Showing posts with label Tips Memancing. Show all posts
Showing posts with label Tips Memancing. Show all posts

13 June 2016

Tips Pancing2u: Ilmu "SURVIVAL" Ketika Berada Didalam Hutan Yang Perlu Diketahui...

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca Pancing2u. Admin ada terbaca sebuah artikel dari laman sosial Facebook kiriman seorang sahabat yang ingin berkongsi ilmu "Survival" kepada kita semua. Admin yakin pasti ramai pembaca diluar sana yang pernah melalui pengalaman-pengalaman ketika memancing di kawasan pendalaman seperti hutan, hulu kampung dan melakukan aktiviti perkhemahan. Berikut sedikit info "Survival" untuk di kongsikan bersama sekiranya anda mengalami situasi seperti dibawah ketika berada di dalam hutan:

Lumut Taik Kera

Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai, bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda-benda bercahaya warna hijau ala-ala benda yg pendarcahaya. Benda yang bercahaya itu ialah Lumut Taik Kera, bila siang tidak kelihatan apa-apa namun bila malam ia akan mengeluarkan cahaya walaupun dgn sedikit bantuan cahaya dari bulan bintang. Apa yang menariknya, lumut ini hanya tumbuh di denai (laluan binatang atau orang), jadi kalau sesat ikut sahaja laluan ini di waktu malam pasti anda tidak akan sesat.

Terserempak Ular Tedung 

Kalau terserempak dengan ular masa dalam hutan, jangan buat gerakan mengejut, berdiri kaku dan undur ke belakang sedikit. Ular tedung tidak akan mematuk bila kepalanya sedang kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepalanya kembang separuh. Oleh itu, kita acah-acah bagi ular itu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur pelahan-lahan - belajar dari orang asli.

Di ganggu Kawanan Kera Atau Lutong 

Spesis Kera tidak akan lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu, malah dia lebih lincah dari gerakan ranting kita. Untuk menghalau Kera, patahkan pokok renek dengan daun dan ranting yang mengembang dan hayunkan pada Kera itu baru ianya akan lari ketakutan (rasionalnya, ranting + daun yang kembang itu nampak lagi besar dari sebatang ranting). - belajar dari askar.

Terserempak Harimau / Pak Belang 

Kalau mancing di dalam hutan sedangkan kita sedia maklum bahawa suasana di dalam hutan itu penuh dengan kepelbagaian bunyi unggas dan serangga namun tiba-tiba hutan itu bertukar menjadi sunyi sepi, biasanya ada haiwan sedang menghendap terutamanya Harimau, Harimau Akar dan Beruang. Selepas hutan menjadi 'Sepi' kemudian disusuli dgn bau hamis 100% pasti ianya Harimau, kalau ada mercun bola, boleh letupkan! atau kita harus beredar dari kawasan tersebut. - belajar dari orang asli.

Selisih Beruang Madu

Kawasan hutan di Malaysia ini banyak Beruang Madu saiznya yang kecil sekerat pinggan dengan dada berwarna oren, Kalau terselisih, kita yang perlu menjerit dan buat seperti hendak mengejar, automatik Beruang itu akan lari. - belajar dari orang asli.

Kepala Air

Kalau berkhemah berhampiran sungai jangan dirikan khemah dikawasan tepi air, sebaliknya buat dibahagian kawasan yang pokok-pokoknya besar. Tandakan satu batu yang besar kerana pada waktu tengah malam sekiranya batu itu hilang, maknanya air tengah mula naik. - belajar dari kaki pancing.

Ingin Memasak Air

Jangan ambil air di kawasan tepi sungai sebaliknya ambil air di kawasan tengah sungai atau tempat yang mengalir deras. Ini kerana haiwan-haiwan seperti Tikus, Rusa, Kancil, Babi dll kencing di kawasan tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. Jadi ambil air yang bersih di kawasan tengah. - belajar dengan askar.

