Showing posts with label Natural Exotic Fish Fishing Pond. Show all posts
Showing posts with label Natural Exotic Fish Fishing Pond. Show all posts

05 May 2015

Pertarungan Raksasa Semperna Hari Pekerja...!!! - (01.05.2015)

Assalamualaikum para pembaca blog Pancing2u, informasi kali ini merupakan siri pancing ulangan dari kawan Admin, Dzul dan rakan-rakannya yang beraksi di Kolam Eksotik Rawang (*rujuk pos sebelum ini) semperna cuti hari pekerja yang lalu. Sesi pancingan dilakukan selepas mereka menunaikan solat Jumaat dan terus menuju ke lokasi.

Admin juga ada menerima banyak emel dan komen berkenaan pos Natural Exotic Fish Fishing Pond dari para pembaca yang bertanya dan ingin pergi ke kolam pancing tersebut. Admin telah melakukan sesi "Net Surfing" khas untuk mendapatkan sedikit maklumat untuk pembaca sekian. Baiklah, dibawah disertakan maklumat kolam untuk mereka yang baru berjinak dalam arena pemancingan serta masih belum mencuba kolam tersebut. Diharap maklumat dibawah membantu para pembaca sekalian.

Info Kolam

Nama Kolam:
Natural Exotic Fish Fishing Pond

Alamat:
Lot 13, Batu 23, Jalan Batu Arang, Kampung Sungai Bakau, 48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan.

Tel:
012-370 0081

Bayaran / Pekej:
RM100.00 = 3 Jam
RM150.00 = 5 Jam

Jenis Kolam:
Catch And Release (CnR)

Kordinat:
N 03°19.125, E 101°30.925


Jenis Ikan:
-Haruan
-Toman
-Patin
-Talapia
-Baung
-Lampam
-Jelawat
-Tongsan
-Temoleh
-Arapaima
-Alligator Gar
-Asian Redtail Catfish
-Amazon Redtail Catfish

Mengikut kata Dzul dan rakan-rakan beliau, peratusan ikan untuk didaratkan adalah sangat tinggi, kerana terdapat banyak ikan didalam kolam. Kepuasan memancing dan bertarung dengan ikan yang bersaiz mega sememangnya tidak dapat dinafikan. Masa menunggu untuk sambaran oleh makhluk dasaran juga tidak terlalu lama tertakluk kepada penggunaan umpan dan rezeki masing-masing

Pintu Masuk Kolam
Parking Kereta Di Luar Kawasan Kolam
Laluan Sebelum Masuk Kolam
Kaunter Kolam
Papan Senarai Pakej
Bahagian Mengumpul Ikan Yang Di Tangkap
Bahagian Tepi Kolam
Pemandangan Kolam
Izwan Dan Mekong 25 kg
Amazon Red Tail Cat Fish
Gambar Bersama Hasil Tangkapan
Azmi Dan Amazon Red Tail Cat Fish...
Dzul Dan Hasil Tangkapannya...

27 April 2015

Natural Exotic Fish Fishing Pond "Monster Edition...!!!" - (24.04.2015)

Alhamdulilah dan syukur diucapkan kepada Allah s.w.t kerana dapat kita bersama-sama meneruskan hobi memancing ini, Pertama sekali Admin ingin memohon ampun dan maaf kepada para pembaca Pancing2u kerana sudah lama tidak mengemaskini cerita dan info terbaru dari P2U Angler ekoran kesibukan bekerja dan menguruskan keluarga. Yang kedua ribuan terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti perkembangan serta layari blog pancing2u ini, sama-sama kita manfaatkannya.


Papan Tanda  Sebelum Masuk Ke Kolam
Baiklah tanpa membuang masa, pada cuti hujung minggu yang lalu Admin ada menerima mesej dari aplikasi Whatsapp di telefon pintar dari seorang kenalan baru yang bernama Dzul. Beliau juga merupakan seorang pembaca setia blog Pancing2u serta pemancing yang gemar mencari dan mencuba kolam-kolam sekitar Lembah Klang, Beliau mengirimkan beberapa foto beliau dan rakan-rakan dimana mereka telah memancing di sebuah kolam yang sememangnya terkenal dengan spesies ikan-ikan gergasi!.

