Pada hari terakhir P2U Anler berada di Lumut, Perak kami sempat melakukan aktiviti memancing di persisiran pantai sebelum masuk ke dalam kawasan Rockbund Fishing Chalet, Marina Island. Pada ketika itu arus air laut baru hendak pasang dan sesi pancingan dilakukan pada jam 10:00 pagi sebelum matahari tinggi.
|
Sila Layari http://rockbund.inndesk.com/ - untuk maklumat lanjut |
Baiklah selesai mempromosi satu-satunya chalet memancing di Marina Island kita kembali kepada aktiviti P2U Angler memancing disana. Pada pagi itu kami ingin mensasarkan hasil tangkapan yang bergred "A" seperti Siakap, Jenahak dan Kerapu untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Sesi pancingan ini disertai oleh Admin, Ringgo, E-jat dan Uncle EJ yang membuat "Debut" solo beliau tanpa memancing.
|
E-jat Semangat Melabuhkan Umpan Isi Ikan Kembung... |
Kami menggunakan hirisan isi Ikan Kembung yang dibeli di kedai runcit berdekatan kawasan masuk ke Marina Island ini. Sila hati-hati apabila meninggalkan umpan ikan anda kerana apabila anda leka walau sebentar pasti burung Gagak yang senantiasa menunggu di atas pokok Ru akan turun membawa lari kesemua umpan anda oleh yang demikian dinasihatkan agar menjaga umpan sewaktu memancing.
|
Masing-Masing Sabar Menanti Sambaran... |
|
Uncle EJ Santai Menikmati Tiupan Angin Monsun |
|
Pemandangan Pulau Pangkor Dihadapan... |
Untuk makluman para pembaca semua, di Marina Island ini terdapat Jeti untuk ke Pulau Pangkor yang baru siap dibina dan ianya merupakan jeti ke 2 yang menghubungkan orang luar ke sana. Dari lokasi kami memancing kami dapat melihat pemandangan Pulau Pangkor dibahagian hadapan. Kalau tidak silap Admin, sekiranya anda menaiki Feri di Jeti baru ini ianya dapat mempercepatkan perjalanan dan mengambil masa yang kurang lama berbanding Jeti lama yang terletak di Lumut Waterfront.
|
Reel: Okuma Trio Bait Feeder + Rod: Abu Garcia Tournament 7'0" - Check Out Sticker Kejohanan!!! |
Kali ini kami menggunakan teknik "Drifting" atau berpelampung dan membiarkan arus membawa hirisan umpan isi ikan kembung tadi, andai kata ada penghuni dasaran yang sudi menjamah maka adalah rezeki kami merasa ikan disitu tapi nampaknya harapan tersebut semakin lebur dek kerana "Timing" tidak cantik dari segi arus laut dan cuaca. Lebih kurang 2 jam memancing sehingga matahari berada betul-betul diatas kepala kami mengambil keputusan untuk berhenti memancing dan pulang ke Kuala Lumpur.
|
Admin Pun Santai Menikmati Udara Segar... |
|
"Selfie" Sedikit Walaupun Tiada Hasil Pada Kali Ini... |
Maka tamatlah sesi memancing kami di perairan negeri Perak yang cantik ini. In Sha Allah, jika diberi peluang pasti kami akan kembali untuk memancing di sini. Baiklah sekian sahaja kemaskini dari Admin P2U Angler untuk tatapan para pembaca Pancing2u blog. Semoga berjumpa lagi.
-Assalamualaikum
Salam Tuan, Mancing sini kena bayar ke?
ReplyDeleteSalam bob,
DeleteMancing di sisir pantai tidak kene bayar..
Kecuali awak ke kawasan chalet menghadap pantai itu kena bayar ok...