16 June 2014

Misi Mencari "Si Raja" dan Pengikutnya - (15.06.2014)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, alhamdulillah bertemu lagi kita dalam sesi pancingan liar. 'Komplot' kali ini bertempat di Tasik Subang Jaya. Untuk makluman, kali ini Admin cuba memancing di tasik bahagian belakang Holiday Villa dan tepat jam 3:00 petang, Admin sampai ke lokasi. Nampaknya sudah ramai pemancing yang telah berkampung disana. Oleh itu Admin terpaksa jalan ke bahagian belakang sedikit untuk membentang tikar sebelum memulakan "Setting" senjata.

Port Baik - Dibawah Pokok Kelapa
Misi kali ini sebenarnya Admin lebih mensasarkan untuk menangkap spesies pendatang iaitu Peacock Bass atau Ikan Raja bertujuan menambah rekod tangkapan sendiri namun disebabkan tekanan pemancing yang datang saban hari ke Tasik Subang menyebabkan spesies tersebut semakin sukar untuk dijerat. Walau apa pun Admin akan tetap berusaha dan mencuba nasib.

Try Umpan Dedak Pandan...
Labuhan pertama di buat dengan berumpankan Dedak pandan. Balingan hampir ke tengah bahagian tasik dan joran dibiarkan "Bottom". Sementara menunggu, Admin menggunakan sebatang joran lagi untuk dibuat "Casting" mana tahu untung badan berjaya sangkut Snake Head. Penggunaan "Spinner Bait" di kawasan yang terbuka dan kurang rumpai air mungkin boleh mencakup.

Spinner Bait Keluaran BAKAU...
Setelah berkali-kali balingan dibuat sehingga hampir lenguh tangan dan lengan namun masih belum menerima sebarang sambaran. Agaknya spesies ikan di Tasik Subang Jaya ini memang sudah kurang pada fikiran Admin. Hanya kawanan Talapia Merah bersaiz kecil yang sudi menjamah umpan dedak yang disediakan. Bolehlah dari 'Kumpau', yang penting kesabaran dan usaha dalam menjerat spesies idaman harus di teruskan.

Talapia Merah Yang Sudi...
Saiz Kecil - Sekejap Lagi Admin C N R...
Semasa Admin sedang memancing, datang seorang "Otai" yang berbangsa Cina yang mengenali Admin, Nama Beliau Mr. Chew, lalu kami pun duduk dan memancing bersama. Banyak pengalaman dan teknik yang dikongsi oleh beliau. Kata beliau untuk menangkap spesies Peacock Bass di situ, kita harus menggunakan anak-anak ikan Kap atau Gapi kerana spesies tersebut suka memburu mangsa yang lebih kecil. Minggu lalu beliau telah berjaya menaikkan spesies berskala 1kg.+++

Mr. Chew @ Taukeh Kapal KMV Shipping
Baik Orangnya Tidak Kedekut Umpan...
Selepas itu, Admin pun mencuba bertukar kepada penggunaan anak ikan Kap yang dibawa oleh Mr. Chew. Nasib orang tua ini tidak kedekut umpan. Tiba-tiba baru balingan pertama seekor Peacock Bass bersaiz kecil berjaya di naikkan. Alhamdulilah, ada juga yang sudi nak menyambar, rupanya penggunaan anak ikan Kap ini lebih efektif dan ucapan terima kasih kepada Mr. Chew kerana memberikan tips yang baik.

PEACOCK BASS - Bersaiz Kecil
Akhir kata, sekiranya anda ingin mencuba memancing di sini, pastikan penggunaan anak-anak ikan tersenarai dalam umpan anda kerana masih terdapat spesies pemburu di tasik ini. Sekian sahaja misi pancingan liar P2U Angler kali ini, semoga berjumpa lagi dicerita yang akan datang. Jangan lupa untuk menghantarkan komen serta pandangan anda kepada kami menerusi e-mel yang tertera dan jangan lupa untuk bersama-sama menyokong konsep "Catch And Release"!!!...

-Assalamualaikum wbt

6 comments:

  1. terima kasih atas informasi berguna ni.. saya belum pernah memancing PB ni. Dalam perancangan utama pancing PB ni. Cuma belum berkesempatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. No Problem Bro,

      Kita kongsi-kongsi tips dan pandangan.
      Cuma kalau nak turun nanti kasi tau ler boleh "Komplot Sama"...

      Yang Tak bestnya Spesies Saiz besar dah kurang..

      Delete
  2. boleh memancing lagi ke kt sini tuan? hari saya dh kene halau kt guard kt situ, dia punya ketua kot. tp cam guard hotel je yang halau ada orang besar datang kot dorang tknk orang besar tu nampak pemancing. alasan tk bagi mancing lak sb orang kt situ lepas ikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam En. Kari,

      Masih boleh memancing, sebab sewaktu Admin turun memancing terdapat ramai pemancing-pemancing datang memancing siap bawa ahli keluarga dan bentang tikar lagi.

      Mungkin pada hari tuan pergi terdapat majlis yang dikuatiri mengganggu pandangan hotel.

      tidak mengapa, boleh cuba dan turun lagi untuk memancing ok!

      Delete
  3. salam..konsep catch n release konsep mengarut,xboleh pkai kalau suka2..admin tau x itu dikategorikan menyiksa haiwan?walaupun admin lpskn balik tp sekali ikan tu kene mata kail sakit tau x..cube admin jadi ikan mcmne rase..konsep catch n release ni boleh pakai hanya bila kita memancing contoh di pantai dpt ikan buntal,dan kita tau ikan buntal tu tak boleh makan so boleh lepaskan balik atau dapat ikan kecil yang xpadan nak bawa balik utk makan..hobi memancing ni bg saya harus selaras dengan niat nk cr rezeki..kalau sekadar hobi suka2 tangkap dan lepas balik baik jgn jdikan hobi..nnt diakhirat di azab oleh allah baru kita tahu..dalam islam mmg ade bab ehsan terhadap haiwan..harap admin fikir balik apa yg saya ckp..saya juga minat memancing tp minat atas dasar nk cr rezeki..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan kerana sudi melayari blog Pancing2u ini disamping memberikan komentar yang membina untuk kita kongsikan bersama rakan pemancing yang lain.

    Kedua saya bersetuju dengan pandangan dari pihak tuan dan pendirian tuan. Ya betul konsep CNR ini sememangnya wajar dilakukan sekiranya ikan yang diperoleh bersaiz kecil dan yang tidak boleh dimakan atau membahayakan pemancing.

    Apa yang boleh saya kongsikan disini adalah, konsep CNR ini terpulang kepada setiap fahaman individu yang ingin mengamalkannya mengikut cara sendiri. Yang penting kita terus menyokong minat dan aktiviti memancing ini ok.

    Sekian terima kasih tuan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...