Assalamualaikum dan Salam sejahtera diucapkan kepada pembaca Pancing2u yang dihormati. Diharapkan semuanya berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera. Memandangkan tahun baru 2015 ini baru melebarkan sayapnya maka kita semua sibuk dalam menguruskan kerja serta kehidupan seharian kita dari urusan kerja, keluarga, belajar dan lain-lain. Andai ada masa terluang sekali-sekala ingin juga rasanya bersantai menikmati hobi memancing. Bak kata pepatah "Sambil Menyelam Minum Air".
Ringgo Menunggu Dengan Tekun... |
Begitu juga halnya seorang ahli P2U Angler @ Ringgo yang sempat turun ke kolam Air Tawar di kampungnya, menurut beliau masa terluang ini adakalanya perlu diisi dengan memancing bersama saudara beliau. Kolam tersebut merupakan sebuah kolam perusaahan kecil yang rasanya sudah lama diusahakan oleh penduduk disitu, Kolam tersebut berada di tepi jalan daerah Kuala Pilah. Ianya merupakan sebuah kolam pancing air tawar. Terdapat 2 kolam di situ, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM12 untuk 5 jam.
Beraksi Secara Solo Tanpa Geng P2U Lain... |
Antara spesies yang terdapat dalam kolam tersebut adalah Patin, Pacu, Rohu, Talapia, Keli dan pelbagai spesies air tawar yang kebiasaannya disajikan kepada pemancing air tawar. Apa yang menariknya pengusaha kolam tersebut tidak lokek untuk berkongsi ilmu atau teknik untuk menjerat penghuni kolam tersebut. Mereka telah mengajar cara mengikat perambut dan teknik bancuhan umpan.
Seekor Ikan Keli Saiz "Juvenil" Berjaya Dibawa Naik... |
Ringgo mengatakan yang rata-rata pemancing yang merupakan pengunjung tetap di kolam tersebut membawa naik habuan masing-masing. Mungkin mereka telah biasa dan tahu dimana lokasi ikan tertumpu. Ringgo pula hanya berjaya membawa naik seekor ikan Keli saiz "Juvenil" sebagai kenangan memancing disana. Bolehlah dari "Kumpau" bak kata orang.
Goreng Pun Sedap!!!... |
Tidak banyak maklumat yang diperolehi memandangkan kolam tersebut berada di kawasan pendalaman dan hanya dikunjungi oleh penduduk kampung dan sekitarnya. Namun demikian sekiranya pembaca ingin mencuba boleh melayari dan mendapatkan bantuan "Encik Google" yang dimana mungkin dapat menambah info dan maklumat kolam tersebut. Sekian sahaja dari kami P2U Angler, Assalamualaikum wbt.
------------------------------------------------------------------------------------------- ----------------------
Sementara itu P2U Angler @ Hairul juga berkesempatan untuk meluangkan masa memancing bersama keluarga beliau di Kolam di Serdang yang mana berdekatan dengan rumah beliau. Antara spesies yang berjaya dibawa naik adalah seekor Haruan bersaiz kasar yang dijerat menggunakan "Jump Frog" yang dipinjamkan oleh pemancing di situ.
Memancing Bersama Keluarga... |
Haruan Saiz Kasar Berjaya Dinaikkan... |
No comments:
Post a Comment