"Jom turun Jugra malam nie?" Kata Ringgo.
"Aku on jer!" Kata Jojo.
"Tengoklah dulu kalau larat aku join korang...Walau apa pun teruskan aktiviti tanpa ku" Kata Saya (Admin).
|
Best Ooo...Naik Ini Kereta! |
Tepat jam 8:30 malam P2U Angler berkumpul di parkir bawah rumah Ringgo di Shah Alam. Saya sebenarnya berat hati nak tinggal anak dan isteri lagi pun minggu bekerja takot esok barai mata tapi mana boleh tahan Ooo...'Komplot' kali ini tertumpu ke Kolam Pelita Harmoni (PH) yang terletak di Jugra, Banting. Kami ke lokasi dengan menaiki Mitsubishi Lancer Jojo, berdesup perginya sekejap sahaja dah masuk kawasan kampung takkala laluan lebuhraya Kesas menjadi "Asapan" Si Jojo.
|
Ringgo & Jojo "Setting" Senjata Perang |
Tiba di kolam sekitar pukul 9.15 malam dan kelihatan hanya beberapa kelibat pemancing yang merupakan penduduk sekitar memancing untuk mencari lauk. Kami terus ke pondok kaunter untuk memasang set perang dan membeli umpan Udang. Alamak!, malam tersebut hanya umpan Udang bersaiz kecil yang tinggal kerana stok udang besar ibu jari telah kehabisan dan belum tiba dari peraih. Dalam pemikiran kami, risau akan potensi rabut dan Udang dibawa lari dengan mudah oleh makhluk dasaran disitu kerana saiznya yang mudah lucut dari mata kail. Tidak mengapa itu semua tidak mengganggu fokus kami dan sesi pancingan harus di teruskan.
|
Layan "Casting" Tetapi Malam Itu Serba Tidak Menjadi |
|
Bila Tidak Jalan Kita Main "Bottom" Sahaja |
Selesai mengikat perambut dan membeli umpan, tiba masa untuk memilih kolam mana yang ingin diduga antara kolam no. 1 hingga 4. Kolam no. 1 telah pun kami cuba dan hasilnya memberangsangkan lalu kami sepakat untuk mencuba kolam no. 2 pada kali ini. Bayaran RM5.00 dikenakan bagi sebatang joran, eh apahal pulak naik RM2.00 pula selalu RM3.00 sahaja. Jawapan Indon bertugas senang dan bersahaja,
"Mungkin taukeh nak bayar karen", macam ini punya hal pun ada adoi!. Mahu tidak mahu bayar sahajalah, baiklah kami pun mula bergerak ke spot yang dirasakan berpotensi iaitu ke pondok no. 2. Umpan mula dipasang dan di campakkan sehingg hujung tebing kolam dan membiarkan sahaja ia tertanam. Malam ini nak "Bottom" pula malas rasanya nak "Casting".
|
Seekor Senangin Taiwan Anggaran Saiz 3kg |
|
Ringgo Dengan Senangin Taiwan 1st Dinaikkan...Beso? |
Lebih kurang 30 minit kami masih tidak mendapatkan sebarang getuan dari makhluk dasaran dikolam no. 2 tersebut malah Ringgo dan Jojo sudah panas bontot duduk di spot yang sama dan ingin berubah ke pondok bersebelahan maka tinggallah saya keseorangan. Saya masih setia menunggu umpan di getu dengan sabar. Tiba-tiba Ringgo menyebat jorannya Zaappp!!!... rupanya tali dia sudah menegang dari tadi menandakan ada mangsa yang telah masuk perangkap beliau. Kreeeekk...Kreeekkk berdesing kekili Vintage milik Hj. Roseli yang baru lepas diservis oleh Kok Ming tempoh hari. Kawalan diberikan dengan baik lalu tertewaslah seekor Senangin Taiwan berskala Mama. Saya ada juga menerima 2 sambaran namun kesemuanya rabut.
