Assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca
tegar Pancing2u. Cerita kali ini ada lah berkenaan salah satu kolam pancing air masin semulajadi yang selalu saya
lawati iaitu Tanjung Fishing Village yang terletak di Kampung Pendas, Gelang
Patah, Johor. Untuk makluman, kolam ini 100% milik bumiputera dan untuk ke lokasi pengunjung boleh
menggunakan Lebuhraya Senai-Tuas (2nd Link) keluar di persimpangan Tanjung
Pelepas atau melalui pekan Gelang Patah menuju ke Tanjung Kupang. Kolam ini
terletak di hujung jalan Tanjung Kupang berhampiran jeti Kampung Pendas Laut.
Kolam ini menyediakan kemudahan yang sangat lengkap dan selesa kepada pengunjung. Antara kemudahan disediakan ialah Chalet, Restoran Terapung, Mini Mart serta Surau berpenghawa dingin. Maka tidak hairan ramai pemancing kesini bersama-sama ahli keluarga masing-masing. Ketika ini, kerja-kerja menaiktaraf kemudahan sedang giat dijalankan. Terdapat tiga jenis kolam disini iaitu:
Kolam ini menyediakan kemudahan yang sangat lengkap dan selesa kepada pengunjung. Antara kemudahan disediakan ialah Chalet, Restoran Terapung, Mini Mart serta Surau berpenghawa dingin. Maka tidak hairan ramai pemancing kesini bersama-sama ahli keluarga masing-masing. Ketika ini, kerja-kerja menaiktaraf kemudahan sedang giat dijalankan. Terdapat tiga jenis kolam disini iaitu:
- Kolam Pancing Masa
- Kolam Pancing Timbang
- Kolam Catch and Release (CNR)
Semua
maklumat kolam ini dapat disimpulkan dalam gambar pertama dibawah selain
gambar-gambar suasana kolam untuk tatapan para pembaca:
Macam-macam Ada Dan Memang Meriah! |
Harga baru kolam Pancing Masa:
Deposit = RM 15.00
3 Jam = RM 48.00
4 Jam = RM 58.00
8 Jam = RM 103.00
Midnight = RM 45.00
Siap Ada Layout Kolam... |
Senarai Ikan Terberat Mingguan... |
Pemandangan Restoren Terapung - (Surau Di tingkat Bawah / Chalet Di tingkat Atas) |
Kolam Pancing Timbang Dan Kolam Catch And Release (CNR) |
Kolam Pancing Masa - Kanvas Digunakan Untuk Mengelakkan Balingan "Menggila" Pemancing Dari Masuk Ke Dalam Sangkar |
2 Orang Penting Memeriksa Stok Udang Hidup |
Kolam Catch And Release (CNR) - Kebiasaannya Di Sewa Oleh Pemancing Dari Singapura |
Pada setiap hari Jumaat, kolam hanya dibuka mulai jam 4
petang. Saya mengambil keputusan untuk bergerak ke kolam selepas solat Jumaat. Saya telah ke lokasi lebih awal untuk melakukan sesi fotografi khas untuk Pancing2u. Selesai sesi photografi dan solat Asar, saya
membuat bayaran untuk sesi buruan selama 3 jam. Kebiasaannya, saya akan menyiapkan
tiga jenis perambut untuk kegunaan teknik Casting, Drifting dan Bottom. Tapi kali ini saya
nekad untuk melakukan buruan menggunakan teknik Casting sahaja. Alhamdulillah, lawatan
kali ini berjaya menaikkan seekor Jenahak seberat 1KG. Saya agak kurang
bernasib baik kerana sambaran dari makhluk dasar selepas itu tidak sempat ditarik
ketika saya meninggalkan pancing untuk mengambil barang yang ditinggalkan di
pondok.
Saya Bersama Hasil Pancingan Hari Ini |
Sempat Meninjau Hasil Pemancing Sebelah - (Siakap/Bawal/MJ) |
Suasana Kolam Di Waktu Malam |
Pada lawatan sebelum ini, saya ditemani rakan pejabat
yang juga pemancing tegar; Najib datang ke kolam untuk mencuba nasib di Kolam Pancing
Timbang. Berbekalkan umpan ikan Tamban, kami bermula di seksyen ikan Merah dan
Jenahak. Disebabkan masa bukan ukuran, kami bersetuju untuk
membuat balingan seorang demi seorang menggunakan teknik Bottom. Balingan
pertama saya hanya mengambil masa hanya beberapa saat untuk disambar oleh
menghuni kolam. Pertarungan yang mengambil masa kurang seminit itu telah berjaya
mendaratkan seekor ikan merah bersaiz 1.2 kg. Tiba masa Najib pula untuk menunjukkan
skill balingan hikmatnya. Sangat
mengujakan apabila balingan Najib ketika umpan dirasakan masih belum menjejak
dasar telah disambar oleh seekor Jenahak dengan berat hampir 1 kg.
Bersama "Si Merah" |
Najib Dan Jenahak Beliau... |
Kami mengambil keputusan bergerak ke seksyen Siakap
pula. Menggunakan Udang hidup, balingan
teknik Bottom kali ini dimulakan Najib. Setelah menunggu lima minit, tiada
sambaran diterima. Saya mula meninjau sekeliling kolam dan kelihatan sekumpulan
siakap berkampung di satu sudut kolam. Tanpa membuang masa, saya dan Najib
terus menggempur lokasi tersebut. Balingan kami segera disambar oleh Siakap
sekitar saiz 600 gram. Saya turut meminta pemancing lain untuk turut sama menggempur
tempat tersebut. Seperti kami, mereka juga berjaya mendaratkan siakap dalam
tempoh yang singkat.
Hasil Tangkapan Kami Pada Kali Ini... |
Kami mengambil keputusan untuk menamatkan sesi pancingan "Super Cepat" ini yang hanya mengambil masa dalam 20 minit. Ketika membuat
timbangan dan bayaran, petugas kolam memaklumkan ikan yang dilepaskan di Kolam
Pancing Timbang mempunyai berat antara 1-3 kg bagi Kerapu, Merah dan Jenahak
manakala berat dalam 1 kg untuk siakap. Pada Trip kali ini kami tidak mencuba seksyen
kerapu kerana masing-masing tidak bercadang untuk membawa balik kerapu. Untuk
pengetahuan pembaca, restoran kolam ini turut menyediakan perkhidmatan memasak
ikan yang dipancing mengikut citarasa pelanggan dengan mengenakan sedikit
bayaran.
Senarai Harga Ikan Setiap KG Dan Upah Masak - (Unga = Jenahak / Kambing = Kaci) |
Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca trip dan aktiviti saya pada kali ini. Kepada para pemancing diluar sana yang mendambakan aksi pertarungan bersama ikan bergred AAA serta bersantai bersama-sama ahli keluarga, Tanjung Fishing Village adalah salah satu spot pilihan anda dan nantikan laporan saya seterusnya dari Selatan tanah air.
-Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment