Pada kali ini Pancing2u ingin berkongsi sedikit tips kepada pembaca blog ini berkenaan teknik penjagaan joran agar is tahan lama. Bagi saya 15 petua atau 'pantang larang' yang dipaparkan dibawah ini boleh dinilai sendiri oleh pemancing untuk memanjangkan hayat penggunaan joran yang dimiliki. Antaranya:
- Usah memijak, duduk, atau menghempas objek berat keatasnya terutamanya pada sebelah hujung.
- Jangan himpit pada pintu kereta atau bonet.
- Gunakan joran untuk memutuskan tali tangsi tersangkut sambil membiarkan ia melengkung seperti huruf "U".
- Usah mencampakkan joran.
- Jangan membilas joran selepas digunakan.
- Jangan meletakkan joran dibahagian bawah sekali sama ada didalam kereta atau bot sebelum barang-barang lain dimuatkan ke atasnya.
- Elakkan hujung joran terkena syiling kipas ketika membelek joran di kedai.
- Jangan membiarkan anak-anak anda bermain jolok-jolok menggunakan joran anda.
- Menunjuk kepada kawan-kawan betapa kuatnya joran anda dengan melenturkannya membentuk huruf "U".
- Usah mengacak joran ke langit ketika cuaca kilat.
- Jangan membebankan joran anda dengan meletakkan tali tangai 50lb - 80lb dengan menggunakan joran untuk menguji daya ketahanan tangsi tersebut sehingga putus.
- Mengangkat beban atau ikan melebihi 10kg dengan menggunakan joran tanpa menggunakan tangan ketika mengambil gambar.
- Usah meminjamkan joran anda kepada kawan-kawan yang baru belajar memancing.
- Memegang bahagian hujung joran yang nipis dan bukannya tempat pemegang.
- Menggunakan joran yang telah reput, patah, rosak untuk sesi berikutnya boleh membahayakan pemancing dan orang lain.
No comments:
Post a Comment