05 August 2015

Memancing Di Lumut Waterfront, Perak - (30.07.2015)

Gerbang "Lumut Waterfront"
Assalamualaikum diucapkan kepada para pembaca blog Pancing2u yang mengikuti perkembangan aktiviti memancing kami P2U Angler. Baiklah setelah berehat hampir 1 bulan lebih sejak bulan Ramadhan yang lalu kini kami P2U Angler telah merancang satu komplot untuk memancing di perairan liar iaitu sisir pantai Lumut Waterfront yang terletak di Lumut, Perak. Untuk pengetahuan anda diluar sana yang masih belum berpeluang untuk berkunjung ke sini, Lumut Waterfront merupakan 'Spot" riadah, santai atau lepak bersama keluarga yang sangat menarik yang mana terletak berhampiran kawasan jeti feri untuk ke Pulau Pangkor.

Admin dan Ringgo Santai Menikmati Angin Laut...
Sebenarnya kami mempunyai urusan kerja di Lumut, Perak namun demikian Admin telah berpesan kepada rakan-rakan P2U Angler untuk tidak lupa untuk membawa senjata masing-masing kerana andai ada masa terluang boleh bersama-sama turun untuk melakukan aktiviti memancing. Ternyata impian untuk beraksi bersama dimakbulkan Allah s.w.t. Selepas makan malam di Lumut, kami menaiki 1 kereta telah ke kedai umpan Ah Heng Fishing Sport yang terletak di  Taman Nakhoda (Bandar Teknologi Maritim) untuk membeli umpan udang. Alhamdulilah nasib beliau belum menutup kedai namun udang bersaiz kecil yang dijual lalu kami pun membeli sebanyak 30 ekor pada harga Rm10.00.

Ringgo dan Jojo Sedang Mengikat Tali Perambut...
Selesai mendapatkan umpan kami pun terus menuju ke lokasi dan memilih port yang paling hujung berhampiran kapal perang lama yang dijadikan icon disitu. Mungkin lubuk ikan bermain di kawasan bawah kapal tersebut dan lagi satu kawasan tersebut masih diterangi cahaya lampu memudahkan kami untuk mempersiapkan joran dan memasang umpan.

Torres dan  E-jat Memeriksa Joran Mereka...
Jojo Posing dibelakangi Kapal Perang...
Joran Okuma Bait Feeder Admin - Harap Menjadi Malam Ini!
Bagi "Setting" untuk aksi malam ini, Kekili bersaiz sederhana ringan digunakan dan batang rod minimum 7'0'' kaki ke atas ini bertujuan agar kami membuat balingan jauh dari sisir pantai. Seperti yang kita sedia maklum, arus ombak yang agak kuat akan membuatkan tali pancing sering  tertolak sehingga akan bersimpul diantara satu sama lain. Penggunaan batu ladung yang berat dan besar adalah digalakkan dan pada waktu malam. Manakala teknik "Bottom" lebih efektif untuk menjerat makhluk dasaran yang merayap-rayap mencari makanan.

Tangkapan 1st - Torres Dan Ikan Sembilang
3 Duri Tajam Yang Mengandungi Bisa - Silap-Silap  Hospital!!!
Masing-masing Berhati-Hati Membuka Mata Kail.
Lebih kurang 30 minit melabuhkan umpan, Torres telah berjaya mendaratkan Ikan Sembilang bersaiz Juvenil. Menurut beliau balingan yang dilakukan hanya berhampiran sisir pantai dan mungkin pada waktu itu mangsa sedang rakus mencari makanan di kawasan tepian. Disebabkan ini merupakan tangkapan pertama beliau terhadap spesis ini penanggalan mata kail juga dilakukan dengan berhati-hati. Selesai bergambar, Ikan Sembilang tersebut dilepaskan kembali ke dalam air kerana kami tidak membawa "Cooler Box" kali ini.

Admin Berjaya Menjerat Anak Ikan Duri...
Tidak lama selepas insiden Torres berjaya mendaratkan ikan, kini tiba giliran Admin pula mendaratkan hasil pada malam tersebut. Sebenarnya Admin hanya ingin memeriksa tali takot-takot jika telah dihanyutkan jauh namun ketika sedang mengarau terasa ada sedikit tarikan biasa yang tidak terlalu kuat. Rupanya seekor Ikan Duri bersaiz kecil yang sudi menjamah umpan yang diberikan, setelah selesai sesi fotografi tanpa melengahkan masa ikan tersebut dilepaskan juga (CnR).

Saiz Curut...
Akhir kata dari kami, alhamdulilah kerana diberikan peluang untuk memancing di sini dan mencuba sendiri sesi pancingan liar yang dilakukan pada waktu malam. P2U Angler juga tidak pulang kosong dan berjaya menumpaskan ikan di perairan Lumut walaupun tidak sebesar mana. Baiklah sekian sahaja dari kami untuk tatapan semua. 

-Assalamualaikum

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...