Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca Pancing2u. Admin ada terbaca sebuah artikel dari laman sosial Facebook kiriman seorang sahabat yang ingin berkongsi ilmu "Survival" kepada kita semua. Admin yakin pasti ramai pembaca diluar sana yang pernah melalui pengalaman-pengalaman ketika memancing di kawasan pendalaman seperti hutan, hulu kampung dan melakukan aktiviti perkhemahan. Berikut sedikit info "Survival" untuk di kongsikan bersama sekiranya anda mengalami situasi seperti dibawah ketika berada di dalam hutan:
Lumut Taik Kera
Kalau kita jalan diwaktu malam,
terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai, bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda-benda bercahaya
warna hijau ala-ala benda yg pendarcahaya. Benda yang bercahaya itu ialah Lumut Taik Kera, bila siang tidak kelihatan apa-apa namun bila malam ia akan mengeluarkan cahaya walaupun
dgn sedikit bantuan cahaya dari bulan bintang. Apa yang menariknya, lumut ini hanya tumbuh
di denai (laluan binatang atau orang), jadi kalau sesat ikut sahaja laluan ini di waktu
malam pasti anda tidak akan sesat.
Terserempak Ular Tedung
Kalau terserempak dengan ular masa dalam
hutan, jangan buat gerakan mengejut, berdiri kaku dan undur ke belakang sedikit. Ular tedung tidak akan mematuk bila kepalanya sedang kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila
kepalanya kembang separuh. Oleh itu, kita acah-acah bagi ular itu kembang penuh
dgn ranting kayu dan berundur pelahan-lahan - belajar dari orang asli.
Di ganggu Kawanan Kera Atau Lutong
Spesis Kera tidak akan
lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu, malah dia lebih lincah dari gerakan ranting kita. Untuk menghalau Kera, patahkan pokok renek dengan daun dan ranting
yang mengembang dan hayunkan pada Kera itu baru ianya akan lari ketakutan (rasionalnya, ranting + daun
yang kembang itu nampak lagi besar dari sebatang ranting). - belajar dari askar.
Terserempak Harimau / Pak Belang
Kalau mancing di dalam hutan sedangkan kita sedia maklum bahawa suasana di dalam hutan itu penuh dengan kepelbagaian bunyi unggas dan serangga namun tiba-tiba hutan itu bertukar menjadi sunyi sepi, biasanya ada
haiwan sedang menghendap terutamanya Harimau, Harimau Akar dan Beruang. Selepas hutan menjadi 'Sepi' kemudian disusuli dgn bau hamis 100% pasti ianya Harimau, kalau ada mercun bola, boleh letupkan! atau kita harus beredar dari kawasan tersebut. - belajar dari orang asli.
Selisih Beruang Madu
Kawasan hutan di Malaysia ini banyak Beruang Madu saiznya yang kecil sekerat pinggan dengan dada berwarna oren, Kalau terselisih, kita
yang perlu menjerit dan buat seperti hendak mengejar, automatik Beruang itu akan lari. -
belajar dari orang asli.
Kepala Air
Kalau berkhemah berhampiran sungai jangan dirikan khemah dikawasan tepi air, sebaliknya buat dibahagian kawasan yang pokok-pokoknya besar. Tandakan satu
batu yang besar kerana pada waktu tengah malam sekiranya batu itu hilang, maknanya air tengah mula naik. - belajar dari kaki pancing.
Ingin Memasak Air
Jangan ambil air di kawasan tepi sungai sebaliknya ambil air di kawasan tengah sungai atau tempat yang mengalir deras. Ini kerana haiwan-haiwan seperti Tikus, Rusa, Kancil, Babi dll kencing di kawasan tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke
tebing. Jadi ambil air yang bersih di kawasan tengah. - belajar dengan askar.
Kehadiran Binatang Besar
Kera atau Monyet akan lari dan buat
bising bila ada bahaya contohnya Harimau, Gajah, Badak, Seladang dll. Kalau dari jauh kedengaran bunyi Kera buat bising tentu ada binatang besar tengah lalu dikawasan tersebut. -
belajar dgn orang asli.
Selesai Memasak Makanan
Apabila kita selesai makan makanan yang dimasak contohnya ikan bakar dll. Semasa di dalam hutan, kita mesti makan sampai habis dan hanyutkan atau tanam lebihan makanan tersebut sebab bau makanan ini boleh menarik perhatian haiwan-haiwan di kawasan tersebut.
Selesaikan Semua Perkara Sebelum Jam 5:00 Petang
Biasanya bila berada di dalam hutan, kita digalakkan untuk menyelesaikan semua urusan seperti memasak, mandi, basuh
dll sebelum jam 5:00 petang. Sebabnya hutan akan mula bertukar gelap
disebabkan oleh kanopi pokok dan sinaran matahari yang semakin terbenam. - belajar dari pengalaman.
Peka Terhadap Perubahan Suasana
Suasana hutan yang bising dengan bunyi unggas adalah lebih baik di waktu
malam daripada hutan yang sunyi sepi. Bila hutan sepi pasti terdapat apa-apa2 yang tidak kena. Oleh itu kita seharusnya berjaga-jaga dan bersiap sedia sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini - belajar dari orang asli.