Trip memancing ke Kolam No. 2, Sealion ini sememangnya dinantikan oleh P2U Angler dan menghitung hari untuk trip ke kolam tersebut. Tiba saat dimana gaji September, Nah!, pulang dari kerja kami "Shoot" ke lokasi. Perjalanan bermula dengan komplot sepakat untuk berkumpul di Seksyen 7, Shah Alam rumah Torres pada pukul 8.30pm dan bertolak ke kolam dengan menaiki Vios beliau.
|
(Suasana Kolam No. 2) |
Pada sesi kali ini hanya Saya (Admin) dan Torres yang turun ke lokasi memandangkan ahli lain semua mempunyai hal masing-masing. Waktu yang dirancang amatlah terbaik sekali memandangkan waktu tersebut kolam masih belum dipenuhi oleh "Otai-Otai Kolam" oleh itu kami berjaya mendapatkan spot baik pada malam itu iaitu dihadapan kaunter Kolam No. 2 tersebut.
|
(Uniform Ofmer Baru) |
Setelah saya membeli umpan Udang sebanyak 5 ekor, kami mula mempersiap joran untuk bertarung. Saya mempertaruhkan Joran Ofmer Infinity 5.6' yang baru dibeli dan menggunakan kekili Daiwa Crest 1500 dipadankan dengan tali sulam 20lb. Torres pula mempertaruhkan joran 5' yang baru dibelinya juga iaitu dari keluaran Ryobi Reventon dan menggunakan kekili Abu Garcia Omega 4000 dan tali tangsi berkekuatan 40lb. Setelah senjata disiapkan kami mula mengilat.
|
(Torres Sedang BerBBM) |
Torres telah mendapat getuan pertama pada malam itu namun berlaku kesilapan dimana drag tidak dilonggarkan membuatkan ikan yang sedang mengemam umpannya mengeluarkan kembali oleh itu kumpau. Kami masih meneruskan sesi mengilat tanpa henti, kami sering merubah kedudukan ekoran pemancing yang kian ramai berkunjung ke kolam. Masa kian berlalu, sedar tidak sedar sudah 3 jam kami memancing namun masih belum ada tanda ikan mengena joran. Jiran sebelah sudah 3-4 ekor yang naik, dan kata mereka taukeh kolam banyak melepaskan species Kerapu yang bersaiz bagak-bagak. Ini terbukti apabila sepanjang kami memancing sebanyak 2 ekor Kerapu jenis Harimau berjaya dinaikkan. Aduhai bilalah kami boleh merasa ikan sebegitu.
|
(Torres Dengan Hasil Tangkapan Jenahak 1.5 KG) |
Masa ditambah sebanyak 1 jam menjadikan sesi pancingan kami pada malam itu mencecah 4 jam, tiba-tiba Torres menerima satu getuan dari makhluk dasaran namun berdasarkan pada tarikan dan lenturan joran beliau menampakkan yang saiz ikan tersebut tidak sebesarmana. Setelah melayan tarikan ikan tersebut terpancar kilauan sisik keemasan yang menunjukkan ianya seekor Jenahak saiz Juvenil dan beliau berjaya mendaratkannya.
Alamak saya masih kumpau lagi ini, masih belum mendaratkan ikan, saya ada menerima getuan ikan tapi rabut. Sesi pancingan berakhir pada pukul 1.30am dam setelah masa yang diperuntukkan tamat maka trip berkesudahan dengan kami berjaya pulang membawa trofi Janahak seberat 1.5kg. Sekian sahaja perkembangan dari kami P2U Angler untuk tatapan pembaca Pancing2u. Terima kasih diucapkan.
No comments:
Post a Comment