Memang sakit kalau tengok orang sebelah sahaja yang pacak, orang sebelah sahaja yang gasak tetapi kita hanya membangau macam bangau Tasik Titiwangsa. Kalau ikan ada pun pelbagai masalah yang timbul serta ikan gagal didaratkan. Bagi mengatasi masalah ini ada beberapa tips yang ingin saya kongsikan serta mari kita buat sedikit persediaan sebelum membuat lontaran pertama.
Tali
- Buat pemeriksaan pada tali utama sama ada ia masih utuh atau sudah reput. Jika perlu ditukar, buang beberapa kaki tali di hadapan sebagai langkah keselamatan.
- Jika menggunakan Tali Sulam dan perlu disambung dengan "Shock Leader", pastikan ikatan sambungan itu kukuh dan kuat.
Mata Kail
- Jika menggunakan mata kail yang pernah digunakan, uji tahap ketajaman dahulu. Kalau sudah kurang tajam lebih elok sekiranya anda menukar kepada yang baru. Ini dapat mengelakkan mata kail terlucut dari mulut ikan.
- Saiz dan jenis mata kail juga perlu diperhatikan. Sebaiknya gunakan saiz mata kail yang sepadan dan elakkan guna mata kail yang kurang berkualiti.
Set Pancing
- Set pancing yang digunakan juga perlu sepadan dengan ikan sasaran. Banyak kejadian ikan gagal didaratkan kerana joran atau kekili gagal menakluk ikan.
Umpan
- Umpan yang digunakan perlu dipastikan keberkesanannya terlebih dahulu yakni sama sebagaimana pemancing lain gunakan sebagai contoh: jika semua pemancing lain yang berjaya mendaratkan ikan menggunakan umpan Udang dan Isi ikan maka kita seharusnya menukar kepada umpan yang sama.
- Pastikan tahap kesegaran umpan atau proses bancuhan umpan sekiranya anda bukan menggunakan umpan tiruan. Tidak semua spesies mempunyai tabiat dan corak pemakanan yang sama.
Teknik
- Teknik "Strike" atau menyentap ikan juga penting dan boleh memberikan impak, begitu juga dengan cara melayan ikan harus betul agar ikan berjaya didaratkan.
- Jika umpan sudah bagus, pastikan anda mengaplikasikan teknik yang digunakan juga adalah sesuai. Sama ada teknik "Bottom", "Drifting" dan "Casting". Contoh: jika ada pemancing lain disitu lebih banyak yang mengaplikasikan teknik "Bottom" maka kita juga harus mengikuti mereka kerana mungkin teknik menjerat ikan disitu lebih cenderung kepada teknik tersebut.
No comments:
Post a Comment