16 June 2013

Tip Pancing2u: Umpan Siakap

Salam semua warga pancing2u.blogspot.com,

Kita sering mendengar suara-suara pemancing diluar sana yang kecewa ekoran pulang memancing dengan tidak mendapat hasil (*Kumpau), Joran sudah lengkap, Teknik sudah betul, Cuaca boleh tahan, Mood pun baik namun mungkin umpan yang digunakan kurang sesuai atau teknik memasang umpan tersebut salah. Sila ikuti lebih lanjut cerita kali ini.

Rasanya Admin boleh tolong macam mana nak layan siakap ini. Insyaallah, kaedah ini memang selalu digunakan oleh para pemancing yang turun ke kolam-kolam air masin sekitar kawasan untuk menyasarkan ikan seperti Siakap, Kerapu dan Jenahak.

Umpan yang biasa di gunakan adalah:

1.   Udang Gatal. (Mula-mula pancing guna ini, Udang sudah mati baru guna No. 2)

2.   Udang Kopek.

3.   Ikan Mati (Kembung/Sardin/Ikan Jaket).

4.   Lampam.

Admin selalu gunakan adalah kaedah "Casting". Umpan, Udang yang telah di kopek kulit. Kalau nak jimat beli di pasar malam Udang tersebut kerana harganya lebih murah berbanding harga Udang yang dijual dikolam memancing yang anda pergi. Potong kepala dan ekor, Kopek kulit sehingga licin.

Kemudian luruskan badan Udang itu. Cara nak luruskan tekan pelahan-lahan bahagian bengkok Udang itu. Badan Udang memang kena di luruskan agar semasa kita casting udang berkenaan tidak berpusing. Selesai mencangkuk Udang, bolehlah diuji pada joran anda dengan mencangkup pancing anda di bahagian keratan kepala Udang dan letak ke dalam air tarik dengan rod.

Kalau berpusing maknanya tidak berapa elok teknik mencangkuk Udang anda. Di atas mata pancing yang di ikat letak batu ladung yang kecil anggaran saiz 2' agar casting kita tidak berada di dasar sangat atau pun di permukaan sangat, sasaran kita "Bottom-Middle". Kalau nak guna ikan mati juga boleh. Kebiasaannya Ikan Sardin di potong 1 inci. Kaedah ni kita panggil tanam atau dasar.

Saat yang paling seronok adalah apabila ikan siakap menyambar!. Cara hendak mengenali ikan ini telah menangkap umpan udang kopek kita adalah joran kita akan rasa satu rentapan. Buka pelepas tali ketatkan drag.  tunggu sehingga tali kita di tarik oleh ikan tu, kira 1 hingga 6, tutup pelepas tali, tegangkan tali dengan memusing spinner, bila dah tegang, sentak dan longgarkan semula drag kita mengikut keadaan tarikan siakap itu.

Kalau di Kolam Siakap RM3, Banting memang ikan Siakap disitu menggemari umpan sebegini. Insyallah kalau dipraktikkan pasti anda tidak akan pulang dengan tangan kosong.

Siapa hendak pergi jom!, kita pakat kumpul disana. 

10 comments:

  1. Bagus info tu. mana lagi ikan suka? udang hidup atau udang kopek.

    saya x pernah ke kolam banting tu. selalu layan kat sea lion je dgn member. bila next trip p2u angler ke sana?

    ReplyDelete
  2. Salam Bro,

    Terima kasih sebab sudi baca blog kami, Untuk persoalan umpan mana yang ikan lebih suka bergantung kepada kolam dan tabiat pemakanan ikan tersebut. Sebagai contoh ada kolam ikan-ikan di dalamnya lebih gemar ikan belanak macam di Sealion Kolam No. 2.

    Mengikut pengalaman Admin, selalunya Udang Hidup sesuai digunakan untuk pancingan Dasar @ Bottom dan Udang Kopek kalau pemancing tersebut ingin mengilat @ Casting.

