Trip kali ini Saya (Admin) dan Ringgo hanya menyasarkan Siakap "Frenzy" dari kolam Rm3 yang terletak di Jugra, Banting. Misi kali ini sebenarnya lebih kepada menguji joran Ikano "My Lucky Rod" 5' kaki yang baru dibeli oleh Ringgo. Untuk tidak membangau dan penat menunggu ikan maka P2U Angler telah memilih untuk memancing di kolam Rm3 yang "Frenzy".
|
(Kolam RM 3, Banting) |
Keluar dari rumah seawal jam 10.00 pagi dan bergerak dari Shah Alam menaiki R3 Ringgo, kami bersarapan di mamak pekan Telok Panglima Garang. Selepas itu kami sempat meninjau kolam LS untuk misi pancingan seterusnya diepisod akan datang. Masa yang diperuntukkan bagi sesi pancingan kali ini adalah selama 1 jam sahaja kerana terdapat urusan lain diwaktu petang.
|
(Ringgo Dengan Joran IKANO 5' "My Lucky Rod") |
Sebenarnya sudah lama kami tidak berkunjung ke kolam Rm3, Banting ini dan terdapat banyak perubahan antaranya Udang-Udang yang dijual sebagai umpan pemancing semakin kecil saiz anak-anak Udang dan saiz ikan-ikan Siakapnya pula dibawah 500gram seekor. Memandangkan kolam ini merupakan asas kami mula belajar memancing dan mendalami ilmu menangkap ikan oleh itu sokongan terhadap kolam ini tetap tidak dilupakan. Ramai pemancing lain membawa anak-anak mereka untuk memancing. Ini penting bagi melatih generasi cilik mengenal hobi memancing dan menambah minat mereka dimasa hadapan.
|
(Ringgo Dengan Hasilnya) |
Tiba dikolam tersebut pada pukul 12.30 tengah hari dimana panas terik mentari sedang hangat membakar kulit. Setelah membeli umpan anak Udang Rm4.00 sebanyak 8 ekor kami mula melabuhkan joran dan mengilat. Sesi kali ini saya dan Ringgo mempertaruhkan set ringgan kami untuk beraksi menarik Siakap yang tidaklah bersaiz gadang. Apa yang menariknya pada labuhan pertama kami sudah mendapat getuan dari sang makhluk dasaran dikolam tersebut. Disebabkan umpan Udang yang kecil maka ianya mudah disambar dan hilang dibaham Siakap yang sedang "Frenzy" didalam kolam tersebut.
|
(Saya Dengan "Baby Siakap") |
Leceh kerana kami terpaksa memasang umpan baru, kami menerima ragutan dari Siakap setiap kali kami lelabuhkan umpan. Setengah jam masa telah berlalu dan kami telah dapat menewaskan 4 ekor Siakap dengan mudah. Pemancing lain hanya melihat kami menaikkan ikan, ada diantara mereka yang sedang sibuk mencuba gewang dan memahirkan diri dengan skill menggunakan "Baitcaster" memandangkan kolam tersebut membenarkan penggunaan gewang dan ada juga yang sibuk melayan anak-anak memancing.
|
(Hasil Tangkapan Saya - 8 Ekor Siakap) |
|
(Jumlah Tanggapan Kami Sebanyak 16 Ekor Siakap) |
Akhirnya setelah 1 jam masa kami memancing, sebanyak 16 ekor Siakap berjaya kami naikkan. Bersyukur terhadap Allah swt kerana telah memberikan rezeki kepada kami berdua pada hari ini. Betullah orang cakap kalau terasa nak mencari lauk untuk dibuat hidangan silalah ke kolam Rm 3.00 di Banting ini kerana ianya menjanjikan pulangan hasil tangkapan yang "Frenzy". Sekian sahaja laporan kami pada kali ini, semoga berjumpa lagi di laporan aktiviti memancing P2U Angler yang seterusnya. Assalamualaikum wbt.
mcm mn nk g tempat ni bro? xtau jalan la,.. blh tolong bgi tau tak jalan ke tempat ni? hehehe
ReplyDeletenak tanya lagi, klu bawa umpan dari luar contohnya udang, boleh tak?
ReplyDeleteSalam Bro,
ReplyDeleteKolam ni masuk RM3, tapi bila keluar dorg tgk berat ikan yang dapat Rm15.00 = 1kg. Kolam ni banyak orang try Fly Fishing, Berlatih Baitcaster, Try Gewang2, so kalau pakai gewang boleh disini. Kalau umpan plak memang takda hal nak pakai umpan sendiri.
cara nak pergi:
Ikut Highway kesas - telok panglima garang - jumpa bulatan kecik - terus - sampai traffic light ambik kiri - jalan terus - ambik kanan - Jumpa JAMBATAN BESAR - terus sahaja sampai jumpa MASJID AL-ISLAH - masuk kanan - terus sampai kolam
P/s: kalau jumpa masjid tu dah dekat la tue...tanya2 orang kampung situ Kolam RM3.
terima kasih sangat2 bro,.. insyallah, xda aral melintang nk try g tempat ni,... hehehe..
Deletebro, selepas ke sebelum masjid al-Islah tu?
DeleteSama sama bro..
ReplyDeleteSelepas masjid..
Simpang ke 2 ..
Kakau nak komplot sama roger2 la ok..
Insyallah bro,.. xda aral melintang, nnt sya bgi tau,.. blh jg mnta tunjuk ajar ngan otai... hehehe
Delete