Assalamualaikum dan Salam Sejahtera diucapkan kepada pembaca blog Pancing2u, Terlebih dahulu kami dari P2U Angler ingin mengucapkan Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog kegemaran ramai ini. Pasti ramai yang berkesempatan turun memancing bersama keluarga dan rakan-rakan sepanjang menghabiskan cuti hari raya baru-baru ini. Jangan lupa jika ingin dikongsikan pengalaman memancing anda semua boleh dikirimkan kepada emel Admin.
Dalam pada masa ini juga Admin ingin berpesan kepada rakan-rakan memancing diluar sana agar berhati-hati ketika memancing kerana malang tidak berbau. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan banyak berita bot karam serta lemas di lapangan media negara. Sebagai pemancing aspek keselamatan harus dititikberatkan bersama dengan membuat persediaan awal agar kemalangan dapat dielakkan.

Baiklah pada kali ini Admin ingin kongsikan apa yang dirasakan sangat KREATIF dan BERINOVASI kepada anda semua. Mungkin ada diantara anda semua yang telah melihat dan mencuba namun pos kali ini adalah sekadar ingin berkongsi, bak kata pepatah "Ilmu Itu Harus Disebarkan, Agar Menjadi Manfaat Kepada Semua". Memang tidak dapat dinafikan para pemancing di Malaysia ini sememangnya kreatif dan berinovasi, mereka mampu untuk mencipta barangan yang dapat memberikan manfaat terhadap hobi memancing. Dibawah di sertakan beberapa keping gambar yang Admin dapat di laman sosial Facebook.
1. GROUND PVC ROD STAND (PANCANG PVC)
CONTOH 1 |
CONTOH 2 |
Bahan Yang Digunakan:
-Paip PVC "T"
-Paip PVC Panjang dipotong 3
-Gam Paip
2. CASTING GLOVE (SARUNG TANGAN)
CONTOH 1 |
Bahan Yang Digunakan:
-Sarung tangan getah
-Gunting
-Pemetik Api
1. WALL ROD RACK (RAK DINDING)
CONTOH 1 |
CONTOH 2 |
Bahan Yang Digunakan:
-Penyangkut baju
-Paku/ Skru Dinding
1. NAIL CLIPPER LURES (UMPAN TIRUAN KETIP KUKU)
CONTOH 1 |
Bahan Yang Digunakan:
-Ketip Kuku
-Mata Kail "3 Mata"
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete