Assalammualaikum dan salam sejahtera buat
semua pembaca Pancing2u. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
Selamat Menyambut Tahun Baru 1436 Hijrah. Sudah tentu Kalender Hijrah yang juga
dipanggil oleh sesetengah pemancing sebagai Kalender Islam atau Bulan Melayu
amat penting dalam dunia memancing. Para pemancing kebiasaannya menjadikan ia sebagai panduan merujuk kepada "Pasang-Surut Air" bagi menentukan kesesuaian waktu untuk turun memancing terutamanya di laut.
Cuti panjang baru-baru ini telah
memberikan saya kesempatan untuk turun ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Sudah pasti
sebagai seorang pemancing, antara aktiviti yang wajib dimasukkan dalam ‘Must Do’ list ialah mencari lokasi memancing. Hasilnya, saya telah menemui Lima (5) buah
kolam memancing air masin semulajadi yag mana semuanya milik Bumiputera.
Panduan arah ke kolam-kolam berikut boleh diperolehi dengan mudah menggunakan
enjin carian google:
Kolam Pancing Syed, Balok
Kolam ini terletak di Balok Kuantan. Lebih kurang 5 km dari Swiss Garden Resort Kuantan menghala ke Kemaman dan merupakan kolam yang terdalam di Kuantan. Terdapat papan tanda besar
kolam di tepi jalan utama Balok. Perlu diakui ini adalah kolam yang mempunyai
kualiti air terbaik yang pernah saya kunjungi. Kolam di jaga dengan baik, bersih
dengan air yang sangat jernih. Terdapat 3 jenis spesis di sini iaitu Jenahak,
Siakap dan Siakap Merah @ MJ.
Maklumat Untuk Perhatian Pengunjung |
Pemandangan Kolam Dan Air Yang Sangat Jernih |
Petugas Melepaskan Ikan |
Ikan Yang Dikumpul Akan Dilepaskan Ditengah Kolam |
Antara Tangkapan Yang Berjaya Didaratkan |
Kail Life Fishing, Balok
- AlamatLot 1944 Jalan Kuantan Kemaman,8295 Kampong Cherating.
Pahang, Malaysia. - Seberang Balok, Kuantan,
- 26800 Pahang,
- Malaysia.
Hubungi
016-922 6004 (Kai)
017-363 6494 (Kak June)
012-900 3676 (Shahril)
Untuk makluman kolam ini baru dibuka kepada pemancing beberapa bulan yang lalu. Kolam ini berada di tepi jalan dan dapat dilihat dengan jelas
apabila melalui jalan utama Balok. Pemancing di sini memberitahu saya bahawa ada
pengunjung yang berjaya mendaratkan berbelas ekor ikan dalam satu sesi memancing. Kolam ini kelihatan seolah-oleh seperti sebuah "Taman Mini" dek kerana terletak bersebelahan laut.
Selamat Datang Ke Kail Life Fishing |
Maklumat Penting Kolam |
Dua Pulau Kecil Yang Unik Dibahagian Tengah Kolam |
Restoran Mutiara Seafood Bersebelahan Kolam |
RMY Cherating Best Fish,
Cherating
8295 Kampong Cherating.
Pahang, Malaysia.
Alamat
Jalan Kuantan Kemaman,8295 Kampong Cherating.
Pahang, Malaysia.
Hubungi
019-980 7574
geng2ngail@gmail.com
Kolam ini terletak betul-betul
sebelah jalan utama Cherating. Hasil temubual dengan pemilik kolam, majoriti
penghuni kolam ini terdiri dari spesis Siakap Putih, selain itu terdapat Kerapu dan
stok lama Jenahak.
Mudah Dikunjungi Kerana Bersebelahan Jalan Utama |
Maklumat Kolam Pancing |
Antara Spesies Yang Menghuni Kolam Ini |
Suasana Tenang Di Kawasan Kolam RMY |
Kolam Memancing Peramu (Pok Nik)
Terletak di kawasan Peramu
berhampiran dengan kawasan makan terkenal di Kuantan iaitu di Tanjung Lumpur. Papan
Tanda kolam dapat dilihat apabila telah hampir dengan Bangunan Yayasan Pahang. Seperti
di Cherating, terdapat banyak Siakap Putih yang bersedia untuk menerima
kunjungan pemancing di sini.
Kaunter Kolam |
Suasana Kolam Dan Chalet Disebelah Kiri Kolam |
Amaran Keras Dari Pok Nik!!!... |
Kolam Memancing Air Masin
Kijal, Kemaman
Ini merupakan kolam yang seharusnya dikunjungi oleh para pemancing yang dahagakan aksi bertarung dengan Sang Siakap Putih. Pelbagai
saiz Siakap dilepaskan sekitar kolam yang menjanjikan pelbagai aksi dan cabaran yang mendebarkan setiap pengunjung.
Yuran Kolam Yang Berbeza Mengikut Hari |
Kediaman "Sang Siakap Kijal" |
Selain kolam diatas, terdapat dua lagi
kolam memancing yang tidak menggunakan air masin semulajadi iaitu berhampiran
Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan dan berhampiran Bandar Chukai,
Kemaman. Sepanjang tempoh di sini, saya
berkesempatan untuk menduga dua kolam iaitu di Kolam Memancing Syed dan Kolam
Memancing Air Masin Kijal. Hasilnya, ‘JDT stail’ nampaknya tak laku di sini.
Tetapi saya sempat mempelajari kaedah mengikat perambut yang banyak digunakan oleh
pemancing di kawasan ini.
Kebanyakkan pemancing otai disini mengikat perambut
seperti kaedah drifting dengan pelampung digantikan dengan mata kail untuk menukarkannya
menjadi kaedah bottom. Secara keseluruhannya, sebagai perbandingan antara kolam
di sini dengan kolam di tempat asal saya, Johor Bahru. Pada pemerhatian yang dijalankan oleh saya, kolam di sini bersaiz agak kecil dan kurang
kepelbagaian spesis dengan majoriti penghuni kolam ialah Siakap Putih.
Walau bagaimanapun, ianya sudah cukup untuk memberi kepuasan ketika bertarung terutamanya jika Siakap bersaiz besar yang menyambar umpan yang
disajikan. Kebanyakkan pemancing di Pantai Timur lebih gemar turun ke laut atau
ke pantai untuk memancing. Akhir kata,
terima kasih kerana sudi membaca laporan pertama saya berkaitan kolam memancing
di Pantai Timur, InsyaAllah saya akan kembali dengan laporan seterusnya dari
Selatan Tanah Air.
-Assalamualaikum
-Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment