Info Spesies: Puyu
Nama Saintifik: Anabas Testudineus @ Climbing Perch
Negara Asal: Afrika, Mozambique, Lesotho, Swaziland
Ikan Puyu (Anabas testudineus) merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak, sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini, bersisik dan bersirip keras memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair, kerana pada ketika tertentu pada musim hujan kebanyakkanya berhijrah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelar spesies yang suka berhijrah. Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga beberapa jam. Ikan puyu dewasa mampu menjangkau panjang kira-kira 25 cm atau 9.8 inci).
-Sumber Wikipedia
Assalamualaikum wbt dan selamat tahun baru 2014 diucapkan kepada semua warga pembaca Pancing2u, diharapkan Ahli P2U Angler masih belum terlewat mengucapkannya kepada semua pembaca Pancing2u. Baiklah untuk cerita kali ini sebenarnya ia merupakan sesi yang dirancang secara mengejut oleh ahli P2U Angler pada cuti hari Ahad yang lepas untuk turun memancing di Tasik Subang Jaya yang terletak dibahagian belakang Hospital Subang Jaya dan berhampiran Hotel Grand Dorsett.
P2U Angler Bersiap Sedia Untuk Memancing! |
Sesi kali ini disertai oleh Saya (Admin), Ringgo, Torres dan Jojo yang berkumpul di lokasi pada pukul 3.30pm dan misi kali ini sebenarnya lebih kepada mensasarkan spesies seperti Peacock Bass, Haruan dan Toman yang dikatakan banyak bersembunyi di Tasik Tersebut. Setelah kami merujuk sumber seperti Google, Blog-blog pancing, dan lain-lain banyak menyatakan spesies tersebut masih terdapat di Tasik Subang Jaya.
Ramai Juga Orang Memancing Petang Ini |
Namun kami akui yang kami masih baru dalam dunia pemancingan air tawar dan masih kurang dalam kepelbagaian teknik dan ilmu untuk menawan spesies air tawar tersebut akan tetapi dengan berbekalkan semangat memancing yang tinggi lalu kami teruskan usaha murni tersebut. Apa umpan yang terdetik di kepala kami adalah roti Gardenia dan menggunakan gewang-gewang milik kami yang tak seberapa, almaklumlah kami selalu layan ikan air masin tiba-tiba bertukar ke air tawar pula...Pening-pening!.
Set Pancingan Saya (Admin) |
Muka Orang Baru Baik Demam... |
Berbalik kepada cerita memancing tadi, kami memulakan aktiviti menjerat dengan mengilat di sekitar kawasan tasik tersebut. Kelihatan ramai juga pemancing dari pelbagai peringkat usia yang turun pada petang tersebut. Semakin lama, semakin ramai pula yang memancing disitu macam pertandingan rasanya. Pada pemikiran kami mungkin rasanya hobi memancing di Malaysia semakin diminati dan mendapat tempat dihati masyarakat.
Ringgo Dan Torres Sabar Menanti |
Lebih kurang 2 jam menunggu namun tiada sebarang sambaran diterima dari makhluk dasaran disana begitu juga mereka yang memancing di situ. Setelah agak bosan lantas saya menukar mata kail kepada saiz yang lebih kecil sedikit dan hanya menggunakan cebisan roti dan melabuhkan di kawasan berhampiran lumut-lumut ditepian tasik. Tidak sampai beberapa minit, terasa ada sambaran kecil apabila ditarik rupanya ikan Puyu.
Ikan Puyu 1st... |
Comel Tak?... |
Layan juga bila dah bosan, ada penghibur hati yakni ikan-ikan Puyu yang comel-comel sudi menjamah roti yang dihidangkan. Bolehlah orang cakap, merasalah juga tarik ikan dari 'Kumpau' langsung. Kesemua ikan-ikan Puyu yang terkumpul pada sesi tersebut adalah sebanyak 6 ekor dan kami telah melepaskannya semua kedalam tasik kembali ekoran tiada seorang pun dari kami yang biasa makan ikan air tawar tersebut. Lebih kurang jam 7pm kami telah berkemas-kemas untuk pulang dan akan kembali lagi untuk memancing disini setelah kajian dan rujukan yang lebih mendalam dilakukan bagi menjerat spesies-spesies lain disitu.
Hasil Sebanyak 6 Ekor *Kesemuanya Kami CNR |
Terima kasih juga diucapkan kepada pembaca Pancing2u yang sudi meluangkan masa membaca blog ini. Akhir kata kami P2U Angler ingin berpesan kepada diri kami dan anda semua agar jangan lupa untuk memartabatkan sukan memancing ini hingga ke peringkat antarabangsa, segalanya bermula dengan peranan dan motivasi diri kita sendiri. Sekian sahaja cerita kami pada kali ini semoga berjumpa lagi di sesi akan datang.
macam ikan puyu je bro ade duri2 kat belakang tu
ReplyDeleteItulah pasal macam Ikan Puyu, tapi otai-otai yang pancing kat Tasik tue cakap Talapia. Mereka siap bawa besen dan baldi tangkap bawa balik.
ReplyDeletebaru tau rupanya tu bukan ikan tilapia, puyu pn bukan
ReplyDeleteikan patung rupanya
rasa ikan puyu tu. setahu saya, ada jabatan yang sengaja letak ikan puyu sebab ikan puyu jer yang boleh makan telur ikan peacock bass..
ReplyDeleteTerima kasih atas maklumat tuan, rasanya pun begitu...
Deletenice story admin..lama tul x datang sini. kolam blkang dah boleh masuk rupanya ye.dulu tak berani masuk sebab ada orang kata pihak management sime darby tak bagi mancing.saya selalu casting kat belah mengkuang pakai teknik spinfly.ermm. insyallah nak cuba tasik belah sini la.
ReplyDeleteNi ikan puyu dah kacuk dengan ikan patung ngn kepau ni. Puyu asal kan panjang badannyer,,,-))
ReplyDeleteini tasik yang kita nampak dari Federal?nak masuk ikut mana?
ReplyDeleteSalam Ridzuan Anwar,
DeleteIya inilah tasik yang boleh dilihat dari Faderal Highway. Cara untuk masuk ke kesana:
-Dari Faderal Highway susur kiri ke arah Subang Jaya (*Betul2 sebaris dengan pemandangan tasik)
-Ikut kiri sehingga jumpa Hospital Ramsey
-Traffic light masuk kiri
-Terus sehingga nampak Signboard "Crocodile Farm
-Sampai....
Untuk makluman ada 3 buah tasik disini, dan salah satu darinya ada pengawal jaga dan dilarang memancing tetapi kalau berani selamba jer redah..
tangkap lepas balik baik xpyh tangkap..berdosa ko tau..ko ingt pancing ikan ni suka2 ke bg ikan kne mata kail ko lyn tarik pastu dpt ko lps blik..ingt ikan tu xsakit ke..pancing ikan biarlah kne pd niat iaitu utk cr rezeki..biarlh org kata aku ni ketinggalan zaman pun tp dlm islam xde istilah menyeksa binatang mcm tu melainkn ko dpt ikan yg mmg org xmkn sprti ikan dbkl ke,yg tu lojik la lps balik..
ReplyDeleteYela SAKAI....Ikut sukalah ko laa dgn logik ko....
Delete