|
Kaunter Dan Pelbagai Info Kolam |
|
Maklumat Perlepasan Ikan |
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada
semua pembaca setia Pancing2u. Cuaca yang kurang menentu pada musim tengkujuh
agak membataskan aktiviti memancing dan laporan serta "Update" terkini agak sukar disediakan. Namun demikian, semangat memancing dari P2U Angler (Johor Bahru) sememangnya Admin kagumi. Kali
ini saya ingin berkongsi trip bersama rakan pemancing Najib ke Pusat Memancing
Zul atau lebih dikenali sebagai Kolam Zul. Lokasi ini mudah ditemui sekiranya
menggunakan jalan utama dari Danga Bay ke Nusajaya berhampiran jejambat Taman
Perling. Kolam ini terletak bersebelahan Kolam Brother *rujuk maklumat kolam dalam blog.
|
Pemandangan Kolam - Sentiasa Dipenuhi Pengunjung |
|
Pemandangan Dihujung Kolam |
|
Stok Ikan Baru Sampai |
Kami tiba lebih kurang jam 1:30 petang dan
terus mempersiapkan set memancing untuk pertarungan hari ini. Di kaunter, kami
membuat pembayaran untuk sesi selama tujuh jam. Penjaga kaunter ini tidak nampak
macam ‘Zul’ sangat tapi kemungkinan Zul yang sebenar adalah rakan kongsi kerana
kolam ini dikenali sebagai Kolam Happy sebelum ini. Hari ini saya menggunakan
kaedah casting Udang hidup manakala Najib menggunakan teknik drifting
(pelampung) umpan Udang hidup. Kami mula mengambil kedudukan di tengah kolam
dan bergerak perlahan-lahan menukar lokasi membaling umpan sehingga ke hujung
kolam.
|
Barisan Pengulas Setiap Aksi Pertarungan |
|
Aksi Bersama Sang Siakap.. |
|
Ikan Merah Pun Ada... |
|
Aksi Jenahak Yang Agak Ganas |
|
Ikan Kerapu Seberat 4kg |
|
"Otai Kolam" Bersama Hasil Beliau |
Setelah dua jam memancing, saya telah
menerima sambaran ringan ketika casting. Saya membiarkan dahulu dan kelihatan
tali pancing bergerak dari kanan ke kiri namun tiada sentapan dirasakan buat
masa ini. Setelah terasa ikan mula menarik dengan kuat, saya terus menyentap
dan berjaya mendaratkan seekor Jenahak anggaran sekitar 1kg. Hujan mula turun tidak lama
kemudian dan kami terpaksa memberhentikan sesi memancing buat sementara waktu. Antara
pantang-larang sewaktu memancing ialah jangan sesekali memancing ketika hujan
yang beserta dengan kilat. Kami meneruskan sesi memancing setelah hujan
berhenti tetapi dengan lebih santai. Ini kerana momentum memancing mulai berkurangan setelah berhenti ketika hujan tadi.
|
Bersama Hasil Kali Ini - Jenahak! |
|
Najib Bersama Ikan Ehsan |
Terdapat pelbagai jenis ikan Gred A yang
sedia untuk menduga skill memancing setiap pengunjung di kolam ini. Kelihatan
ramai pemancing mendaratkan pelbagai jenis ikan. Kami umpama penonton kepada semua
aksi-aksi pertarungan ini. Mungkin lawatan lain kali rezeki kami pula. Sampai
di sini dulu laporan saya dan nantikan laporan seterusnya dari Selatan Tanah Air.
boss blh bg alamat x..hehe
ReplyDelete