Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog Pancing2u, pertama sekali kami P2U Angler ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi menyokong perkembangan blog pancing kami yang kini mencecah
20,000 orang pengunjung dalam masa
9 bulan sejak penubuhannya. Apa yang penting adalah penyampaian lokasi dan tempat memancing yang kami kunjungi serta beberapa tips dan petua dalam pengurusan joran akan terus dimartabatkan agar tahap pemancingan kita akan berkembang sehingga tahap antarabangsa, itulah harapan kami di Pancing2u.
|
Teknik "Bottom" Lebih Efektif Di Kolam No. 1 |
Baiklah tanpa membuang masa, sesi kali ini telah dilakukan oleh Ringgo dan Jojo yang mana lebih kepada pancingan santai bagi mencari lauk untuk di masak ketika hujung minggu nanti bersama keluarga. Sasaran mereka adalah di
Kolam No. 1, Kolam Pancing Pelita Harmoni (PH) yang terletak di Jugra, Banting atau lebih dikenali kolam Siakap
. Saya selaku Admin rasa ramai yang telah berkunjung kesana untuk merasa sendiri tarikan makhluk dasaran disana kerana pada pemerhatian kami P2U Angler, jumlah pengunjung kolam semakin hari semakin bertambah. Ehem...Taukeh kolam jangan lupa jasa kami, belanja 1-3 jam percuma pun boleh.
|
Jojo Sibuk Mencari Spot Labuhan Terbaik |
Bertolak dari Seksyen 7. Shah Alam sekitar pukul 10 malam dan tiba dilokasi pada pukul 11 malam dengan menaiki R3 Ringgo. Setibanya di kolam mereka membeli umpan Udang dibeli sebanyak RM6.00 dan sedia untuk memancing. Mengikut kata mereka, ramai pemancing yang turun pada malam tersebut ekoran esok harinya adalah cuti hujung minggu. Boleh dikatakan hampir setiap pondok di sekitar kolam penuh dengan pemancing, macam mana hendak mendapatkan pot untuk meletakkan barang. Alhamdulilah, nasib menyebelahi mereka kerana kebetulan ada kumpulan pemancing yang sudah selesai memancing dan membawa hasil yang agak lumayan ingin bergerak keluar maka pondok tersebut terus dimasuki Ringgo dan Jojo.
|
Jojo Lega Setelah Mendapat Siakap 1st Yang Merupakan Lesen Pertama Kolam No. 1 |
Pada malam ini Jojo menggunakan set Vintage Dam Quick milik Ringgo yang mana
Rod Dam Quick - Royal Foray panjang 5'6'' dan kekili Dam Quick TS 45 dipadankan dengan tali sulam Sufix berkekuatan 30lb. Ringgo pula menggunakan
Rod Expert Graphite 5'6'' 8lb - 17lb dan kekili PENN Battle 1000. Teknik yang digunakan pula adalah "Bottom" yang mana mengikut sesi ujian kolam yang lepas ikan yang menghuni kolam tersebut mudah culas dengan umpan yang di "Casting".
Mengikut kata mereka, ikan pada malam itu tidak begitu galak memakan umpan mungkin kerana faktor tekanan pemancing yang agak ramai pada malam itu atau mungkin stok ikan di kolam tersebut kurang dan tidak dimasukkan lagi oleh taukeh kolam tersebut. Hampir 2 jam memancing masih tidak mendapat sebarang sambaran dari penghuni kolam. Pelbagai cara dan gaya telah dicuba tetapi masih tidak berjaya. Pemancing lain juga mengalami nasib yang sama.
|
Ringgo Akhirnya Berjaya Mendaratkan Siakap |
Hendak dijadikan cerita sudahlah 'Stress' ekoran masih gagal mendapatkan sambaran ada pula sekumpulan pemancing yang P2U Angler rasakan kurang beretika dan tidak menghormati pemancing lain yang datang dari Klang (*Orang Klang Jangan Marah, Bukan semua) sudahlah membuat bising sesama sendiri, tiba-tiba datang ke pondok yang sedang di duduki oleh Si Ringgo dan Jojo dengan selamba "Mendominasi" atau dalam bahasa pasarnya buat macam tempat sendiri.
"Rilek..Rileklah Bang, kita pun bayar yuran kolam juga tetapi jangan sampai nak ambil port orang dah duduk lama, tahulah awak ramai. Kepada budak-budak Klang yang rasa diri mereka memancing pada malam Jumaat di Kolam Jugra yang dipetik dalam artikel ini, fikir-fikirkanlah ok Thambi..."
Pemancing seperti ini memang
kurang ajar dan
tidak memikirkan orang lain. Kepada pembaca diluar sana jagalah etika ketika memancing. Andai kita datang lewat ke lokasi dan mendapati pondok telah penuh janganlah sesuka hati "Ousted" orang lain.
|
Hasil Hari Ini 3 Ekor Siakap Berjaya Didaratkan |
Berbalik kepada sesi pancingan tadi lebih kurang jam 1.30 pagi, barulah ikan mula aktiviti memakan umpan. Kelihatan Siakap kolam berjaya didaratkan oleh pemancing-pemancing disekitar kolam. Meriah juga suasana ketika itu dan Ringgo dan Jojo berjaya menerima "Double Hook Up" ekoran kedua-dua joran mereka menerima tarikan serentak.
|
Ringgo Dan Hasilnya |
Akhirnya sebanyak 4 ekor Siakap berjaya didaratkan oleh P2U Angler pada sesi kali ini bolehlah dibuat lauk untuk hujung minggu ini. Sekian sahaja cerita sesi pancingan pada kali ini untuk tatapan pembaca Pancing2u semoga bertemu disesi 'Komplot' akan datang di Kolam Sementa, Klang.
ek eleh... aku pn orang klang gak.. tp adat la sapa cepat dia dpt port... penah gak aku bertekak ngn org mcm di atas tu... kat kolam kg delek.. igt tempat tu ada cop nama dia ka...
ReplyDeleteOoo..pernah juga yer...
ReplyDeletetapi sebagai pemancing hormatlah sikit pemancing lain...
takda moral la...
apa-apa pun selamat memancing...
bro jgn terasa ok..
kan dah highlight atas tu tak *semua orang klang..
Hehehe