(Fishing Equipment) |
Sedikit info yang dapat dikongsikan oleh Admin bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia pemancingan. Sebelum seseorang itu memulakan aktiviti pemancingan, mereka perlu mengetahui jenis-jenis Rod dan Kekili yang hendak digunakan sewaktu memancing. Kawasan dan lokasi memancing juga memainkan peranan penting dalam menentukan penggunaan Rod dan Kekili. Sebagai contoh spot memancing di kolam berbayar, tasik, lombong, alur sungai, muara, persisiran pantai, dan di lautan memerlukan joran yang berbeza. Ini disebabkan tabiat penghuni dasar yang berlainan jenis.
Gambarajah diatas menunjukkan terdapat beberapa jenis Rod dan Kekili yang sesuai digunakan mengikut kesesuaian aktiviti memancing. Antaranya adalah:
- Spinning Rod and Reel (*Teknik Bottom / Casting / Pelampung)
- Spincast Rod and Reel (*Teknik Casting)
- Fly Rod and Reel (*Teknik Casting / Pelampung)
- Saltwater Rod and Reel (*Teknik Bottom / Casting / Poping / Jigging )
- Baitcast Rod and Reel (*Teknik Casting / Poping / Spooling)
Kesemua pemilihan peralatan memancing tersebut adalah diatas kesesuaian dan keselesaan para pemancing. Faktor lokasi dan spot pemancingan juga perlu titik beratkan dalam memilih jenis Rod dan Kekili tersebut. Ini dapat mengurangkan masalah tersilap teknik dan tahap keselesaan para pemancing. Disamping itu juga penggunan "umpan tiruan" yang bersesuaian juga merupakan antara faktor yang menyumbang terhadap sambutan mendapatkan hasil pancingan.
Sebagai seorang pemancing yang baru menceburi dunia pemancing, adalah digalakkan untuk pergi ke kedai pancing berdekatan bagi mempelajari teknik dan jenis-jenis peralatan pemancingan yang terbaru dipasaran. Rajin-rajinlah untuk mendapatkan ilmu!!!.
No comments:
Post a Comment