Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mulia dan paling bererti bagi umat islam di Malaysia. Bulan dimana semua umat islam menjalani ibadah puasa yakni menahan lapar dan dahaga. Sekilas pandang pastinya aktiviti luar seperti memancing dihadkan kerana menggunakan kudrat dan tenaga untuk menarik ikan, Casting, berpanas terik dan yang merokok juga tidak boleh merokok dan ini antara faktor yang menyebabkan aktiviti memancing menjadi terhad tapi kalau dah digelar pemancing "Heavy Duty" Ramadhan atau tidak pasti diredahnya sahaja.
(Suasana Larut Malam Di Kolam GP) |
Bahang dan rasa rindu untuk menarik ikan terasa semakin menjadi-jadi. Saya (Admin) tidak terlepas dari merasai aura tersebut lantas satu trip tergempar dilaksanakan pada malam Jumaat Nuzul Al-Quran ekoran pada keesokan harinya saya bercuti kerana bekerja di Selangor. Saya telah ke Kolam GP, Rawang ditemani adik saya. Kami masuk ke kawasan kolam pancing tepat pukul 12mlm.
(Admin Dan Adik) |
Setelah membuat pembayaran bagi 1 batang joran untuk pancingan selama 3 jam sebanyak Rm60, kami pun masuk dan tawaf sekeliling kolam untuk mencari port-port yang dirasakan sesuai. Ramai juga pemancing yang turun pada hari itu mencuba nasib. Ada yang telah pun mendapatkan hasil dan ada juga yang membangau tidak lupa juga kepada yang Kumpau. Akhirnya kami duduk di port hujung bersebelahan kincir air untuk. mencuba nasib.
(Abu Garcia Black Max) |
Untuk sesi kali ini sebenarnya saya ingin menurunkan kekili "Baitcaster" Abu Garcia Black Max yang baru dibeli sehari sebelumnya. Kejadian "Backlash" atau meehun kerap berlaku almaklumlah saya baru pertama kali menggunakan kekili casting. Oleh yang demikian saya terpaksa menyimpan kembali kekili tersebut dan seperti biasa saya menggunakan kekili Spinning Banax Xtream 3000 yang dililit tali flurocarbon berkekuatan 40lb.
Labuhan 1st Admin Telah Mengena Siakap Yang Sedang Lapar) |
Baru sahaja balingan pertama saya dengan menggunakan teknik Casting dan tarik-tarik sedikit telah membuahkan hasil, umpan Udang hidup yang dilabuhkan telah mendapat sambaran dari seekor Siakap. Memang bernasib baik betul saya pada malam itu. Setelah ikan didaratkan, saya menggantikan dengan umpan Udang yang baru. Dalam tidak semena-mena ramai pula pemancing berpindah kedudukan bersebelahan tempat saya memancing. Hai, mengganggu betul corak persembahan saya malam itu kerana kejadian sangkut dan tersauk tali pemancing lain kerap berlaku.
(Gembira Dengan Hasil Tangkapan) |
Sehingga ke akhir sesi pemancing saya di kolam tersebut saya hanya mampu mendaratkan 1 ekor Siakap bersaiz "Juvenile" dan se1.6kg sebelum berakhirnya sesi pancingan kali ini. Alhamdulilah nasib baik saya tidak pulang "Kumpau". Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada pembaca blog Pancing2u kerana sudi meluangkan masa untuk membaca cerita diatas dan jangan lupa untuk menantikan cerita mengenai sesi pemancingan kami di Kolam Sealion.
-Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dari kami P2U Angler
No comments:
Post a Comment