    Apa kata bro, pakai dulu Udang hidup dan Casting macam biasa apabila Udang tersebut telah mati kopek kulitnya dan sambung Casting sebab Ikan Siakap gemar umpan yang masih segar. Boleh tanya otai-otai kolam atau tengok mereka pancing.

    Cubalah di Kolam RM3 Banting, sungguh menyeronokkan dan tidak menghampakan sebab ikan sentiasa ada. Port Kami memancing tu kalau hendak cari lauk. :)

    Ok mungkin hujung bulan ini In Sha Allah...Apa-Apa komen sahaja di Sini kami akan roger kemudian jika ada komplot ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok.. saya selalu pergi kolam perdana. nk layan jenahak atau kerapu 3kg keatas (kalau dptla).. selalu guna umpan seekor ikan kembong kecik atau belanak hidup saiz besar.. casting saya x pandai, cepat bosan.. hehehe

      InsyAllah kalau xde halangan boleh gak saya join serta layan kolam banting tu. cuma td baca blog ni, kena bayar tol kalau dpt ikan.. lain cara kolam kat situ yea... kalau dpt kerapu 3-4 kg seekor masak nk bayar.. hehehehe.

      ok, terima kasih.. blog ni lengkap bagi pemancing yang semi pro mcm saya.. berbaloi layan blog ni. :-)

      Delete
    2. Jangan cakap macam itu, Semi Pro atau Pro tiada beza kita semua pemancing juga. Yang penting ILMU itu harus dikembangkan. Betul tak?.

      Bro pun sudah layan Kolam Perdana, kami belum lagi buat ujian di sana kira hebatlah juga. In Sha Allah, kami akan turun kesana satu hari. Selalu penuh kolam Perdana tu sebab itu kami tidak ke sana.

      Nanti cubalah ke Kolam Banting, Memang ada "Tol" oleh sebab itu bawa duit lebih sikit takot nanti syok layan sehingga "Over Budget" pula.

      Jangan lupa untuk terus support blog kami ok :)

      Delete
  3. Teknik casting ikan siakap kolam biasa yang setakat ini terbaik bagi saya adalah menggunakan udang pasar kopek. Harganya juga murah dan mudah di dapati. Cuma kena rajin cari ikan siakap atau round kolam ikan. Cara casting ikan siakap menggunakan udang kopek juga saya lebih merasai getaran dan debaran ketika Ikan siakap mangambil umpan. Itulah yang paling best ketika memancing ikan siakap menggunakan teknik casting ni. Wassalam.. sekadar pendapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam brohantu,

      SETUJU!!!...dengan pandangan awak, udang kopek pasar adalah solusi terbaik untuk dibuat memancing memandangkan harganya yang murah dan senang didapati.

      Cara bro untuk "round" sekitar kolam juga tidak diragui kerana bak kata pepatah "Rezeki tidak datang dengan sendirinya jika tidak dicari". Yang penting kita harus bergerak untuk menukar port andai tiada sambaran dan getuan berlaku dalam masa 15minit.

      Terima kasih diatas pandangan dan komen brohantu.

      Delete
  4. Assalamualaikum, saya org banting, selalu mancing dikolam aziz stakat ni tak menghampakn.dtg2 la ramai2 mancing di banting okey. klau xda bajet utk kolam port mancing siakap liar pon ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Apa khabar Orang Banting, harap sihat-sihat selalu.
      Alhamdulilah setakat ini jika memancing di kolam Aziz memang tidak menghampakan...

      Ohh Ya, saudara dimanakah port memancing Siakap Liar yang terdapat di Banting jika boleh kami P2U Angler ingin ber"Komplot" bersama?.....

      Call/Whatsapp saya - 019-214 8097 (Admin)

      Delete
  5. Assalam,
    Boleh share tak lokasi kalau nk mancing siakap liar tu? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Saya pun sedang tunggu mana port Siakap liar tue..
      Member diatas senyap aje...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...