat pelbagai jenis batu ladung yang berada dipasaran masa kini. Walau bagaimana pun, masih ramai lagi yang kurang arif mengenai kesesuaian penggunaan batu ladung ini sama ada bentuk, saiz atau pun beratnya. Setiap jenis dan bentuk batu ladung mempunyai ciri-ciri tersendiri dan dapat digunakan mengikut kesesuaian padang pancing anda.


Batu Ladung Bulat

Batu ladung berbentuk bulat sangat sesuai digunakan untuk memancing di kawasan yang pantai atau laut yang landai, berpasir ataupun berlumpur. Tetapiia tidak sesuai digunakan di kawasan berbatu karang kerana bentuknya yang bulat sememangnya memudahkan batu jenis ini untuk tersangkut.

Cara penggunaan batu ladung bergantung pada keadaan air di kawasan berarus deras, gunakanlah saiz yang lebih berat agar tali anda tidak hanyut terlalu jauh dari kawasan permainan ikan.


Batu Ladung Panjang

Batu ladung berbentuk panjang juga antara jenis pemberat yang biasa digunakan oleh pemancing tidak kiralah di pantai, Kolam mahupun tasik. Batu jenis ini sangat efektif digunakan untuk pancingan tepi pantai ataupun kuala.

Batu ladung jenis ini juga boleh diguna pakai untuk pancingan di kawasan berbatu karang. Bentuknya yang menajam di kedua-dua hujung berpotensi untuk mengelakkan perambut anda dari tersangkut di celah-celah batu karang. Sama seperti batu ladung bulat, saiz batu ladung panjang juga digunakan mengikut kawasan memancing anda.


Batu Ladung Hidup

Batu ladung hidup merupakan sejienis pemberat yang membenarkan tangsi bergerak bebas melaluinya tanpa diikat. Kebiasaannya batu jenis ini sesuai digunakan di kawasan muara dan ia juga sering digunakan untuk memancing di tasik, sungai atau kolam-kolam komersial.

Penggunaan batu jenis ini amat sesuai digunakan untuk memancing ikan Siakap di muara-muara sungai kerana bagi sesetengah ikan (seperti Siakap) ia akan memuntahkan kembali umpan apabila terasa 'berat' dan umpan tersangkut-sangkut pergerakannya. Jenis batu ladung hidup yang popular ketika ini ialah batu ladung biji kana dan batu ladung bulat.


Batu Ladung Sauh

Batu sauh amat popular digunakan oleh kaki pancing dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Batu jenis ini amat bersesuaian digunakan di kawasan yang berarus deras terutamanya waktu air jalan pasang ataupun air jalan surut. Kegunaan dawai di sekeliling batu sauh ini dapat mencengkam dasar laut sekali gus mengelakkan dari perambut kita dihanyutkan arus deras.


Batu Ladung Leper

Bentuk batu ladung leper ini direka untuk memastikan umpan tidak hanyut apabila dilontar ke kawasan tepi pantai. Namun begitu, batu jenis ini lebih sesuai digunakan untuk joran aksi ringan sahaja. Ini kerana, kebiasaannya, ikan-ikan sasaran untuk batu jenis ini hanyalah untuk ikan-ikan kecil seperti Gelama, Bolos dan sewaktu dengannya.

3 comments:

  1. Salam tuan mna boleh saya beli acuan ladung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assaalamualaikum Sham Syaif,

      Terima kasih kerana melayari Blog Pancing2u untuk mendapatkan info dunia pemancing, maklumat kolam serta tips memancing.

      Bagi pertanyaan tuan mengenai membeli acuan batu ladung, tuan boleh rujuk di Google.com > taip Acuan Batu Ladung. Disana terdapat pelbagai penjual yang menjual serta menawarkan batu ladung pada harga yang murah mengikut kemampuan tuan.

      Delete
  2. Hello.. Adakah tuan masih membuat ladung

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...