Kehadiran Binatang Besar

Kera atau Monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya contohnya Harimau, Gajah, Badak, Seladang dll. Kalau dari jauh kedengaran bunyi Kera buat bising tentu ada binatang besar tengah lalu dikawasan tersebut. - belajar dgn orang asli.

Selesai Memasak Makanan

Apabila kita selesai makan makanan yang dimasak contohnya ikan bakar dll. Semasa di dalam hutan, kita mesti makan sampai habis dan hanyutkan atau tanam lebihan makanan tersebut sebab bau makanan ini boleh menarik perhatian haiwan-haiwan di kawasan tersebut.

Selesaikan Semua Perkara Sebelum Jam 5:00 Petang

Biasanya bila berada di dalam hutan, kita digalakkan untuk menyelesaikan semua urusan seperti memasak, mandi, basuh dll sebelum jam 5:00 petang. Sebabnya hutan akan mula bertukar gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan sinaran matahari yang semakin terbenam. - belajar dari pengalaman.

Peka Terhadap Perubahan Suasana

Suasana hutan yang bising dengan bunyi unggas adalah lebih baik di waktu malam daripada hutan yang sunyi sepi. Bila hutan sepi pasti terdapat apa-apa2 yang tidak kena. Oleh itu kita seharusnya berjaga-jaga dan bersiap sedia sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini - belajar dari orang asli.

25 April 2016

Tips Pancing2u: 20 Perambut Asas Kaki Pancing

Assalamualaikum para pembaca Pancing2u yang dihormati, Admin ada membaca sebuah majalah pancing baru-baru ini dan mendapati ada beberapa info menarik yang seharusnya dikongsikan kepada anda agar dapat digunakan sebagai panduan sewaktu memancing atau menjerat ikan sasaran.

Acap kali kita mendengar rintihan pemancing yang gagal mendapatkan ikan atau ketika sedang bertarung kes-kes "Rabut" berlaku dan ini semua terjadi kerana faktor "Setting" perambut yang digunakan sama ada cara ikatan atau kesesuaian spesies yang disasarkan. Berikut terdapat 20 jenis-jenis ikatan untuk perambut yang boleh digunapakai.





















Kredit - Majalah Umpan

30 December 2015

Tips Pancing2u: FENOMENA KEPALA AIR

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca blog Pancing2u, kali ini Admin terpanggil untuk berkongsi sedikit maklumat yang diambil dari laman-laman sosial dan laman sesawang di internet berkenaan "Fenomena Kepala Air"

Baru-baru ini negara di kejutkan dengan pelbagai berita sedih di kaca televisyen dimana berlaku beberapa kes kematian yang meragut nyawa ekoran ditimpa musibah bencana alam ini. Mengikut pandangan pakar, perihal kejadian alam ini berlaku sebenarnya tidak diketahui orang ramai. Sekiranya langkah-langkah awal diambil pasti musibah dapat dielakkan. Berikut Admin P2U akan kongsikan sedikit tip menghadapi "Kepala Air" ini.


Sedikit Definisi

Kepala air atau sumber sungai bermaksud gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama, Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai. Aliran air ini apabila hujan sangat besar dan deras dan boleh membawa segala macam kelodak, batu dan kayu balak. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya. - Wikipedia.org

Tanda-Tanda Awal
  • Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
  • Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
  • Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
  • Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu).
Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
Mangsa Yang Terperangkap...
Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
Apa patut buat jika ia berlaku (menyelamatkan diri):
  • Jika sedang berenang atau berkhemah,carilah kawasan yang selamat terbaik dikawasan tinggi dan jauh dari sungai.
  • Jika sedang melintas sungai kerana 'trackking', secara berkumpulan bantulah rakan yang berada ditengah-tengah untuk melintas secepat mungkin, yang belum melitas berpatah balik dan carilah tempat selamat contoh berlari naik kekawasan tinggi atau memanjat pokok yang difikirkan selamat (besar).
  • Andai kata tidak bernasib baik, berpautlah pada pokok, ranting atau apa saja dan bertawakalah atau ikut sahaja arus itu dan cari peluang untuk berenang ke tepi.
  • Jika ada mangsa yang boleh diselamatkan, gunakanlah tali atau kayu untuk menolong meraka ketempat selamat. Jangan berenang untuk menolong kerana sangat merbahaya. Ini disebabkan jika kepala air berlaku, kebiasan ia kan membawa sekali kayu atau pokok yang tumbang batu dan pasir dan ini akan megakibatkan kecederaan yang teruk jika terkena.
  • Yang terakhir mintalah bantuan pasukan penyelamat contoh SMART atau tunggu sahaja keadaan pulih kepada asal dan carilah jalan keluar.