|
2 Jam Pancingan Ringgo Berjaya Menaikkan 2 Ekor Senangin Taiwan |
Apa lagi tunggu saya pun beredar ke spot yang Ringgo duduk tadi, mana boleh tahan tengok member "Fight" tanpa "Tag" kawan-kawan lain. Umpan pun dilabuhkan ke kawasan sekitar dan saya meneruskan sesi membangau saya. Jojo pula sudah hilang ke kolam no. 1 mencuba nasib di kolam Siakap sebelah sana. Sedang saya dan Ringgo berborak-borak joran Ringgo seperti bergerak dan ditarik, Wah!, boleh tahan joran Dam Quick ini betul-betul "Quick" ikan makan, ada saka ker bang?. Ringgo berjaya mendaratkan seekor lagi Senangin Taiwan menjadikan beliau adalah pengumpul hasil tangkapan ikan setakat ini.
"Sabar...Sabar.. nanti adalah rezeki aku sekejap lagi" Saya cuba menguatkan semangat.
|
Itu Dia Ikan Gred "A" Sudah Mari!!! |
|
Seekor Jenahak Kolam No. 3 Berjaya Saya Tewaskan |
Jam telah menunjukkan tepat pukul 12:00 malam, dan saya dan Jojo masih belum menerima sebarang sambaran lalu saya mengambil keputusan untuk berpindah ke kolam no. 3 untuk mencuba Jenahak mana tahu ada rezeki bolehlah dari 'Kumpau'. Saya pun membuat balingan ke tengah kolam dan membiarkan sahaja umpan ditanam cuma saya menegangkan tali agar mata kail mudah tertancap di bibir ikan ketika ia sedang kemam dan membawa lari umpan Udang tersebut. Tunggu punya tunggu tiba-tiba joran saya ditarik rakus sehingga hampir tercabut masuk kedalam kolam, apa lagi rezeki sudah mari! Pertarungan pun bermula dan saya mengawal larian ikan meminimumkan tekanan agar tidak rabut lagi. Akhirnya saya berjaya menewaskan Jenahak tersebut, alhamdulillah.
|
Misi Tercapai - Lesen 1st Saya Mendapatkan Senangin Taiwan |
|
Muuuaahh!!!...Sayang Dada |
Kini sudah hampir 1.30 pagi, mata masing-masing sudah 'Barai' esok memang semua layu di pejabat, apa boleh buat dasar pemancing tegar. Sebenarnya Saya dan Ringgo sudah boleh pulang tetapi Jojo masih belum berjaya mendaratkan sebarang spesies oleh itu kami tunggulah dia. Sedang saya menghabiskan sisa-sisa udang tiba-tiba jorang saya melentur dan tali berpusu-pusu keluar dari spool, satu larian padu dibuat oleh makhluk dasaran yang tidak diketahui spesiesnya, namun firasat kami ianya Senangin Taiwan berdasarkan corak sambaran dan juga larian padunya ibarat "Torpedo". Kali ini memang saya terasa sengit apabila bertarung kerana habis tali saya dilarikan hingga hujung kolam. Puas saya mengepam joran dan mengetatkan drag dan berhati-hati mengawal pertarungan takot juga kalau rabut. Alhamdulilah akhirnya saya berjaya memperoleh seekor Senangin Taiwan dan ia juga merupakan lesen pertama saya.
|
Hasil Keseluruhan - 3 Senangin Taiwan / 1 Jenahak |
Akhirnya 'Komplot' ini harus ditamatkan, Jojo akhirnya redha dengan keputusan malam ini tanpa sebarang tangkapan. Saya dan Ringgo sedang pening kepala hentak membayar di 'tol' kaunter nanti, tapi duit bukan ukuran bila pengalaman, kepuasan, dan keindahan sesi pancingan berjaya kami dapatkan pada malam itu. Baiklah sekian sahaja cerita mengenai aktiviti kami sehingga bertemu lagi dan ribuan terima kasih diucapkan kepada pembaca Pancing2u. Jangan lupa untuk berkunjung di kolam Pelita Harmoni ini, Memang Syok!.
No comments:
Post a Comment