|
Pameran Memancing dan Aktiviti Luar 2014 |
"Pameran Memancing dan Aktiviti Luar 2014" kembali lagi, sememangnya pameran ini ditunggu-tunggu oleh mereka yang digelar pemancing. Bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam berlangsung selama 3 hari bermula dari 20hb hingga 22hb Jun 2014. Pameran tahun ini lebih menarik berbanding tahun lepas ekoran hadiah-hadiah untuk dimenangi dan produk-produk pancing yang lebih canggih untuk dibeli.
P2U Angler tidak ketinggalan untuk turut sama berkunjung ke sana, Admin dan Ringgo sempat meluangkan masa mencuci mata melihat produk-produk baru dipasaran. Namun kali ini kami tidak berkesempatan membeli barang pancing kerana set kelengkapan pancing kami sudah cukup. Kali ini kami ke sana untuk menebus segala kupon cabutan bertuah serta mengambil
"Goodie Beg" yang ditawarkan.
|
Gerai SHIMANO |
|
SHIMANO STELLA Terbaru... |
Banyak pengedar produk pancing yang terkenal yang menyertai pameran kali ini antaranya TCE Tackle Sdn. Bhd., Shimano, Megabass, Sang Lin Tackles Sdn. Bhd., Senses Fishing, Bossana, Core Zone, Kairos, Land Rover (M) Sdn. Bhd. dan tidak ketinggalan badan persatuan seperti K.A.G.U.M yang mempergiat usaha memelihara sungai serta Team Alucast mempromosi tempat memancing. Boleh rambang mata kalau datang pameran sebegini. Mujurlah duit tidak banyak dalam
kocek kalau tidak pasti kami borong semuanya.
|
Gerai TCE TACKLE SDN. BHD. |
Pada tahun ini terdapat 3 hadiah utama yang ditaja oleh Nanyang Press yang dibahagikan mengikut hari selama 3 hari berturut-turut. Hadiah hari pertama menawarkan 2 batang rod (Spinning & Casting), hadiah hari kedua pula sebuah Kayak manakala hadiah hari ketiga pula sebuah kanu berharga Rm4000++. Memang menarik berbanding tahun lepas yang mana hanya meneka gewang. Ringgo dan Admin mencuba nasib untuk memenangi hadiah-hadiah tersebut.
|
Tunjuk Ajar Ku Sifu... |
Selain itu pihak penganjur turut mengadakan sesi pembelajaran casting dan pengendalian gewang dengan menjemput pemancing-pemancing handalan dari dalam dan luar negara untuk memberikan sedikit tips serta pandangan kepada pengunjung yang hadir. Terdapat juga permainan
"Cast & Win" dimana pengunjung dapat menunjukkan bakat melontar gewang dengan tepat ke sasaran.
|
So Think You Can "Cast"?... |
|
Atok Toman... |
Admin pula bernasib baik kerana berjaya mendapatkan 2 buah kotak mata kail jenama Tomman dan bantal khemah jenama Felton dalam acara
"Spin & Win". In shaa allah, kalau ada rezeki menang kanu tajaan Kairos pula, amin. Apa yang menariknya kami berpeluang bertemu "Otai-otai" pancing secara langsung yang selalu hanya dapat dilihat dalam majalah.
|
Gerai LURES FACTORY |
|
Jump Frog Pelbagai Corak - Menarik!!! |
Rata-rata pengunjung yang datang terdiri dari kaki pancing tegar. Ada yang turut sama membawa keluarga dan rakan-rakan. Pelbagai ragam dapat kami saksikan ada yang sibuk bergambar bersama pemancing idola, ada yang sibuk membeli barang pancing, ada yang kusyuk mendengar penerangan dari pengedar barang pancing serta ada yang membawa hasil membeli belah berbondong-bondong. Semua kelihatan ceria dan gembira semasa berada di pameran tersebut.
|
Ringgo Sedang Membelek Reel OKUMA HELIOS |
|
Hadiah Cabutan Bertuah Tajaan Life Magazine... |
Baiklah sekian sahaja cerita kali ini, para pembaca diluar sana jangan lupa untuk datang ke pameran memancing kerana ianya pasti membuatkan anda rasa teruja. Terima kasih juga diucapkan kerana sudi meluangkan masa membaca blog Pancing2u.
-Assalamualaikum wbt
tak sebesar dan semeriah tahun lepas punya.. mcam dewan dibukak separuh saja. yang ada cuma syarikat besar je. sewa mahal sangat kot
ReplyDeleteSalam En Kari,
DeleteYa betul apa yang di sebut oleh tuan, tidak semeriah dahulu, cuma pada pandangan Admin, tahun ini terdapat kepelbagaian hadiah dan peraduan sahaja.
Dari segi persembahan kedai-kedai pula tidak sehebat tahun lalu dimana terdapat banyak booth-booth kecil untuk warga bumiputra yang menjual minyak-minyak dan umpan-umpan sendiri (*Ulong, Minyak Belangkas, dll)
Tak sempat nak pergi.. ada komitmen lain
ReplyDeleteTakpa bro, tahun depan in shaa allah ada lagi.
Delete