13 October 2015

Tips Pancing2u: Pemilihan Rod Mengikut Kesesuaian..



Assalamualaikum diucapkan kepada para pembaca blog Pancing2u. Admin ada membaca sebuah artikel berkenaan penggunaan joran (Rod) mengikut kesuaiannya. Info yang dirasakan sangat bagus untuk dikongsikan bersama pembaca diluar sana yang masih tercari-cari jenis joran yang ingin dibeli. Di bawah Admin ingin kongsikan maklumat artikel tersebut. Kita gunakan teori yang mudah sahaja, seperti gambar rajah di atas.

Aksi Perlahan(Slow)

Biasanya digunakan untuk memancing ikan yang bersaiz kecil. Tetapi, boleh juga digunakan untuk memancing ikan yang bersaiz besar, cuma kesan ketika beraksi untuk ikan bersaiz besar adalah lambat untuk menaikkan ikan. Terpulang kepada para pemancing, ada yang gemar melayan ikan secara perlahan dan ada yang suka melayan ikan secara cepat. Bagi yang suka melayan ikan secara perlahan rod yang jenis perlahan seperti gambar rajah adalah lebih sesuai. Antara kelebihan rod perlahan (slow) ini ia membantu mengurangkan tekanan pada perambut, tali ibu, mata kail dan lain-lain. Akan tetapi ia lebih sesuai di gunakan untuk memancing ikan bersaiz kecil.

Aksi Sederhana (Moderate)

Berbeza sedikit dengan rod pancing perlahan (slow) iaitu ia adalah sedikit lebih keras. Perbezaannya mengikut peringkat, ianya sedikit lebih keras daripada rod pancing perlahan (slow). Ia juga memberi kesan sedikit lebih cepat daripada rod pancing perlahan (slow) apabila anda beraksi melayan ikan. Biasanya rod yang mempunyai kekuatan sederhana (moderate) seperti ini banyak kaki pancing gemar untuk menggunakannya. Maklumlah, ianya mempunyai dwi-fungsi samada menaikkan ikan bersaiz kecil dan juga ikan bersaiz besar.

Aksi Cepat (Fast)

Rod seperti ini adalah lebih sesuai digunakan untuk memancing ikan yang bersaiz besar, ia juga sesuai digunakan ketika anda pergi memancing menaiki bot, kerana biasanya ikan yang di pancing ketika menaiki bot adalah ikan yang bersaiz besar, atau pun ketika memancing di atas jeti pantai bagi anda yang gemar memancing spesies Ikan Pari yang sememangnya terbukti ganas. Jadi gunakanlah rod yang berkekuatan cepat (fast) seperti ini adalah lebih sesuai digunakan di lokasi tersebut.

Aksi Lebih cepat (Extra Fast)

Rod seperti ini pula mempunyai kekuatan yang amat tinggi ia juga sesuai digunakan untuk pemancing laut dalam. Kepada anda yang gemar memancing di laut dalam rod seperti ini adalah sesuai ketika anda berada di lokasi seperti tukun ataupun kapal karam, kerana ketika memancing ikan di kawasan seperti tukun ataupun kapal karam ada sesetengah ikan gemar membawa tali pancing anda ke kawasan yang akan menyebabkan tali pancing anda tersangkut pada tukun ataupun kapal karam. Dengan menggunakan rod yang berkekuatan lebih cepat (extra fast) anda boleh menarik ikan dengan secara paksa untuk mengelakkan daripada ikan tersebut membawa tali pancing anda ke kawasan yang akan menyebabkan tali pancing anda tersangkut. Jadi ketika memancing di kawasan tukun ataupun kapal karam gunakanlah rod yang berkekuatan lebih cepat extra fast dan pastikan kekili, tali pancing, perambut dan mata kail anda mempunyai daya ketahanan yang amat tinggi untuk menaikkan ikan secara paksa.

