Assalamualaikum diucapkan kepada pembaca Pancing2u. Selamat Hari Wesak diucapkan kepada yang menyambut perayaan tersebut, bersemperna dengan cuti perayaan tersebut P2U Angler telah berkomplot ke Kolam Pelita Harmoni (PH), Banting.
Ketibaan P2U Angler (*Aisey Nak Kena Ada Uniform Laa..) |
Untuk makluman pemancing yang belum pernah ke Kolam PH ini, kolam buka seawal jam 8am hingga 3am setiap hari. Terdapat 4 kolam yang khusus untuk spesis seperti Siakap, Senangin Taiwan, Kaci, Jenahak dan Kerapu. Yuran masuk adalah sebanyak Rm3.00 (pagi) dan Rm5.00 (malam) serta terdapat kolam khas untuk CNR.
Pekene Teh Tarik Pun Sodap!... |
Pada sesi kali ini hanya Saya (Admin), Torres dan Ringgo yang turun ke kolam tersebut bagi menangkap ikan Siakap untuk dibuat lauk pada hujung minggu ini. Kami tiba di lokasi pada pukul 11.00 malam dan kelihatan beberapa pemancing yang masih ada disekitar kolam tersebut.
Rod: X-Puyu Zonoa 5'0'' Reel: Tomman Spin Pro 2000 Line: Tomman Performance 15lb |
Kami hanya menggunakan set ringan sahaja memandangkan Kolam Siakap ini hanya mempunyai Siakap saiz Juvenil anggaran 500 gram ke 1 kilo sahaja. Umpan pula hanya menggunakan Udang Hidup yang dijual dikaunter masuk kolam. Admin pula ingin menguji set Tomman yang diterima semperna memenangi pertandingan majalah SIRIP (*Rujuk Cerita Lepas), biar melekat "Hanyir" sikit.
Ini Kira Tangkapan Paling Besar Malam Ini Anggaran 800g |
Pada malam ini kami memilih 'spot' pondok di bahagian hujung kolam kerana merasakan ikan kurang aktif dan akan berada dikawasan yang paling dalam yakni dihujung kolam serta menggunakan teknik 'bottom' sahaja.
Naik Pun... |
Kecik Sahaja... |
Joran Admin disentap dahulu namun ekoran lompatan akrobatik dari Sang Siakap Kecil menyebabkan kes rabut berlaku namun ianya tidak menggugat semangat kami. Torres telah berjaya menaikkan Siakap beranggaran saiz 800 gram boleh tahan juga besarnya.
Akhirnya Berjaya Menaikkan Siakap |
Jojo Sedang Berusaha Membuka Mata Kail... |
Apa yang kami lihat rata-rata pemancing yang pulang mengghurung hampir 10-15 ekor Siakap. Meriah betul hasil tangkapan mereka agaknya berapalah jumlah *"Tol" yang dikenakan nanti, Hehehe...
*"Tol" = Jumlah Berat Ikan Yang Akan Ditimbang (1kg x Rm17.00)
Alang-Alang Siang Sekali... |
Akhirnya sebanyak 8 ekor Siakap kami berjaya pancing dari 11 malam hingga 3 pagi. Saya 3 ekor, Torres 4 ekor dan Jojo 1 ekor. Alhamdulilah, dengan rezeki yang diberikan oleh Allah ini dapatlah kami dan keluarga makan "Best" hujung minggi ini. Terima kasih diucapkan kepada pembaca Pancing2u dan nantikan cerita 'Komplot' kami dilain kali. Assalamualaikum wbt.
No comments:
Post a Comment