Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pembaca Pancing2u yang dihormati. Pada hari Selasa yang lalu, Admin ada membuat satu sesi memancing di Kolam Pelita Harmoni (PH), Banting atau lebih dikenali warga Kl dan Selangor sebagai Kolam Siakap Timbang. Sesi kali ini dilakukan secara solo memandangkan rakan-rakan komplot yang lain bekerja dan agak sibuk.
|
Jarak Perjalanan - Sumber Google Map |
Kali ini Admin ke lokasi dengan menggunakan jentera SYM Symphony Evo 250i kepunyaan Admin. Sebenarnya sudah hampir 4 bulan memiliki motorsikal tersebut namun baru kali ini berkesempatan menguji "Performance" dan "Touring Mode" jentera tersebut. Walaupun tidaklah sejauh mana jarak dari KL ke Banting namun kali ini satu sesi "Ride Solo" dilakukan bagi menguji sistem motor dan kebolehan kapasitinya membawa peralatan memancing.
|
Menikmati Pemandangan Bukit Jugra...Masyaallah! |
Pepatah ada mengatakan yang "Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan" oleh itu Admin mengambil keputusan untuk membuat tunggangan tersebut. Memang tidak dinafikan perasaan memandu kereta dan menunggang motorsikal adalah berbeza ini kerana kita dapat merasai sendiri keadaan persekitaran yang lebih dekat contohnya udara segar kawasan perkampungan, keindahan panorama sepanjang perjalanan, bunyi-bunyi ungas dan macam-macam lagi berbeza jika kita berada didalam kereta yang dilindungi penghawa dingin dan kedap bunyi.
|
Jentera SYM Tiba Di Kolam Pelita Harmoni (PH), Banting |
|
Kesimpulannya Memang Memuaskan Sesi "Ride Solo & Santai"... |
Lebih kurang 1 jam perjalanan akhirnya Admin tiba di lokasi, alhamdulilah segalanya selamat kerana tiada sebarang masalah menimpa. Jentera juga dalam keadaan baik malah barang-barang pancing juga baik. Kesimpulan tunggangan sebentar tadi memuaskan walaupun terasa sedikit lenguh di bahagian punggung. Baiklah seterusnya kita kembali ke misi utama iaitu memancing di kolam tersebut.
|
Hanya Pekerja Seorang... |
|
Suasana Kolam Yang Sepi... |
|
Admin Rasa Lega Dan Boleh Memancing Dengan Tenang... |
Setibanya di lokasi, ternyata tiada seorang pemancing pun yang berada dikawasan kolam almaklumlah hari bekerja. Ini merupakan satu petanda baik kerana tiada gangguan ketika memancing dan bolehlah Admin memancing dengan tenang dan santai. Rasanya sudah berbulan-bulan Admin tidak turun ke sini dan terdapat banyak perubahan yang dilakukan antaranya terdapat papan tanda memberitahu spesies ikan dalam kolam, banyak spesies-spesies plagik baru di masukkan seperti Kaci @ Siakap Merah, Bawal dan lain-lain.
|
Tangki Menyimpan Stok Udang Hidup |
|
3 Ekor Udang Hidup = RM1.00 Sahaja... |
Bagi pembaca Pancing2u yang baru mengikuti laman blog ini, mungkin ingin mengetahui lebih lanjut maklumat berkenaan Kolam PH ini dan anda boleh mendapatkan maklumat kolam di bahagian (Lokasi/Port Berbayar) dibahagian tepi blog ini. P2U Angler ada memberi maklumat berkaitan pakej kolam, koordinat untuk ke kolam, jenis-jenis spesies kolam dan pelbagai lagi oleh yang demikian bolehlah rujuk pos lama.
|
Terdapat Penambahbaikan Dilakukan - "Papan Tanda Spesies" |
Kembali kepada cerita tadi, Admin terus membayar yuran masuk sebanyak RM3.00 kepada pekerja kolam dan membeli beberapa ekor Udang hidup untuk dijadikan umpan. Setelah semua selesai, Admin bergerak ke kolam Siakap kerana pada sesi kali ini terasa ingin menjerat beberapa ekor Siakap untuk dibuat lauk makan malam nanti.
