27 April 2015

Natural Exotic Fish Fishing Pond "Monster Edition...!!!" - (24.04.2015)

Alhamdulilah dan syukur diucapkan kepada Allah s.w.t kerana dapat kita bersama-sama meneruskan hobi memancing ini, Pertama sekali Admin ingin memohon ampun dan maaf kepada para pembaca Pancing2u kerana sudah lama tidak mengemaskini cerita dan info terbaru dari P2U Angler ekoran kesibukan bekerja dan menguruskan keluarga. Yang kedua ribuan terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti perkembangan serta layari blog pancing2u ini, sama-sama kita manfaatkannya.


Papan Tanda  Sebelum Masuk Ke Kolam
Baiklah tanpa membuang masa, pada cuti hujung minggu yang lalu Admin ada menerima mesej dari aplikasi Whatsapp di telefon pintar dari seorang kenalan baru yang bernama Dzul. Beliau juga merupakan seorang pembaca setia blog Pancing2u serta pemancing yang gemar mencari dan mencuba kolam-kolam sekitar Lembah Klang, Beliau mengirimkan beberapa foto beliau dan rakan-rakan dimana mereka telah memancing di sebuah kolam yang sememangnya terkenal dengan spesies ikan-ikan gergasi!.

Bahagian Sisi Depan Kolam
Bahagian Hujung Kolam
Kolam tersebut adalah "Natural Exotic Fish Fishing Pond" yang terletak di Jalan Batu Arang, Rawang, Selangor Darul Ehsan. Kolam tersebut memang terkenal dengan ikan-ikan bersaiz gergasi dan sehingga hari ini P2U Angler masih belum berkesempatan untuk mencuba memancing disitu. Kolam tersebut sebenarnya sudah lama dibuka khas untuk pemancing-pemancing di Malaysia yang tinggal di kawasan bandar yang ingin merasakan cabaran untuk bertarung dengan spesies-spesies gergasi seperti Toman, Mekong, Giant Cat Fish. Berikut Admin kongsikan serba sedikit info yang dikirimkan oleh Dzul dan rakan-rakan beliau.

Hall Of Fame - Ada Gambar Anda????...
Menurut Dzul dan rakan-rakannya, mereka telah mengambil pakej memancing selama 5 jam dengan bayaran sebanyak RM150.00 dan ikan yang berjaya di daratkan harus dilepaskan semula konsep "Catch N Release" (CnR). Terdapat pakej yang lebih murah iaitu memancing selama 3 jam dengan bayaran sebanyak RM100.00. Jikalau anda inginkan kepuasan lebih boleh mengambil pekej 5 jam tertakluk kepada bajet anda.

Azmi Dan Mekong...
Untuk persiapan umpan pula, bagi mereka yang gemar menggunakan umpan tradisional pihak kolam membenarkan penggunaan hati ayam, perut ayam, daging ayam dan ikan sardin malah Ikan Lampam potong juga ada disediakan oleh pihak kolam. Bagi mereka yang ingin mencuba penggunaan gewang pula, pelbagai jenis gewang dibenarkan cuma harus di tukarkan matanya kepada 1 mata sahaja bagi mengelakkan kecederaan kepada ikan-ikan tersebut. Saiz penggunaan mata kail pula haruslah bersaiz 3/0 ke atas dan mata jenis tebal.

Azmi Dan Amazon Red Tail Cat Fish...
Spesifikasi rod dan reel pula disyorkan anda membawa set rod "Heavy Action" dari 10lb-30lb dan reel dari saiz 3000-5000. Line pula disyorkan 40lb-50lb dan Main Leader 80lb-100lb. Spesis dasaran disana saiznya "Monster-monster" belaka dikuatiri patah atau berputih mata andai terlepas. 

Azmi Dan Asian Red Tail Cat Fish...
Selama 5 jam mereka berada di kolam tersebut, Ikan tidak putus-putus berjaya didaratkan hampir 15 ekor ikan dan 10 lagi terlucut. Ini menandakan walaupun dengan bayaran yang agak mahal namun pihak kolam menjanjikan pengalaman bertarung dengan ikan bersaiz gergasi yang penuh dan banyak di dalam kolam tersebut. Menurut Dzul lagi, sepanjang mereka berada di kolam tersebut terdapat pemancing-pemancing lain turut sama mendaratkan pelbagai spesies ikan.

Haiqal Dan Rohu
Izwan Dan Amazon Red Tail Cat Fish...
Dzul Dan Asian Red Tail Cat Fish...
Baiklah sekian sahaja cerita terbaru dari P2U Angler kepada semua pembaca Pancing2u. Sekiranya anda mempunyai port / lokasi / cerita memancing anda mahupun rakan-rakan anda yang ingin dikongsikan kepada kami, sila emel kepada Admin dan in sha allah kami akan kongsikan cerita tersebut di blog suka ramai ini.

-Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...