Jadi kepada anda yang masih dalam dilema bagaimana hendak memilih rod pancing. Boleh cuba merujuk artikel dan gambarajah tersebut. Dengan sedikit ilmu yang dikongsikan bersama dapat mengelakkan pembaca diluar sana dari pembaziran. Sekian terima kasih.

-Sumber Zon Pancing

28 July 2015

Tips Pancing2u: Mari Mencipta Sesuatu... (Bhg 2)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera diucapkan kepada pembaca blog Pancing2u, Terlebih dahulu kami dari P2U Angler ingin mengucapkan Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog kegemaran ramai ini. Pasti ramai yang berkesempatan turun memancing bersama keluarga dan rakan-rakan sepanjang menghabiskan cuti hari raya baru-baru ini. Jangan lupa jika ingin dikongsikan pengalaman memancing anda semua boleh dikirimkan kepada emel Admin.

Dalam pada masa ini juga Admin ingin berpesan kepada rakan-rakan memancing diluar sana agar berhati-hati ketika memancing kerana malang tidak berbau. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan banyak berita bot karam serta lemas di lapangan media negara. Sebagai pemancing aspek keselamatan harus dititikberatkan bersama dengan membuat persediaan awal agar kemalangan dapat dielakkan.

Baiklah pada kali ini Admin ingin kongsikan apa yang dirasakan sangat KREATIF dan BERINOVASI kepada anda semua. Mungkin ada diantara anda semua yang telah melihat dan mencuba namun pos kali ini adalah sekadar ingin berkongsi, bak kata pepatah "Ilmu Itu Harus Disebarkan, Agar Menjadi Manfaat Kepada Semua". Memang tidak dapat dinafikan para pemancing di Malaysia ini sememangnya kreatif dan berinovasi, mereka mampu untuk mencipta barangan yang dapat memberikan manfaat terhadap hobi memancing. Dibawah di sertakan beberapa keping gambar yang Admin dapat di laman sosial Facebook.

1. GROUND PVC ROD STAND (PANCANG PVC)

CONTOH 1
CONTOH 2

Bahan Yang Digunakan:
-Paip PVC "T"
-Paip PVC Panjang dipotong 3
-Gam Paip

2. CASTING GLOVE (SARUNG TANGAN)

CONTOH 1

Bahan Yang Digunakan:
-Sarung tangan getah
-Gunting
-Pemetik Api

1. WALL ROD RACK (RAK DINDING)

CONTOH 1
CONTOH 2

Bahan Yang Digunakan:
-Penyangkut baju 
-Paku/ Skru Dinding

1. NAIL CLIPPER LURES (UMPAN TIRUAN KETIP KUKU)

CONTOH 1
Bahan Yang Digunakan:
-Ketip Kuku
-Mata Kail "3 Mata"

13 January 2015

Tips Pancing2u: Mari Mencipta Sesuatu...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera diucapkan kepada pembaca blog Pancing2u, baru-baru ini kita dikejutkan dengan fenomena banjir besar yang melanda negara. Takziah diucapkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat. Admin sendiri rasa sangat sedih dan simpati keatas mereka manakan tidak, mereka kehilangan tempat tinggal dan terputus hubungan dengan dunia luar. Alhamdulilah rakyat Malaysia masih bersifat prihatin dan timbang rasa, bantuan datang dari pelbagai sumber (Kewangan, Tenaga Kerja dan Masa). Ujian yang turun ini merupakan satu petanda dan peringatan darinya agar kita semua tidak alpa dan leka akan tanggungjawab sebagai umatnya di muka bumi ini.

