25 May 2013

Pameran Memancing & Aktiviti Luar 2013

Pameran yang akan berlangsung selama 3 hari; Jumaat, Sabtu dan Ahad 28-30 Jun antara pukul 10:00am - 8:00pm akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor. Satu lokasi yang mudah ditujui berserta kawasan parkir kereta yang luas di sekelilingnya.

Pelbagai aktiviti akan diadakan dan yang utama adalah jualan habis-habisan barangan memancing dan produk aktiviti luar dari kebanyakan syarikat-syarikat yang mengambil bahagian. Tidak dilupakan pameran produk-produk memancing terkini 2013-2014 dari dalam dan luar negara. Anda juga boleh mempelajari dan mendapatkan info-info terkini berkenaan alatan memancing dan peralatan aktiviti luar daari pempamer yang mengambil bahagian.

Pameran kali ini juga lebih menarik dengan cabutan bertuah, roda putaran, peraduan pakaian memancing sedondon, peraduan photo aktiviti luar, peraduan meneka bilangan gewang di dalam balang, pertandingan "casting" gewang, pertandingan layangan tepat dan banyak lagi dan semestinya akan menawarkan hadiah-hadiah yang lumayan. Terdapat juga aktiviti derma untuk pelepasan benih atau stok ikan di perairan awam dikendalikan oleh Kagum, klinik, demonstrasi dan ceramah memancing seperti casting, jigging dan fly fishing dari wakil-wakil pengedar yang mengambil bahagian.

Jangan lengah, tandakan tarikh 28-39hb Jun dalam kalendar anda!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...