Pameran memancing dan aktiviti luar 2013 kembali lagi dan yang pasti kali ini lebih menyengat dan menarik. Apa yang pasti budak-budak P2U Angler tidak ketinggalan mengunjungi pameran ini. Aktviti-aktiviti yang di paparkan kali ini sangatlah berguna bagi warga pancing dan mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia pancing. Kunjungan kali ini bertujuan menambah ilmu mancing kami dan memperkuatkan lagi minat kami terhadap dunia pemancingan.
|
(Shah Alam Convention Centre) |
Diadakan di Pusat Konvensyen, Shah Alam yang mana ianya menjadi pusat pertemuan bagi orang dari segenap tempat memudahkan mereka untuk datang mengunjunginya. Pameran yang berlangsung selama 3 hari ini menyebabkan mereka yang tidak sempat mengunjungi pada hari bekerja boleh datang membawa keluarga pada hari cuti hujung minggu. Lebih kurang 30 minit masa yang diperlukan kami untuk sampai ke sana.
|
(Jojo dan Ringgo Dipintu Hadapan) |
Pada kali ini hanya saya (Admin), Jojo dan Ringgo sempat hadir ke pameran tersebut. Bertujuan untuk menambah ilmu dan sekadar melihat keadaan sekeliling apa yang terdapat disana dan pastinya kunjungan kami ke sana tidak menghampakan kerana terdapat hadiah dan barangan pancing yang menarik boleh didapati. Pelbagai produk memancing yang dikeluarkan dari jenama-jenama yang dikenali ramai terdapat di pameran tersebut antaranya Ajiking, Tomman, Black Cat, Ofmer, Mega Bass, Rapala dan macam-macam lagi. Penaja utama pameran terdiri dari Land Rover Malaysia, Majalah Pancing dan produk minuman tempatan.
|
(Antara Produk-Produk Pancing) |
Terdapat syarikat memancing gergasi seperti TCE Tackles Sdn. Bhd. yang memberi pengunjung-pengunjung yang datang mencuba permainan Simulator "Sim Fish". Pengunjung berpeluang merasai pengalaman bertarung dengan ikan laut dalam dengan menggunakan peranti tersebut manakala pancing yang diberikan adalah tajaan produk-produk memancing dari syarikat TCE Tackle Sdn. Bhd. Pertarungan dengan ikan laut dalam seperti Ikan Layaran, Ikan Tuna, Ikan Pari dan Ikan Jerung memang mendebarkan malah memerah keringat mereka yang mencuba permainan tersebut. Penganjur akan memberikan tip-tip dan cara bagaimana menghadapi pertarungan apabila bertarung dengan ikan-ikan berkenaan.
Saya juga menyertai pertandingan teka gewang yang ada di pameran tersebut namun gagal meneka dengan tepat. Pemenang yang berjaya adalah seorang pemancing Cina dari Rawang yang meneka gewang dengan tepat. Walaupun tidak berjaya meneka gewang dengan tepat, namun saya berjaya memenangi sebatang joran casting keluaran dari jenama "Shake Spear" yang mana saya menang dalam pertandingan "Spin And Win". Gembira rasa dihati kerana tidak pulang kosong tangan ketika mengunjungi pameran tersebut. Alhamdulilah, sekarang saya hanya perlu mencari kekili Casting untuk memiliki set lengkap Casting.
|
(Joran Medium-Weight 10-20lb Dan Panjang 5.6 kaki) |
|
(Rod Casting "Shake Spear" Yang Saya Menang) |
Pelbagai produk-produk untuk perkhemahan dan pemancingan yang disediakan oleh gerai-gerai yang terdapat di pameran tersebut. Saya memang ingin mencari botol air untuk dibawa ketika turun memancing dan akhirnya telah pun saya beli di pameran tersebut. Botol Air keluaran Coleman yang tahan lasak dan sejuk ini memang berguna sebagai bekas air minuman ketika turun memancing. Harga yang ditawarkan juga murah hanya Rm20.00 sahaja.
|
(Jojo Bergambar di Booth Outdoor) |
|
(Coleman Cooler Bottle Yang Saya Beli) |
Akhir kata Pameran Memancing Dan Aktiviti Luar 2013 kali ini memang menarik dan memberikan seribu kenangan terindah buat kami dari P2U Angler selaku pendatang baru dalam dunia memancing ini. Semangat memancing akan berterusan setelah ilmu dan pengalaman yang kami timba dari kunjungan ke pameran yang jarang diadakan seperti ini. Kepada pembaca Pancing2u jangan lupa saksikan aksi budak-budak P2U Angler di cerita akan datang, dimana kami pergi menawan kolam pancing Green Paradise (GP), Rawang.
No comments:
Post a Comment