17 February 2015

Sirkit Pancing Putrajaya 1/2015

Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca Pancing2u yang dihormati, kali ini di ruangan buletin P2U Angler Admin ingin mempromosikan iklan berkenaan Sirkit Pancing Putrajaya 1/2015 yang sering kali diadakan setiap tahun di Tasik-tasik sekitar Putrajaya bersemperna "Hari Wilayah Persekutuan Dan Hari Wetland Sedunia 2015". Pada permulaan siri tahun ini, lokasi yang dipilih bertempat di sisiran Tasik Persint 1 dan Taman Wawasan manakala tarikh pertandingan pula pada 1 Mac 2015 dari jam 7:30am hingga 12:30pm. Hadiah-hadiah yang di tawarkan juga agak menarik berbanding tahun lalu disamping itu terdapat juga cabutan bertuah untuk peserta. Untuk sebarang maklumat pertandingan boleh menghubungi nombor telefon yang tertera didalam iklan tersebut atau lawati laman sesawang tertera. 

Sedikit tips yang boleh dikongsikan oleh Admin kepada mereka yang baru dan ingin menyertai Sirkit ini adalah pastikan anda tiba awal dilokasi, mematuhi segala syarat-syarat pertandingan dan menyediakan umpan yang paling mantap sebagai bekalan ketika pertandingan. Setakat hari ini P2U Angler masih belum beroleh sebarang hadiah namun in sha allah kami akan terus berusaha menyertai dan menyokong pertandingan berprestij ini. Akhir kata, kepada pemancing yang menyertai pertandingan tersebut jangan lupa untuk bertemu kami di sana, bolehlah kita bertukar-tukar pandangan serta tips. Selamat memancing.

POSTER SIRKIT
LOKASI SIRKIT
-Copyright @ Pancing2uTM-

P/S: Kalau terserempat dengan P2U Angler jangan lupa untuk bertegur sapa...

16 February 2015

2 in 1 "Fresh Water" Fishing - (14.02.2015)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera diucapkan kepada pembaca Pancing2u yang dihormati. Diharapkan semuanya berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera. Memandangkan tahun baru 2015 ini baru melebarkan sayapnya maka kita semua sibuk dalam menguruskan kerja serta kehidupan seharian kita dari urusan kerja, keluarga, belajar dan lain-lain. Andai ada masa terluang sekali-sekala ingin juga rasanya bersantai menikmati hobi memancing. Bak kata pepatah "Sambil Menyelam Minum Air".

Ringgo Menunggu Dengan Tekun...
Begitu juga halnya seorang ahli P2U Angler @ Ringgo yang sempat turun ke kolam Air Tawar di kampungnya, menurut beliau masa terluang ini adakalanya perlu diisi dengan memancing bersama saudara beliau. Kolam tersebut merupakan sebuah kolam perusaahan kecil yang rasanya sudah lama diusahakan oleh penduduk disitu, Kolam tersebut berada di tepi jalan daerah Kuala Pilah. Ianya merupakan sebuah kolam pancing air tawar. Terdapat 2 kolam di situ, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM12 untuk 5 jam.

Beraksi Secara Solo Tanpa Geng P2U Lain...
Antara spesies yang terdapat dalam kolam tersebut adalah Patin, Pacu, Rohu, Talapia, Keli dan pelbagai spesies air tawar yang kebiasaannya disajikan kepada pemancing air tawar. Apa yang menariknya pengusaha kolam tersebut tidak lokek untuk berkongsi ilmu atau teknik untuk menjerat penghuni kolam tersebut. Mereka telah mengajar cara mengikat perambut dan teknik bancuhan umpan.

Seekor Ikan Keli Saiz "Juvenil" Berjaya Dibawa Naik...
Ringgo mengatakan yang rata-rata pemancing yang merupakan pengunjung tetap di kolam tersebut membawa naik habuan masing-masing. Mungkin mereka telah biasa dan tahu dimana lokasi ikan tertumpu. Ringgo pula hanya berjaya membawa naik seekor ikan Keli saiz "Juvenil" sebagai kenangan memancing disana. Bolehlah dari "Kumpau" bak kata orang.

Goreng Pun Sedap!!!...
Tidak banyak maklumat yang diperolehi memandangkan kolam tersebut berada di kawasan pendalaman dan hanya dikunjungi oleh penduduk kampung dan sekitarnya. Namun demikian sekiranya pembaca ingin mencuba boleh melayari dan mendapatkan bantuan "Encik Google" yang dimana mungkin dapat menambah info dan maklumat kolam tersebut. Sekian sahaja dari kami P2U Angler, Assalamualaikum wbt.

-------------------------------------------------------------------------------------------   ----------------------

Sementara itu P2U Angler @ Hairul juga berkesempatan untuk meluangkan masa memancing bersama keluarga beliau di Kolam di Serdang yang mana berdekatan dengan rumah beliau. Antara spesies yang berjaya dibawa naik adalah seekor Haruan bersaiz kasar yang dijerat menggunakan "Jump Frog" yang dipinjamkan oleh pemancing di situ.

Memancing Bersama Keluarga...
Haruan Saiz Kasar Berjaya Dinaikkan...

02 February 2015

Hasil Tangkapan Semperna Cuti Hari Wilayah - (02.02.2015)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan diucapkan kepada pembaca Pancing2u yang dihormati, seperti sedia maklum negara kita Malaysia ini sememangnya kaya dengan pelbagai cuti umum dan perayaan antaranya cuti semperna Hari Wilayah Persekutuan. Apa yang menariknya pasti ramai yang akan turun melakukan aktiviti pancing sama ada di kampung atau kolam-kolam komersial berdekatan. 

Admin pula mendapat Whatsapp dari salah seorang P2U Angler iaitu Torres yang mana beliau telah melakukan aktiviti memancing secara solo di Kolam Seksyen 33, Shah Alam bersebelahan Lebuhraya Kesas exit Seri Muda di bahagian belakang kilang-kilang disitu. (*Sila Rujuk pos lalu maklumat berkaitan kolam).

Apa yang dapat disampaikan oleh beliau adalah kolam tersebut pada awalnya tidak ramai pengunjung namun apabila melangkah ke waktu tengah hari pemancing semakin bertambah. Hasil yang dibawa pulang hanya seekor MJ @ Siakap Merah dan bagi sesetengah Kolam menggelarnya ikan tersebut Kaci, ianya berjaya dijerat dengan menggunakan teknik berpelampung. Berikut Admin sertakan serba sedikit info dan gambar beliau beraksi pada sebelah pagi tadi.

Sekian selamat memancing!!!,..

Rod: Abu Vangeance / Reel: PENN Sargus
Suasa Kolam Yang Tenang
Tiada Pemancing...
Beliau Menggunakan Teknik Drifting / Berpelampung
MJ @ Siakap Merah
Torres Bersama Hasil Tangkapan Semperna Hari Wilayah  Beliau
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...