Baiklah pada kali ini Admin ingin kongsikan apa yang dirasakan sangat KREATIF dan BERINOVASI kepada anda semua. Mungkin ada diantara anda semua yang telah melihat dan mencuba namun pos kali ini adalah sekadar ingin berkongsi, bak kata pepatah "Ilmu Itu Harus Disebarkan, Agar Menjadi Manfaat Kepada Semua". Memang tidak dapat dinafikan para pemancing di Malaysia ini sememangnya kreatif dan berinovasi, mereka mampu untuk mencipta barangan yang dapat memberikan manfaat terhadap hobi memancing. Dibawah di sertakan beberapa keping gambar yang Admin dapat di laman sosial Facebook.

1. LIFE BAIT BUCKET (BEKAS UMPAN HIDUP)

CONTOH 1
Bahan Yang Digunakan:
-Tong Cat / Bekas Pasir
-Skru mata Philip
-Portable Air Pump

CONTOH 2
Bahan Yang Digunakan:
-Bekas Bateri Lama (Yang Ditebuk Lubang)
-Klip Pembuka Pintu
-Portable Air Pump

 2. ROD STAND PVC( RAK PANCING PVC)

CONTOH 1
Bahan Yang Digunakan:
-Paip PVC jenis "T"
-Paip PVC jenis "L"
-Paip PVC panjang (Dipotong)

CONTOH 2
Bahan Yang Digunakan:
-Paip PVC jenis "T"
-Paip PVC jenis "L"
-Paip PVC panjang (Dipotong)

3. SYRINGE BAIT MAKER (ACUAN UMPAN DARI PICAGARI)

CONTOH 1
Bahan Yang Digunakan:
-Picagari (Dipotong bahagian depan)
-Sesuai bagi mereka yang gemar menggunakan roti

4. PVC ROD CASE (BEKAS ROD PVC)

CONTOH 1
Bahan Yang Digunakan:
-Paip PVC panjang
-Penutup PVC (Ditebuk)
-Sebatang skru berlubang
-Solex / Kunci

19 December 2014

Tips Pancing2u: Bahaya Rip Currents

Rip Current Atau Lebih Dikenali Sebagai Arus Laut

Rip Current adalah arus yang dibentuk oleh pergerakan air yang relatif cepat (sekitar 4 ft (1.1 m)/dtk) yang mendesak keluar kembali ke tengah laut dari mana ia datang, kemungkinan terjadi hanya beberapa minit. Di kebanyakkan pantai, akan terdapat satu laluan yang tercipta untuk membenarkan air ombak yang sampai ke pantai untuk turun kembali ke laut. Ini terjadi apabila ombak terpecah dan air memerlukan laluan baru. Laluan/saluran ini dinamakan "Rip Current". Rip Current boleh bergerak melebihi kelajuan perenang tegar dan mengeret mangsa hingga ke tengah laut.

Gambaran Sebenar
Antara tanda Rip Current ialah:
  • Kelihatan satu laluan tenang walau tempat lain berombak
  • Berbeza warna airnya / kedalamannya
  • Kelihatan buih-buih laut yang membentuk satu barisan ke arah laut
  • Ombak terpecah




Cara-cara menyelamatkan diri apabila terperangkap didalam Rip Current:
  • Belajar berenang
  • Jangan panik, bernafas secara tenang dan bersedia untuk ambil nafas dalam.
  • Simpan tenaga 
  • Berfikir sebelum bertindak
  • Jika anda seorang perenang yang lemah; apungkan diri dan biar Rip Current menolak anda hingga ke tengah laut sedikit kemudian berenang ke tepi dimana arus sudah semakin perlahan.
  • Jika anda seorang perenang yang kuat; terus berenang ke tepi dan keluar dari laluan tersebut.
  • Jika anda seorang yang tidak tahu berenang; pada saat anda ditarik arus, bertenang dan menarik nafas panjang sambil menjerit meminta tolong sambil melambai tangan.

