07 November 2013

Tips Pancing2u: Jenis Perambut Kolam Air Masin / Air Tawar

Pada kali ini, P2U Angler ingin berkongsi tips bagi pemancing-pemancing yang baru mula berjinak-jinak dalam dunia pancing di kolam samada Air Tawar atau Air Masin. Berikut disertakan gambarajah perambut yang seringkali digunakan di kolam-kolam pancing untuk menjerat ikan-ikan disana. Berpandukan gambarajah di bawah ini diharap sedikit sebanyak kami dapat membantu mereka yang masih baru dalam dunia memancing ini agar berjaya menjerat ikan.

 Selamat mencuba!!!...
(Perambut Casting Kolam Air Masin)
(Perambut Berpelampung Untuk Umpan Belanak)
(Perambut Berpelampung Untuk Umpan Udang)

22 comments:

  1. Tips yang bagus bro,.. keep it up... lgi best kalau brader post teknik2 membuat tali ke rapala untuk teknik casting,.. saya tek reti sangat bro teknik2 ni,.. takut bila tersalah pasang, xpasal2 plk rapala terputus,... hehe

    ReplyDelete
  2. Terima kasih bro...
    Sokong2 laa blog ni ok...
    Kami pun baru lagi dalam dunia memancing ni...
    Inn shaa allah nanti saya poskan Teknik RAPALA pula ok..

    Thank bro..
    Awak pun kalau ada benda menarik nak kongsi oleh roger2 ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah bro,... saya suka tgk blog brader ni,.. menarik,.. klu ada trip2 yg baru tu upload je,.. klu ada masa lapang nanti blh sya pergi ke tempat2 yang brader pernah pergi... dan lagi satu, saya suka klu brader post tempat2 mancing ngan harga dia sekali,.. blh saya servay2,.. heheh

      Delete
  3. Main Casting seelok mata kail n batu saiz apa yg sesuai,hehe budak sekolah

    ReplyDelete
  4. Tanpa Nama, takpa bro sama-sama kita belajar, pada pandangan Admin kalau nak "Casting" ni awak pakai mata kail saiz 2-3 (Untuk Ikan Siakap, Jenahak, Kerapu)

    Batu Ladung pula awak harus pakai saiz kecil dan bulat senang nak casting.

    ReplyDelete
  5. Bro lau nk casting siakap kolam batu ladung tu guna ladung idup atau mati?pakai swivel x?

    ReplyDelete
  6. Salam Fazzy Baik,

    Pakai batu ladung hidup kalau casting dan jangan lupa untuk tambah luminous beeds dalam 2 ketul agar ikan Siakap lebih tertarik.

    terima kasih sudi luangkan masa membaca blog kami, teruskan menyokong. ;)

    ReplyDelete
  7. Saya sebenarnya tak suka menggunakan pelampong ketika memancing ikan siakap. Rasa macam tak puas je kalau ikan siakap makan umpan. Tak merasa debaran "tut".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bro Hantu,

      Terima kasih sudi komen dan beri pendapat. Betul kata bro itu sebab ada orang suka menggunakan pelampung dan ada pula yang tidak. Terpulang kepada minat masing-masing danxteknik untuk dipersembahkan. :)

      Delete
  8. saya nie baru blajar mancing kolam air masin dok area shah alam
    nanti bleh la joint komplot ke kolam mana2.. eddie 017-2194209

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Eddie,

      Kami juga tinggal sekitar Shah Alam. In Sha Allah, kalau kami turun mana-mana kolam akan "Roger" Eddie sekali.

      Delete
  9. saya budak baru minta pencerahan,saya selalu mancing kat seaking ikan tak pernah naik,ada nasihat untuk saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bro,

      "Kumpau" biasa melanda pemancing-pemancing baru dan apa yang penting adalah semangat anda untuk terus belajar, mengkaji serta memerhati teknik dalam usaha menjerat spesies ikan idaman.

      Admin dahulu juga mengalami masalag yang sama, apa yang boleh Admin kongsikan jika memancing di kolam-kolam komersil adalah:

      -Mencari spot atau kedudukan yang kebiasaannya "Otai-otai" kolam duduk kerana mereka lebih arif tentang sesuatu kolam.
      -Rajin bertanya kepada penjaga kolam dimana letaknya kawasan kolong kerana ikan selalu bermain disitu.
      -Memerhati kualiti air kolam sebelum memancing; bersih atau kotor kerana ia mempengaruhi kadar aktif pemakanan ikan.
      -Pemilihan teknik yang betul cth Casting, Bottom, Drifting (Pelampung).

      Sekian sahaja, andai ingin memancing bersama boleh menghubungi Admin ok!!!...

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Salam Doc,

    Selamat kembali ke dunia memancing, sebagai permulaan dan sesi pemanas badan anda sememangnya blog pancing2u adalah yang terbaik untuk dilawati. Kami P2U Angler akan sentiasa mengemaskini cerita-cerita dan lokasi yang terbaik untuk para pembaca kami.

    Anda boleh membuat rujukan di blog Pancing2u ini, sebelum ke aksi yang lebih mencabar seperti memancing di lautan atau kawasan pendalaman.

    Teruskan menyokong dan sekiranya ingin berkongsi artikel atau pengalaman bolehlah kirim ke emel Admin ok!...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok bro. tq. Rasanya lagi bagus kalau dapat tuan admin ceritakan tentang berapa panjang perambut, dan cara setting bagi set lokasi yang tuan admin lawati. mungkin boleh masukkan kawasan lubuk untuk setiap kolam. yang selebihnya adalah rezeki.

      Delete
  12. salam admin....sy nk try kolam sea lion kolam 2..kalo mancing pagi ni elok pakai pelampung or main bottom??minta pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Firdaus,

      Terima kasih kerana melayari blog Pancing2u untuk mendapatkan info terkini dan tips dari P2U Angler.

      Untuk soalan anda berkenaan penggunaan teknik berpelampung atau pun teknik bottom. Baiklah, mengikut pengalaman Admin dan ahli P2U Angler yang beberapa kali turun memancing ke Kolam Sealion No. 2. tips yang boleh dikongsikan.

      Sekiranya anda ingin "Casting"
      - Sila pilih port berhampiran PINTU MASUK KOLAM tersebut
      -Sepanjang laluan pintu masuk
      -umpan pakai udang hidup (*Disentap sikit-sikit)
      -umpan udang mati (*Casting terus )\

      Sekiranya anda ingin "Bottom"
      -Sila duduk dibahagian TEPI KOLAM berhampiran kincir air
      -Baling lebih kurang 1/4 kolam kerana terdapat kawasan kolong.
      -umpan udang dan isi ikan atau ikan hidup yang dijual di kaunter.

      Pastikan tali perambut anda diikut kemas kerana ikan-ikan di kolam Sealion No. 2 agak ganas dan pandai melarikan diri di kolong2

      Sekian terima kasih.

      Delete
  13. Salam.saya biasa mncing di kolam air masin jalan batu bata..kurang tarikan lar saya punya umpan..ada nasihat x?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...