Bahagian Sisi Depan Kolam
Bahagian Hujung Kolam
Kolam tersebut adalah "Natural Exotic Fish Fishing Pond" yang terletak di Jalan Batu Arang, Rawang, Selangor Darul Ehsan. Kolam tersebut memang terkenal dengan ikan-ikan bersaiz gergasi dan sehingga hari ini P2U Angler masih belum berkesempatan untuk mencuba memancing disitu. Kolam tersebut sebenarnya sudah lama dibuka khas untuk pemancing-pemancing di Malaysia yang tinggal di kawasan bandar yang ingin merasakan cabaran untuk bertarung dengan spesies-spesies gergasi seperti Toman, Mekong, Giant Cat Fish. Berikut Admin kongsikan serba sedikit info yang dikirimkan oleh Dzul dan rakan-rakan beliau.

Hall Of Fame - Ada Gambar Anda????...
Menurut Dzul dan rakan-rakannya, mereka telah mengambil pakej memancing selama 5 jam dengan bayaran sebanyak RM150.00 dan ikan yang berjaya di daratkan harus dilepaskan semula konsep "Catch N Release" (CnR). Terdapat pakej yang lebih murah iaitu memancing selama 3 jam dengan bayaran sebanyak RM100.00. Jikalau anda inginkan kepuasan lebih boleh mengambil pekej 5 jam tertakluk kepada bajet anda.

Azmi Dan Mekong...
Untuk persiapan umpan pula, bagi mereka yang gemar menggunakan umpan tradisional pihak kolam membenarkan penggunaan hati ayam, perut ayam, daging ayam dan ikan sardin malah Ikan Lampam potong juga ada disediakan oleh pihak kolam. Bagi mereka yang ingin mencuba penggunaan gewang pula, pelbagai jenis gewang dibenarkan cuma harus di tukarkan matanya kepada 1 mata sahaja bagi mengelakkan kecederaan kepada ikan-ikan tersebut. Saiz penggunaan mata kail pula haruslah bersaiz 3/0 ke atas dan mata jenis tebal.

Azmi Dan Amazon Red Tail Cat Fish...
Spesifikasi rod dan reel pula disyorkan anda membawa set rod "Heavy Action" dari 10lb-30lb dan reel dari saiz 3000-5000. Line pula disyorkan 40lb-50lb dan Main Leader 80lb-100lb. Spesis dasaran disana saiznya "Monster-monster" belaka dikuatiri patah atau berputih mata andai terlepas. 

Azmi Dan Asian Red Tail Cat Fish...
Selama 5 jam mereka berada di kolam tersebut, Ikan tidak putus-putus berjaya didaratkan hampir 15 ekor ikan dan 10 lagi terlucut. Ini menandakan walaupun dengan bayaran yang agak mahal namun pihak kolam menjanjikan pengalaman bertarung dengan ikan bersaiz gergasi yang penuh dan banyak di dalam kolam tersebut. Menurut Dzul lagi, sepanjang mereka berada di kolam tersebut terdapat pemancing-pemancing lain turut sama mendaratkan pelbagai spesies ikan.

Haiqal Dan Rohu
Izwan Dan Amazon Red Tail Cat Fish...
Dzul Dan Asian Red Tail Cat Fish...
Baiklah sekian sahaja cerita terbaru dari P2U Angler kepada semua pembaca Pancing2u. Sekiranya anda mempunyai port / lokasi / cerita memancing anda mahupun rakan-rakan anda yang ingin dikongsikan kepada kami, sila emel kepada Admin dan in sha allah kami akan kongsikan cerita tersebut di blog suka ramai ini.

-Assalamualaikum
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...