Akhir kata dari kami P2U Angler, dalam menjalani aktiviti harian memancing atau berkelah di tepi pantai. Sentiasa berhati-hati dan mengawasi pergerakan kita dan orang yang disayangi. Adalah lebih baik seandainya kita melengkapkan diri dengan pengetahuan dan ilmu berkenaan arus pasang surut air sesuatu tempat, perubahan cuaca serta isu keselamatan. Sekian dari kami P2U Angler.

07 October 2014

Tips Pancing2u: Panduan Mengendalikan Ikan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, kali ini Pancing2u ingin berkongsikan sedikit tips kepada para pemancing diluar sana dalam mengendalikan ikan di mana-mana padang pancing. Memang seronok apabila umpan telah mengena, tambah seronok bila dapat bertarung sepuasnya dengan ikan. Namun teknik dan tatacara untuk mengendalikan ikan yang akan didaratkan itu tidak ramai ambil kisah sangat. Hakikatnya, cara pengendalian ikan amat penting tidak kiralah sama ada untuk melepaskan kembali ikan tersebut atau dijadikan lauk.


Tangguk / Sauk
Sebaiknya gunalah tangguk atau sauk yang sepadan dan sesuai untuk mendaratkan ikan. Dengan cara ini ikan tidak berhadapan risiko kecederaan malah dapat mengelakkan kemalangan pada joran dan pemancing sendiri.



Lip Grip / Pencangkuk Bibir Ikan
Jika tiada penyauk, gunakanlah Lip Grip atau Pencangkuk bibir ikan. Penggunaan Lip Grip amat bagus jika memancing ikan air tawar bergigi tajam seperti Haruan dan Toman. Selain mudah bagi proses menanggalkan mata kail kemalangan juga dapat dikurangkan. Terdapat pelbagai rekabentuk yang boleh dipilih oleh pemancing diluar sana, tertakluk kepada bajet dan selera anda.


Gancu / Pencangkuk
Jika pancingan di laut, seeloknya gunalah gancu atau pencangkuk. Apatah lagi jika ikan yang ingin didaratkanitu bersaiz besar, bergigi tajam tajam atau yang bersengat seperti ikan Pari.


Playar / Hook Remover
Apabila menanggalkan mata kail dari dalam mulut ikan, sebaiknya gunalah Playar atau Hook Remover dan elakkan dari menanggalkannya dengan menggunakan tangan khusus mengendalikan ikan bergigi tajam.


Tangan Kosong
Sekiranya tiada peralatan tersebut dan perlu mendaratkan dengan menggunakan tangan, pastikan ikan berkeadaan lemah, sebaiknya guna bahagian ekor ikan untuk menariknya ke darat. Boleh juga mendaratkan ikan dengan kaedah memegang mulutnya dengan tangan tetapi harus diingatkan, bukan semua ikan boleh dipegang dibahagian mulutnya seperti siakap atau sebarau, sebaiknya kenali dulu jenis ikan sebelum "Tunjuk Hero".

Kurangkan Ikan Mengelepar
Bagi mengurangkan ikan daripada menggelepar, pegang ekor ikan dan bengkokkan badannya ke arah kepala. Jangan terlalu kuat hingga boleh mematahkan tulang. Jika memegang ikan bersengat peganglah dibahagian kepalanya dengan cara yang betul.

Mata Kail Di Telan Jauh Kedalam
Jangan sesekali menyeret ikan naik ke darat khususnya jika berhasrat untuk melepaskan kembali ikan tersebut. Sekiranya mata kail ditelan terlalu jauh ke dalam, sebaiknya putuskan sahaja perambut dan biarkan mata kail di dalam mulut ikan.


Ketika Sesi Fotografi
Jika ingin berpotret bersama ikan, sebaiknya ampu tubuh ikan di bahagian kepala dan ekornya. Jangan memegang ekor sahaja kerana ia boleh mencederakan ikan dan mudah terhempas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...