Dalam
menghabiskan cuti hari raya ini, saya (Admin) telah mengaturkan beberapa trip
untuk memancing di kolam-kolam sekitar kawasan tempat tinggal. Sepanjang cuti 1
minggu tersebut saya telah meluangkan masa menduga makhluk dasaran di beberapa
kolam antaranya Kolam No. 2 Sea Lion, Kolam Jugra Sport Fishing dan Green
Paradise (GP), Rawang.
(Kolam Yang Lengang) |
Dalam
menghabiskan cuti hari raya ini, saya (Admin) telah mengaturkan beberapa trip
untuk memancing di kolam-kolam sekitar kawasan tempat tinggal. Sepanjang cuti 1
minggu tersebut saya telah meluangkan masa menduga makhluk dasaran di beberapa
kolam antaranya Kolam No. 2 Sea Lion, Kolam Jugra Sport Fishing san Green
Paradise (GP), Rawang.
(Banax Xtream GT 3000 dan Abu Tourmanent SX) |
Ada yang kumpau, ada
yang membangau, dan ada juga yang rabut. Tidak dapat dinafikan yang bukan
setiap kolam saya pergi saya akan berjaya mendaratkan ikan cuma apa yang saya
fokus untuk dititik beratkan adalah ilmu yang diperoleh antaranya teknik
memancing, ekologi setiap kolam tersebut, corak pemakanan dan diet ikan-ikan
tersebut malah info dari "otai-otai" kolam dalam memilih kekili, tali
dan rod juga harus diambilkira. Almaklumlah saya ini budak baru belajar,
pandangan dan nasihat dari pakar kolam harus dipelajari.
(Berjaya Mendaratkan Siakap Juvinil 1.6KG) |
Pada sesi kali ini saya
telah turun ke GP, Rawang untuk mencuba nasib. Disebabkan masa agak terhad dan
kadar kewangan selepas menyambut hari raya berkurangan saya hanya memancing
selama 2 jam pada kadar Rm40.00. Saya hanya berserah kepada Allah S.W.T andai
kata sesi kali ini pulang kumpau juga. Saya tiba dikolam tersebut pada pukul
1.20pm dan kelihatan orang berkurangan disana kerana hari tersebut merupakan
hari bekerja. Apa yang kita sedia maklum, apabila orang kurang memancing bermakna
taukeh kolam secara automatiknya akan melepaskan ikan tidak banyak.
Walau bagaimana pun itu
tidak mengoyahkan saya untuk turun beraksi di kolam tersebut. Pepatah
mengatakan "Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal
lengan". Saya akan tetap menggagahkan diri dan berusaha untuk membawa
pulang ikan pada hari tersebut. Karauan demi karauan dilakukan namun masih
tidak mendapat sebarang getuan dari sang penghuni kolam. Kejadian sangkut di
celah-celah batu itu kerap berlaku. Umpan Udang sudah 5 ekor ditukar, asal biar
bottom sahaja Udang mati ekoran dibedal anak ikan Lampam yang ada dikolam
tersebut.Ini menambahkan lagi stress saya sebab harga seekor Udang bukannya
murah Rm1.00.
Kini waktu memancing
semakin tenat dan sudah sampai ke penghujungnya, sudah hampir 2 jam. Tiba-tiba
ada seorang pemancing yang ingin dikenali sebagai Abg Sani datang ke port saya
memancing dan kami pun layan borak tentang pengalaman dan berkongso ilmu serta
teknik memancingnya. Abg Sani berasal dari Kelantan dan sudah biasa memancing
di kolam tersebut, katanya pada hari tersebut dia cuti sebab semalam dia dah
berjaya menaikkan 7 ekor ikan di situ. Dia juga memberitahu ada sebuah kolam
pancing yang ada di Pulau Carey yakni Kolam Pancing Loong Sang. Kolam tersebut
mempunyai makhluk dasaran yang bersaiz gadang dan sesuai jika ingin merasa
tarikannya.
Banyak ilmu saya berjaya
peroleh darinya dan sedang berborak-borak tiba-tiba saya menerima getuan dari
sang penghuni dasaran, tengok gaya macam seekor Siakap. Abg Sani menyuruh saya
melepaskan tali dan mengetatkan drag sedikit, ikan sudah terjerat san saya
mengawal pergerakan ikan tersebut agar tidak terlepas. Apabila tiba di tepi
kolam tangguk digunakan untuk menyauk ikan dikuatiri rabut dari tali
memandangkan ikan bergerak ganas bila tiba dipermukaan kolam. Alhamdulilah saya
berjaya mendaratkan seekor Siakap berat berukuran 1kg. Nasib baik disaat akhir
ada ikan yang sangkut, memang rezeki saya pada hari itu.
(Brader Indon Siang Ikan) |
Apa yang bagus disini
ada disediakan perkhidmatan menyiang ikan yang ditangkap dan pemancing hanya
dikenakan bayaran Rm2.00 sahaja. Akhir kata dari saya, terima kasih diucapkan
kepada pembaca Pancing2u kerana sudi meluangkan masa membaca aktiviti memancing
disini. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya &
Maaf Zahir Batin".
No comments:
Post a Comment