Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca Pancing2u yang dihormati, sudah hampir 1 bulan Admin tidak mengemaskini blog untuk tatapan semua almaklumlah sebulan kita berpuasa maka aktiviti memancing dikurangkan sedikit, kemudian di sambung pula dengan menyambut hari lebaran maka berhabuklah set pancing kata orang, tangan pun "Parkinson" sebab lama bercuti rehat dari dunia memancing.
Baiklah untuk memanaskan badan dan menaikkan semangat memancing kembali ekoran lama berehat makanya pada hari Selasa yang lalu, perkara pertama yang dilakukan adalah singgah sebentar ke Kepong Tackles Sdn. Bhd. untuk membuat sedikit persediaan memancing serta menaikkan kembali mood yang suram. Dapatlah kiranya cuci mata berkenaan produk-produk baru dipasaran sekarang, disamping ada barang-barang yang dipesan oleh rakan P2U Angler sebelum trip akan datang.
Mungkin ramai pembaca diluar sana yang tahu dan telah pergi sendiri ke Kepong Tackle, sememangnya kedai ini merupakan kedai yang dikenali ramai serta menjadi "Port" bagi sesetengah kaki pancing tegar yang akan singgah sebelum mengikuti trip-trip memancing. Ini disebabkan oleh terdapat banyak pilihan barang kelengkapan memancing dan mereka menawarkan harga yang murah. Kedai ini juga merupakan salah satu kedai pancing tertua yang mana telah ditubuhkan seawal tahun 1985, Wow Lama juga!.
Kedai Yang Lengkap Dengan Pelbagai Pilihan Barangan Pancing |
Ratusan Joran Dari Harga Serendah RM 20 > Rm 1k++ |
Lokasi kedai ini sememangnya dekat dengan rumah Admin, oleh itu ini merupakan kunjungan kali ke 3 disini, tapi pada kali ini Admin ingin berkongsi sedikit gambaran dan info mengenai Kepong Tackle Sdn. Bhd. Antara info yang menarik untuk dikongsikan, bagi mereka yang meminati jenama Megabass dan Shimano, kedai ini merupakan salah satu 'hub' terbesarnya dimana satu bahagian di dalam kedai dikhaskan untuk jenama tersebut.
Bagi Peminat Haruan Dan Toman... |
Boleh koyak poket kalau datang sini, duit raya banyak ini ada juga yang terbelanja nanti, masa cuti hari raya hari tempoh hari sibuk saudara Admin ajak "Meruan" di sekitar parit-parit di kawasan kampung namun apa yang kurang adalah "Jump Frog" oleh itu Admin terpaksa membeli barang seketul dua untuk di uji. Lepas ini kalau pulang ke kampung bolehlah cuba-cuba "Casting" disana.
Sempat Sambar 2 Biji Katak!!!... |
Baiklah setakat ini sahaja cerita yang dapat dikongsikan untuk semua, In sha allah kami P2U Angler akan turun untuk memancing dalam waktu terdekat ini dan jangan lupa untuk ikuti sesi pancingan kami. Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada para pembaca dan dibawah disertakan panduan untuk ke Kepong Tackles Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment