27 June 2013

Toman Tasik Bukit Merah, Perak - (12.12.2011)

Tanyalah mana-mana pemancing di Malaysia apakah ikan idaman kalbu yang didambakan pasti majoriti mengatakan Ikan Toman. Ikan sukan yang juga termasuk dalam kumpulan "Snake Head" ini sememangnya ikan sukan yang mencabar seorang pemancing dan memberi mesej yang jelas tentang apakah itu tarikan dan asakan yang ganas. Ikan ini merupakan ikan pemangsa yang menjaga kawanan anak-anaknya dan bertindak apabila kawasanya diceroboh. Ahli P2U Angler juga tidak ketinggalan mencuba nasib dan telah berjaya menewaskan spesis yang ganas ini. Mari kita ikuti cerita dibawah.

Pada cuti sekolah hujung tahun 2011 yang lalu, saudara Hairul salah seorang ahli P2U Angler yang juga dikenali dengan gelaran "King Of Toman" sempat menerjah Tasik Bukit Merah yang terletak di Perak. Beliau dan seorang rakannya yang juga saudaranya bernama Firdaus telah mencuba lubuk Toman di tasik tersebut. Jarak dari Tasik Merah ke kampung mereka adalah lebih kurang 15 minit perjalanan menaiki motor. Apa yang menyeronokkan adalah pemancing yang memancing di tasik berkenaan terpaksa memancing diatas landasan keretapi lama memandangkan landasan tersebut melalui atas tasik tersebut.

Set kelengkapan yang boleh diketegorikan sebagai set sederhana diperturunkan dalam sesi kali ini. Joran sepanjang 6' kaki jenama Ugly Stick "Blankt" dan kekili dari Shimano merupakan senjata utama yang dipertaruhkan. Tali sulam berkekuatan 60 paun keluaran Power Pro berserta perambut dawai jelas menyampaikan mesej yang sesi kali ini bukan calang-calang misinya. Umpan yang digunakan adalah anak Ikan Keli yang dicangkuk dibahagian ekornya. Manakala gewang-gewang pelbagai jenis dipersembahkan.
Hairul menggunakan teknik "Bottom" kerana membiarkan umpan anak Ikan Keli tersebut hidup dan berenang-renang di kawasan sasaran. Sambil menunggu umpan dimakan bolehlah kiranya menjamah makanan dan minuman yang dibawa dari rumah bersama saudaranya. Hampir 1 jam menunggu masih tiada sambaran dirasakan. Firdaus masih tidak jemu "Casting" namun masih tiada sambaran.

Kemudian joran Hairul terasa satu tarikan yang amat kuat sehingga menyebabkan jorannya melentur membentuk huruf U, nasib baik ianya Ugly Stick yang sememangnya terkenal dengan kekuatan grafitnya kalau tidak tidak tahulah apa yang jadi. Setelah dilayan secara perlahan-lahan, kerauan demi kerauan dilakukan akhirnya Sang penghuni tasik tertewas juga dan ternyata ianya bukan Toman bersaiz biasa kerana saiz yang muncul setelah seharian membangau adalah Toman bersaiz Gadang!. Anggaran berat ikan tersebut adalah diantara 4-5 kilo. Hati terasa puas kerana misi telah tercapai.

Akhir kata, misi menjerat penunggu Tasik Merah telah berjaya dan membuahkan hasil. Kenangan manis ini akan dipahatkan dihati mereka. Ikan tersebut dilepaskan kembali selaras dengan inisiatif menjaga kehidupan liar. Sebelum malam menjelma Hairul dan saudaranya bergerak keluar dari tasik tersebut. Sekian terima kasih diucapkan kepada seluruh para pembaca Pancing2u.

(Toman Tasik Merah)
(Memancing Diatas Landasan Keretapi)

5 comments:

  1. tiada larangan ke msk atas laluan k/api?

    ReplyDelete
  2. Mengikut kata member,

    Dia ikut sedaranya yang memang orang kampung disitu. Makanya memang tidak ada masalahlah untuk memancing disitu. Lagi pun pintu masuk tasik tersehut merupakan laluan orang kampung.

    Kalau orang luar nak pancing itu rasanya kene ada "Guide" dari penduduk yang tahu selok belok ok.

    ReplyDelete
  3. Ni dekat belah mane yer?? apa nama kampung ni?

    ReplyDelete
  4. Salam Bro Rarahim,

    Merujuk kata member yang pancing tu dia hanya memancing di landasan keretapi yang merentasi Tasik Merah tersebut. Nama kampung tidak pasti.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...