|
Masa Untuk "Set Up" Perambut... |
Sementara itu Admin akan mengikat beberapa perambut sebagai persediaan sebelum joran dilabuhkan. Set yang digunakan kali ini merupakan set biasa khas untuk aksi ringan iaitu Joran X-Puyu Zonoa 5'0" manakala kekili pula keluaran Tomman Spin Pro saiz 2500 dan tali tangsi dari Tomman Performance 15lb. Memandangkan Siakap yang dimasukkan kedalam kolam anggaran 1kg ke bawah oleh itu memandai hanya sekadar menggunakan set "Sedap Layan".
|
Joran Dilabuhkan Sambil Menunggu Rezeki... |
|
Pemandangan Bukit Jugra Dari Kawasan Kolam... |
|
Rasa Lengang Kerana Tiada Pemancing Lain |
Tanpa membuang masa balingan pertama dilakukan berdekatan kincir air di bahagian tengah kolam dan lebih kurang 8 minit menunggu Admin telah menerima satu sambaran yang agak keras namun terlucut dan umpan berjaya dilarikan penghuni dasaran tersebut. Boleh dikatakan kerap kali juga sambaran diterima namun kesemuanya rabut dan umpan berjaya dilarikan. Dalam fikiran Admin, mungkin Siakap-siakap disini kelaparan dan ganas. Apa yang Admin lakukan adalah menukar saiz mata kail kepada saiz yang lebih kecil sedikit. Ikan asyik terlepas berkemungkinan teknik penggunaan mata kail kita yang salah oleh yang demikian perlu bertukar kepada saiz yang lebih kecil sedikit.
|
Alhamdulilah Siakap 1st Yang Tewas |
|
Ikan Tercedera Ekoran Tertelan Mata Kail Bersaiz Kecil... |
|
Harus Segera "Menambat" Ikan Dan Biarkan Ia Di Dalam Kolam |
Kemudian ada seorang pemuda datang menuju kekawasan Kolam Siakap, semakin lama beliau menuju ke pondok dimana Admin duduk. Nampaknya seorang lagi pemancing yang datang memancing di sini hari ini. Setelah berkenalan, nama beliau Adi dan merupakan penduduk dikawasan sini juga. Menurut Adi beliau sebenarnya baru pulang dari Kolam Jugra Sport Fishing, Banting namun tidak berjaya mendapatkan ikan sejak dari pagi lagi lalu mengambil tindakan untuk turun mencuba di Kolam Pelita Harmoni (PH) pula. Memang niat Admin untuk turun ke JSF awal pagi tadi namun disebabkan ramai pemancing sudah berkampung disana berkemungkinan harapan untuk mendapatkan ikan adalah tipis, tekaan Admin tepat!.
|
Giliran Adi Mendapatkan Sambaran |
|
Hasil Pertama Beliau... |
|
Sabar Menunggu Bersama... |
|
Nasib Baik Adi Sudi Menangkap Gambar Admin "Layan" |
|
Ini Dia Tangkapan 2nd... |
Apabila Matahari mula terpacak maka aktiviti sambaran dari penghuni kolam juga akan sedikit berkurangan oleh itu kami berdua hanya sabar menunggu dan berborak perihal memancing masing-masing. Nampaknya Adi juga seorang pemancing tegar dan dikampung beliau aktiviti memancing merupakan hobi kegemaran penduduk ekoran terdapat banyak lokasi dan port menarik. Tiba-tiba Admin menerima sambaran sekali lagi dan berjaya mendaratkan Siakap saiz yang lebih kecil sedikit berbanding yang pertama tadi. Alhamdulilah rezeki.
|
2 Ekor Ini Ibu & Ayah... |
|
7 Ekor Siakap Berjaya Ditewaskan... |
|
Masa Untuk Timbang Hasil Tangkapan |
Kami berdua sepakat untuk pulang pada jam 2:00pm kerana badan pun sudah berasa letih, hasil tangkapan pada sesi memancing kali ini adalah sebanyak 7 ekor Siakap, Setelah sekian lama tidak turun memancing akhirnya berbalas juga pada kali ini. Siakap segar tersebut Admin siang dan potong untuk dibuat masak "Sweet Sour" malam nanti. Akhir kata terima kasih kepada para pembaca Pancing2u dan jangan lupa untuk mengikuti sesi pancingan kami seterusnya iaitu Misi Menawan Sirkit Putrajaya 2/2015.
|
Siakap "Sweet Sour" dan Sayur Bayam - Nyum2... |
No comments:
Post a Comment