25 May 2013

Pameran Memancing & Aktiviti Luar 2013

Pameran yang akan berlangsung selama 3 hari; Jumaat, Sabtu dan Ahad 28-30 Jun antara pukul 10:00am - 8:00pm akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor. Satu lokasi yang mudah ditujui berserta kawasan parkir kereta yang luas di sekelilingnya.

Pelbagai aktiviti akan diadakan dan yang utama adalah jualan habis-habisan barangan memancing dan produk aktiviti luar dari kebanyakan syarikat-syarikat yang mengambil bahagian. Tidak dilupakan pameran produk-produk memancing terkini 2013-2014 dari dalam dan luar negara. Anda juga boleh mempelajari dan mendapatkan info-info terkini berkenaan alatan memancing dan peralatan aktiviti luar daari pempamer yang mengambil bahagian.

Pameran kali ini juga lebih menarik dengan cabutan bertuah, roda putaran, peraduan pakaian memancing sedondon, peraduan photo aktiviti luar, peraduan meneka bilangan gewang di dalam balang, pertandingan "casting" gewang, pertandingan layangan tepat dan banyak lagi dan semestinya akan menawarkan hadiah-hadiah yang lumayan. Terdapat juga aktiviti derma untuk pelepasan benih atau stok ikan di perairan awam dikendalikan oleh Kagum, klinik, demonstrasi dan ceramah memancing seperti casting, jigging dan fly fishing dari wakil-wakil pengedar yang mengambil bahagian.

Jangan lengah, tandakan tarikh 28-39hb Jun dalam kalendar anda!

TCE Tackles Karnival Angling Fair 2013

Angling Fair kembali lagi bagi edisi 2013 bermula 28 Mei 2013 sehingga 2 Jun 2013, dengan pelbagai produk memancing terkini dan aktiviti-aktiviti menarik untuk disajikan buat seluruh kaki-kaki pancing. Karnival Angling Fair 2013 anjuran sepenuhnya oleh TCE Tackles merupakan karnival tahunan yang diadakan di seluruh cawangan TCE Tackles di Malaysia.

Namun, bagi semua aktiviti utama Angling Fair, ia cuma diadakan di dua cawangan bilik pameran TCE Tackles sahaja iaitu di cawangan Lunas, Kedah dan Alam Megah, Selangor. Karnival yang dijadualkan berlangsung selama 5 hari ini, pastinya rancak apabila diwarnai dengan pelbagai aktiviti-aktivi menarik seperti walk-in mystery free gift, permainan simulator simfish pertandingan mewarna, pemberian belon percuma dan fun time game.

Mengekalkan tema kekeluargaan seperti edisi-edisi yang lalu, Angling Fair 2013 menjanjikan sebuah karnival yang menarik, unik, dan ideal untuk dikunjungi seisi keluarga. Pertandingan mewarna yang diadakan untuk kanak-kanak diserikan dengan pelbagai dengan pelbagai tawaran hadiah-hadiah menarik. Angling Fair 2013, pastinya menarik perhatian kaki-kaki pancing pancing setempat dengan pelbagai produk memancing boleh didapati dengan harga yang menarik. Malah, keunikan Angling Fair juga memberi peluang kepada mereka yang baru berjinak-jinak di dalam dunia pancingan untuk melihat sendiri inovasi terbaru produk memancing di semua bilik pameran TCE Tackles di seluruh Malaysia.

Antara produk baru yang terdapat di Angling Fair 2013 adalah kekili, tali pancing, joran dan aksesori dari jenama antarabangsa seperti Ajiking, St. Croix, Banax, Ecooda, Strike Pro dan banyak lagi. Angling fair 2013 turut membuka peluang kepada semua pemborong dan sesiapa sahaja yang berminat memulakan perniagaan peralatan memancing dengan menawarkan produk berkualiti pada harga yang relevan.

Untuk keterangan lanjut, boleh layari laman sesawang www.tcetackles.com.my atau hubungi 04-4841628 / 4844524. Jom semua gegarkan Angling Fair 2013!.

                                   

19 May 2013

Persediaan Sebelum Memancing

(Fishing Equipment)
Sedikit info yang dapat dikongsikan oleh Admin bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia pemancingan. Sebelum seseorang itu memulakan aktiviti pemancingan, mereka perlu mengetahui jenis-jenis Rod dan Kekili yang hendak digunakan sewaktu memancing. Kawasan dan lokasi memancing juga memainkan peranan penting dalam menentukan penggunaan Rod dan Kekili. Sebagai contoh spot memancing di  kolam berbayar, tasik, lombong, alur sungai, muara, persisiran pantai, dan di lautan memerlukan joran yang berbeza. Ini disebabkan tabiat penghuni dasar yang berlainan jenis.

Gambarajah diatas menunjukkan terdapat beberapa jenis Rod dan Kekili yang sesuai digunakan mengikut kesesuaian aktiviti memancing. Antaranya adalah:
  1. Spinning Rod and Reel     (*Teknik Bottom / Casting / Pelampung)
  2. Spincast Rod and Reel     (*Teknik Casting)
  3. Fly Rod and Reel              (*Teknik Casting / Pelampung)
  4. Saltwater Rod and Reel   (*Teknik  Bottom / Casting / Poping / Jigging )
  5. Baitcast Rod and Reel     (*Teknik Casting / Poping / Spooling)
Kesemua pemilihan peralatan memancing tersebut adalah diatas kesesuaian dan keselesaan para pemancing. Faktor lokasi dan spot pemancingan juga perlu titik beratkan dalam memilih jenis Rod dan Kekili tersebut. Ini dapat mengurangkan masalah tersilap teknik dan tahap keselesaan para pemancing. Disamping itu juga penggunan "umpan tiruan" yang bersesuaian juga merupakan antara faktor yang menyumbang terhadap sambutan mendapatkan hasil pancingan. 

Sebagai seorang pemancing yang baru menceburi dunia pemancing, adalah digalakkan untuk pergi ke kedai pancing berdekatan bagi mempelajari teknik dan jenis-jenis peralatan pemancingan yang terbaru dipasaran. Rajin-rajinlah untuk mendapatkan ilmu!!!.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...