Al-fatihah dan Takziah ditujukan kepada Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah semoga roh tuanku di tempatkan dikalangan orang yang beriman. Dukacita ini dipanjangkan juga kepada seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan yang akan menjalani tempoh berkabung selama 100 hari. Kami dari P2U Angler juga turut merasakan simpati diatas pemergian almarhum.
|
Pemandangan Jambatan Raja Permaisuri Bainun, Perak |
Pada 28-30hb Mei yang lalu, Admin telah bercuti di negeri Perak bersama keluarga. Ia merupakan sebuah negeri yang sangat besar dimana ia mempunya panorama yang menarik dan kaya dengan sumber-sumber hidupan laut serta terdapat banyak lokasi-lokasi yang menarik untuk diduga. Admin rasa sangat cemburu dengan semua "Angler-Angler" yang tinggal di negeri Perak kerana mereka dikurniakan padang pancing yang sangat baik. Terasa seperti ingin tinggal dan menetap di sana agar dapat mendalami ilmu memancing Admin.
|
Umpan Udang Hidup |
Sepanjang 3 hari berada di Lumut, Perak apa yang Admin dapat perhatikan adalah hampir semua orang disana memancing baik lelaki mahu pun perempuan. Semasa memandu di jalanraya, ada sahaja joran tersemat disisi mereka menunjukkan memancing adalah aktiviti rutin disana. Nasib baik percutian kali ini memang Admin sengaja membawa set pancingan dari rumah untuk mencuba perairan disana.
|
Cangkok 2 Ekor Udang Baru Berhasil!!!... |
Pada hari kedua di Swiss Garden Golf Resort & Spa, Damai Laut, Perak, hati Admin sudah tidak keruan. Walaupun sibuk melayan karenah anak dan isteri bercuti namun jiwa dan raga Admin sentiasa terbayang-bayang aktiviti memancing. "Ah!, tidak boleh jadi ini, aku mesti mendapatkan peluang untuk pergi memancing" - Kata Admin didalam hati. Alhamdulilah, petang tersebut Admin berjaya curi masa untuk memancing tetapi dimana lokasi hendak memancing? Setelah bertanya kepada penduduk sekitar Resort dan mereka mengesyorkan untuk cuba memancing di Jambatan Raja Permaisuri Bainun.
|
Berlatar Belakangkan SEGARI Gas Powerstation... |
Jarak dari Resort hendak ke jambatan tersebut tidaklah terlalu jauh hanya 15 minit perjalanan anggaran 20 kilometer. Manakala umpan pula anda tidak perlu risau memandangkan sebelum sampai ke jambatan tersebut terdapat kedai menjual umpan Udang hidup. Admin telah membeli Udang sebanyak 15 ekor dengan harga Rm6.00 sahaja agak murah berbanding harga di Kuala Lumpur. Bekalan air dan makanan juga mencukupi lalu misi untuk memancing diteruskan. Admin di temani oleh adik admin memancing.
|
Ikan Belukang... |
|
Tak Reti Nak Guna "Ring" Langsung Letak Dalam "Jala" |
Labuhan pertama dibuat, keadaan arus yang kuat ketika itu membuatkan sering kali tali tersasar jauh dari tempat sasaran. Penggunaan ladung yang agak besar dan berat amat diperlukan memandangkan angin dan tolakan arus yang deras. Fungsi "Baitfeeder' yang sering berputar tanpa ada getuan memaksa Admin mengetatkan sedikit agar umpan tidak bergerak. Sambil menikmati udara dan tiupan angin petang, sesekali kelihatan bot Apek tua yang sibuk menghantar pemancing ke tiang-tiang jambatan untuk memancing. Untuk makluman semua bayaran Rm10.00 dikenakan untuk mereka yang ingin memancing di tiang jambatan tersebut. Admin hanya mencuba di sisir jambatan sahaja kerana kesuntukan masa.
|
Rilek Dalam Air Ok... |
Setiap 10 minit Admin akan memeriksa umpan dan acap kali kehilangan Udang samada di bawa arus deras atau dikacau oleh ketam. Penggunaan 2 ekor Udang mungkin membantu, dan kali ini Admin mensasarkan kawasan yang lebih terbuka. Selang 10 minit menunggu tiba-tiba joran seperti disentap ikan, apa lagi terus sebatlah joran dan melayan tarikan ikan yang dirasakan agak kuat sedikit berbanding tarikan biasa, mungkin ikan pari pada fikiran Admin. Akhirnya seekor ikan Belukang anggaran berat 2 kg telah berjaya ditumpaskan. Ganas juga rupa ikan ini, ada sengat di bahagian Sirip pektoral dan dorsalnya.
|
Berjaya Bawa Nak Seekor KETUKA |
|
Proses Pemotongan Ekor - Kalau Kena Hospital Ooo... |
Kemudian setelah menukar umpan Udang hidup yang baru satu balingan yang kuat dan jauh sedikit disasarkan kebahagian menghadap jambatan. Pada pemerhatian Admin, rata-rata mereka yang memancing disitu semuanya menggunakan joran "Surfcasting" yang panjang untuk membuat balingan yang jauh dan stabil. Nampak gayanya kena sambar satulah jawabnya. Jam G-Shock sudah menunjukkan hampir 7:30 malam dan cuaca semakin gelap. Mungkin sudah tiba waktu untuk beredar, sedang Admin mengemas barang-barang joran Admin sekali lagi digetu menandakan ada mangsa yang sudah terperangkap. Alhamdulilah rezeki, tarikan yang dirasakan tidaklah begitu mencabar dan akhirnya seekor Ketuka saiz kecil berjaya dinaikkan.
|
Pemandangan Diwaktu Senja - Cantikkan!!!! |
Setelah cuaca bertukar gelap maka sesi pancingan Admin telah berakhir dan rasa sangat puas hati kerana berjaya mendapatkan 2 ekor hasil tangkapan yang baru dalam karier. Pada mulanya ingat hendak C&R sahaja tangkapan tersebut, namun ada kawan dari KL pesan suruh bawa pulang maka terpaksalah bawa balik. Satu lagi pesan Admin kepada mereka yang ingin mencuba memancing disini, perkhidmatan bot disediakan untuk pancingan di bawah jambatan dengan bayaran sebanyak Rm10.00 dan sila bawa ladung saiz besar sedikit agar cepat labuhan dilakukan, serta bawa krim
"Insect Repellent" kerana nyamuk sini sihat-sihat belaka. Fuh!...
|
Ikan Belukang 2kg - TERBAIK BOH!!!... |
Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada pembaca-pembaca setia yang mengikuti blog P2U Angler ini, sekian sahaja cerita pada kali ini dan nantikan aktiviti pancingan kami seterusnya. Peliharalah padang pancing kita dan amalkan konsep C&R dimana sahaja anda berada untuk generasi akan datang. Jangan lupa untuk memberikan pandangan serta komen kepada kami sebagai sokongan dan penambahbaikan.
-Assalmualaikum wbt.
No comments:
Post a Comment