Rip Current Atau Lebih Dikenali Sebagai Arus Laut |
Rip Current adalah arus yang dibentuk oleh pergerakan air yang relatif cepat (sekitar 4 ft (1.1 m)/dtk) yang mendesak keluar kembali ke tengah laut dari mana ia datang, kemungkinan terjadi hanya beberapa minit. Di kebanyakkan pantai, akan terdapat satu laluan yang tercipta untuk membenarkan air ombak yang sampai ke pantai untuk turun kembali ke laut. Ini terjadi apabila ombak terpecah dan air memerlukan laluan baru. Laluan/saluran ini dinamakan "Rip Current". Rip Current boleh bergerak melebihi kelajuan perenang tegar dan mengeret mangsa hingga ke tengah laut.
Gambaran Sebenar |
Antara tanda Rip Current ialah:
- Kelihatan satu laluan tenang walau tempat lain berombak
- Berbeza warna airnya / kedalamannya
- Kelihatan buih-buih laut yang membentuk satu barisan ke arah laut
- Ombak terpecah
Cara-cara menyelamatkan diri apabila terperangkap didalam Rip Current:
- Belajar berenang
- Jangan panik, bernafas secara tenang dan bersedia untuk ambil nafas dalam.
- Simpan tenaga
- Berfikir sebelum bertindak
- Jika anda seorang perenang yang lemah; apungkan diri dan biar Rip Current menolak anda hingga ke tengah laut sedikit kemudian berenang ke tepi dimana arus sudah semakin perlahan.
- Jika anda seorang perenang yang kuat; terus berenang ke tepi dan keluar dari laluan tersebut.
- Jika anda seorang yang tidak tahu berenang; pada saat anda ditarik arus, bertenang dan menarik nafas panjang sambil menjerit meminta tolong sambil melambai tangan.
Akhir kata dari kami P2U Angler, dalam menjalani aktiviti harian memancing atau berkelah di tepi pantai. Sentiasa berhati-hati dan mengawasi pergerakan kita dan orang yang disayangi. Adalah lebih baik seandainya kita melengkapkan diri dengan pengetahuan dan ilmu berkenaan arus pasang surut air sesuatu tempat, perubahan cuaca serta isu keselamatan. Sekian dari kami P2U Angler.
No comments:
Post a Comment