18 May 2015

Sirkit Pancing Putrajaya 2/2015

Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca Pancing2u yang dihormati, kali ini di ruangan buletin P2U Angler Admin ingin mempromosikan iklan berkenaan Sirkit Pancing Putrajaya 2/2015 yang sering kali diadakan setiap tahun di Tasik-tasik sekitar Putrajaya bersemperna "Hari Belia Negara 2015". Ini merupakan siri ke 2 kejohanan pada tahun 2015, lokasi yang dipilih bertempat di sisiran Tasik Persint 4 manakala tarikh pertandingan pula pada 31 Mei 2015 dari jam 7:30am hingga 12:30pm. Hadiah-hadiah yang di tawarkan juga agak menarik berbanding tahun lalu disamping itu terdapat juga cabutan bertuah untuk peserta. Untuk sebarang maklumat pertandingan boleh menghubungi nombor telefon yang tertera didalam iklan tersebut atau lawati laman sesawang tertera. 

Sedikit tips yang boleh dikongsikan oleh Admin kepada mereka yang baru dan ingin menyertai Sirkit ini adalah pastikan anda tiba awal dilokasi, mematuhi segala syarat-syarat pertandingan dan menyediakan umpan yang paling mantap sebagai bekalan ketika pertandingan. Setakat hari ini P2U Angler masih belum beroleh sebarang hadiah namun in sha allah kami akan terus berusaha menyertai dan menyokong pertandingan berprestij ini. Akhir kata, kepada pemancing yang menyertai pertandingan tersebut jangan lupa untuk bertemu kami di sana, bolehlah kita bertukar-tukar pandangan serta tips. Selamat memancing.

POSTER SIRKIT PANCING PUTRAJAYA 2/2015
HADIAH YANG LUMAYAN!!!...
LOKASI SIRKIT
-Copyright @ Pancing2uTM-

P/S: Kalau terserempat dengan P2U Angler jangan lupa untuk bertegur sapa...

3 comments:

  1. kelmarin dah register. agak2 admin port mana yang jadi tumpuan ikan2 mega? saya ni newbie lagi. hehe-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Laskar Pelangi,

      Newbie atau Pro kita sama sahaja mempunyai minat yang mendalam terhadap dunia memancing, bagus dan teruskan untuk mengikuti blog kami untuk mendapatkan tips-tips serta lokasi pancingan bagi memantapkan ilmu memancing tuan.

      Blog Pancing2u ini buat masa ini memaparkan hasil-hasil tangkapan yang diperoleh dari Kolam-kolam komersial sahaja dan masih belum terjah port liar seperti lautan dan tasik besar.

      Untuk merasai tarikan ikan mega dan bersaiz gadang tuan boleh cuba untuk merujuk posting:

      "NATURAL EXOTIC FISH FIHSING POND"

      dibahagian "Lokasi / Port (Bayar) kami.....disana terdapat ikan2 bersaiz megatron.

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...