Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca Pancing2u yang dihormati, setelah hampir 3 bulan menunggu akhirnya ia berlangsung kembali. Pertandingan yang sememangnya dinantikan oleh semua pemancing iaitu Sirkit Pancing Putrajaya 4/2014 yang mana ini merupakan siri kemuncak atau terakhir dalam kalendar tahun 2014. Pertandingan ini merupakan anjuran Perbadanan Putrajaya yang diadakan sepanjang tahun di tasik-tasik Putrajaya. Ia terbuka kepada orang awam yang boleh di sertai oleh warganegara dan juga bukan warganegara Malaysia.
|
Akuarium Senu Yang Terletak Di Taman Dato' Senu, Sentul |
|
Anak Ikan Kap |
|
"Life Bait Bucket" Dan "Portable Air Pump" Digunakan Agar Umpan Kekal Segar |
Sehari sebelum hari pertandingan Admin telah ke kedai Akuarium berdekatan rumah untuk mencari umpan bagi pertandingan esok. Namun kali ini Admin memilih untuk menggunakan umpan anak ikan Kap yang sememangnya digemari oleh pemangsa-pemangsa air tawar seperti Haruan. Mengikut pengalaman menyertai siri-siri yang lalu, penggunaan dedak berperisa kurang mendapat sambutan di Tasik Putrajaya berkemungkinan penghuninya kurang terdedah dengan umpan sebegitu.
|
Seawal Jam 7 Pagi, Admim Sudah Terpacak Di Lokasi |
|
Khemah Pendaftaran |
|
Petugas-petugas Kaunter Sedang Mendaftarkan Peserta |
Akhirnya detik yang dinanti-nantikan tiba, seawal jam 6 pagi Admin telah keluar dari rumah untuk ke Putrajaya seorang diri tanpa teman kali ini. Lebuhraya MEX menjadi pilihan kali ini kerana memudahkan serta dapat mempercepatkan perjalanan. Rakan-rakan P2U Angler yang lain akan berkumpul di khemah pendaftaran jika merujuk kepada pesanan yang dinyatakan di aplikasi Whatsapp Admin pada jam 8 pagi. Lebai merupakan orang kedua sampai selepas Admin, Hairul lewat sedikit ekoran tayar motorsikal beliau pancit, kasihan betul.
|
Gerai Jualan Makanan |
|
Singgah Sebentar Membeli Nasi Ayam... |
Selesai mendaftar di kaunter pendaftaran, kami menerima cenderahati berupa baju T-Shirt edisi Sirkit ke 4, tag pancang, tag joran dan tag gelang bagi pemancing. Alhamdulilah akhirnya Hairul selamat tiba di lokasi pendaftaran bersama anak beliau. Admin sedikit kagum dengan semangat beliau walaupun mengalami masalah tayar pancit untuk ke pertandingan namun masih kelihatan tenang dan tidak tertekan. Disebabkan masing-masing belum bersarapan pagi, kami membeli makanan yang dijual di khemah jualan makanan. Terdapat banyak peniaga yang menjual makanan dan minuman, cuma harga sedikit tinggi namun demikian ia tidak menjadi masalah.
|
Pemandangan Perumahan "Elite" di Presint 8, Putrajaya |
|
Tasik Yang Tersergam Indah... |
Lokasi tasik kali ini terletak di sekeliling bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) dan terus ke arah taman perumahan "Elite" di Presint 8, Putrajaya. Sepanjang pesisir kawasan tasik dipenuhi segenap pemancing sehingga tiada tempat untuk kami melabuhkan joran, nampaknya terpaksalah kami berjalan jauh hingga ke kawasan hujung tasik anggaran 2 kilometer. Apa yang tidak menyeronokkan adalah disebabkan semalam hujan lebat maka tanah merah menjadi lembab dan ia melekat-lekat di tapak kasut serta seluar kami.
|
Antara Ribuan Pemancing Yang Hadir |
|
Tiada Ruang Kosong Langsung |
|
Dibahagian Hujung Baru Kurang Pemancing... |
|
P2U Angler: Hairul dan Anaknya |
|
P2u Angler: Lebai Sedang Membantu "Setting" Joran Surf Casting Admin.... |
|
P2U Angler: Admin Terbaik...!!! |
Akhirnya spot paling hujung kami pilih untuk melabuhkan joran dan berkhemah, kini tiba masa untuk menyelaras senjata untuk berperang dan menurunkan skill yang terperam sepanjang 3 bulan lalu. Admin menggunakan rod "Surf Casting" Riccochet 12 kaki yang baru dibeli tempoh hari di Meru, Klang. (*Rujuk pos lalu), Kekili Tomman Silver Lion 6000 dan Tali Tangsi Tomman Performance 40lb. Tujuan penggunaan rod ini adalah untuk membuat balingan yang lebih jauh ketengah, alhamdulilah memang jauh balingan pertama Admin, ditambah pula dengan bantuan batu ladung saiz 3 sememangnya ada "Kaaawww!!!". Lebai Dan Hairul hanya menggunakan joran pendek sahaja dan menggunakan umpan tradisional iaitu Cacing Tanah dan Cengkerik. Kami bertiga hanya membiarkan umpan dilabuhkan ke dasar lagipun teknik pancingan dasar merupakan antara syarat utama pertandingan, selebihnya hanya berserah kepada tuhan.
|
Lebai Membantu Menaikkan Ikan Keli - Ai Gaya Selamba Jer Bang! |
|
Hairul Berjaya Menaikkan Seekor Ikan Keli |
|
Ikan Keli Tidak Dipertandingkan (*Bawa Balik Goreng Sahaja) |
Cuaca terbaik namun sedikit panas biasalah Matahari semakin meninggi, tiada sebarang sambaran berlaku dalam kelompok kami mahupun pemancing lain, sesekali terdengar dari jauh suara sorakan dan jeritan, kami dapat agak yang pasti ada pemancing bertuah yang berjaya menaikkan ikan lalu menerima sorakan dari pemancing lain. Tiba-tiba joran Hairul bergetar seolah menerima ragutan dari penghuni tasik, setelah diangkat terbukti memang ada ikan yang telah terjerat, daya juang tidak begitu ganas namun kami masing-masing bersorak kegembiraan, akhirnya seekor ikan Keli saiz Juvenil yang tertewas. Ikan Keli tidak dipertandingankan oleh yang demikian Hairul tidak perlu ke khemah juri untuk menimbang. Ikan tersebut boleh dibawa pulang atau dilepaskan.
|
Antara Hasil Tangkapan Peserta |
|
Juri Mengasingkan Ikan Mengikut Ketegori... |
|
Ikan Kejuaraan Sirkit - TEMOLEH @ TEMELIAN |
|
Tempat 1st Merupakan Peserta Wanita - "Believe It..." |
|
Juara Keseluruhan Sirkit Pancing Putrajaya |
Jarum jam menunjukkan tepat pukul 12:30 tengah hari, waktu pertandingan telah tamat dan kami sekadar berpuas hati mendaratkan seekor ikan Keli lalu berkemas untuk ke khemah Utama bagi melihat pemenang Sirkit kali ini. Apa yang mengejutkan kami adalah beliau adalah seorang pemancing wanita, tahniah diucapkan kepada beliau dan kami P2U Angler sangat kagum kerana beliau telah berjaya mendaratkan ikan terberat. Selain itu juara keseluruhan Sirkit milik seorang pemuda dimana beliau berjaya membawa pulang hadiah utama berupa kereta MYVI. Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua pembaca Pancing2u kerana sudi mengikuti laporan dari aktiviti pancing kami, sehingga bertemu lagi.
-Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment