|
Lubuk Sungai Brian - Pecahan Sungai Kerian, Selama Perak |
Musim perayaan Tahun Baru Cina kembali lagi dan pastinya ramai warga kota yang akan pulang ke kampung halaman untuk bertemu keluarga tercinta, sanak-saudara dan kawan-kawan sekampung yang setelah sekian lama tidak bertemu. Sehubungan dengan itu seorang wakil dari P2U Angler atau lebih dikenali sebagai 'Lebai' telah mengaturkan satu 'Kompot' bersama kawan sekampung untuk melakukan satu sesi pancingan di sekitar Sungai Brian, pecahan Sungai Kerian yang terletak di Jalan Selama, Perak.
|
Set Pancing Yang Akan Digunakan |
|
"Steady"lah Lebai...Wakil Tunggal P2U Angler |
Sesi pancingan kali ini adalah lebih kepada suasana santai sambil memancing bersama-sama teman lama dan mengimbau kembali memori sewaktu kecil dahulu sewaktu menjadi 'Hero Kampung' disitu. Komplot di sertai seramai 4 orang itu lebih mensasarkan ikan-ikan sungai seperti Baung, Keli, Sebarau, Tengas dan jika bernasib baik bertemu si raja sungai yakni Kelah.
|
Geng 'Komplot' |
|
Motosikal Dipakir Di Tepi Lubuk |
Seawal terbit sang mentari lagi kesemua ahli komplot telah bersiap sedia dengan joran dan umpan masing-masing. Umpan seperti Cacing, Tapa, Roti dan Cengkerik menjadi pilihan ekoran habitat di lubuk tersebut lebih gemar akan umpan semulajadi. Memakai baju yang berlengan panjang serta berseluar panjang memberikan kelebihan ketika memancing disini ekoran nyamuk dan agas yang banyak dikuatiri mengganggu sewaktu memancing kelak.
|
Sesi Perasmian Lubuk |
Perjalanan untuk lubuk tersebut memakan masa hampir 1 jam dari jalan utama dengan penggunaan motorsikal sebagai alternatif. Menurut kata Lebai, terasa lebih "Feel" menaiki motorsikal bersama-sama rakan kerana dapat melihat suasana kampung yang dirindui dan menyedut udara yang sukar didapati di Kuala Lumpur.
|
Itu Dia Hasil 1st - Baung! |
Tiba di lokasi, umpan terus dilabuhkan, hampir setiap set pancing dipasang umpan dan dibiarkan tanam didasar sungai. Tidak sampai 10 minit joran Lebai dan rakannya telah menerima getuan dari penghuni dasaran, tarikan yang dirasai tidaklah sekuat mana dan apabila mangsa berjaya didaratkan ternyata ianya adalah seekor ikan Baung bersaiz anak-anak. Tidak mengapa sekejap lagi pasti akan ada yang bersaiz gadang dan spesies lain yang lebih mencabar. Kita Tunggu!...
|
Baung Ke-2 |
Rupa-rupanya Sungai Brian ini menyimpan satu khazanah yang berharga yakni Jenggo @ Sepit Biru yang mendiami kawasan sungai tersebut. Ketika air sungai mula surut dan arus menjadi tenang, joran lebai telah menerima satu sentapan dan apabila diangkat ke atas rupanya seekor Jenggo. Wah!, apa lagi semua rakan komplot terus labuhkan joran ke kawasan tersebut. Ini kerana Jenggo akan hidup secara berkumpulan mencari makanan, pasti sudah terkena kawanan mereka.
|
Sodap Buat "Pekasam" |
Seekor demi seekor Jenggo berjaya di daratkan dalam masa kurang dari 1 jam, hasil yang diterima sudah lumayan. Hari pun sudah hampir lewat petang dan masing-masing ingin pulang kerumah ekoran terdapat hal masing-masing malam nanti oleh itu sesi pancingan akan ditamatkan petang ini.
|
Jenggo @ Sepit Biru |
|
Hasil Tangkapan Lebai |
Sekian sahaja cerita bagi sesi pancingan kali ini, yang pasti hasil lumayan seperti ini memang seringkali didambakan oleh setiap pemancing apabila pulang ke kampung halaman dan memancing bersama rakan-rakan. Terima kasih juga diucapkan kepada pembaca Pancing2u yang sudi meluangkan masa untuk melayari blog kami ini, In Sha Allah kita akan bertemu lagi di sesi akan datang.
Salam,,
ReplyDeleteBoleh bagi specific location tak sungai brian ni. Minta mohon tunjuk ajar sifu.