21 September 2015

Oh Jerebu!...Jerebu!...Di Sirkit Pancing Putrajaya 3/2015 - (13.09.2015)

"Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut. Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan." 

- Sumber Wikipedia

Kaunter Pendaftaran
Semua Bahagian Penuh
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca Pancing2u. Kali ini Admin ingin berkongsi aktiviti memancing P2U Angler semasa menyertai Sirkit Pancing Putrajaya 3/2015 baru-baru ini yang mana ianya merupakan kejohanan kali ke-3 bagi tahun 2015. Lokasi kali ini diadakan di sepanjang sisir Tasik Presint 4. Namun demikian, Sirkit kali ini dirasakan lebih mencabar oleh kerana negara kita sedang dilanda masalah "Jerebu" (*rujuk info diatas). Perubahan dari segi cuaca dan peredaraan udara membuatkan aktiviti ketika memancing terasa lebih sukar ekoran tahap kualiti udara yang kurang baik.

P2U Angler Hairul Dan 2 Orang Pewaris Beliau...Hehe
Ramai Peserta Yang Sudah Berkhemah
Cuaca Berjerebu - Pemandangan Agak Kabur...
Namun demikian, mukadimah yang tidak begitu molek sebentar tadi tetap tidak akan mengugat perjalanan aktiviti P2U Angler untuk terus memancing. Sirkit kali ini disertai oleh Admin dan Hairul aka Raja Toman  bersama 2 orang anak lelaki beliau. Kami  tiba di lokasi seawal jam 8 pagi dan kelihatan ribuan peserta telah pun berada di sepanjang sisir tasik menandakan mereka telah tiba lebih awal dari kami. Selepas kami mendaftar, misi seterusnya adalah untuk mencari 'port' yang masih kosong dan setelah agak sekian lama juga kami mencari akhirnya kami sepakat untuk melabuhkan joran berhampiran khemah hakim 3 dan khemah jualan makanan kerana memudahkan urusan membeli makanan dan ke tandas sewaktu memancing.

Khemah Hakim No. 3 / Khemah Jualan Makanan Dan Minuman
Yahuuu!...Mari Bersarapan
Oh jerebu!, sememangnya tahap penglihatan agak kabur ekoran jerebu tebal di awal pagi, walaupun tiada tanda-tanda hari akan hujan nasib baik cuaca masih belum panas dan berbahang. Kali ini Admin ingin mencuba menggunakan umpan potongan daging 'Hotdog' yang dibeli di pasar raya sekitar rumah manakala Hairul menggunakan umpan tradisi iaitu Cengkerik.

Eksperimen Umpan Hotdog...Hehehe
Mengikut kata Marshal yang ditugaskan menjaga para peserta, seawal jam 8:15 pagi tadi beberapa orang pemancing telah berjaya mendaratkan Ikan Temoleh bersaiz juara. Kesahihan berita itu telah bertambah kukuh apabila Admin melihat di laman sosial Perbadanan Putrajaya melalui telefon pintar apabila gambar-gambar mereka telah mula di muat turun ke laman tersebut. Wah, ini boleh melemahkan semangat kami.

Admin Dan Hairul - Hanya Kami Berdua Sahaja Kali Ini...
Pandangan Bervisi Orang Cakap...
Beberapa kali kejadian tali bersimpul diantara pemancing lain berlaku berpunca dari arus air yang agak deras dan terdapat sesetengah para pemancing yang membuat balingan menyilangi antara satu sama lain. Resam memancing apabila memancing secara rapat-rapat dan ramai mesti akan bersimpul apabila salah seorang mula menggulung tali untuk menukar umpan, layan...

Jerebu...Jerebu...Jerebu...
Marshal Berteduh Bawah Pokok Kelapa - Baik-Baik Bang!
Dari pagi hingga menjelang tengah hari cuaca semakin berbahang, tidak ada sebarang 'ketuk' yang dirasakan pada joran kami. Hendak mengatakan tiada ikan pun tidak boleh kerana ada juga kadang-kadang jiran-jiran memancing berjaya menaikkan Ikan Toman dan Ikan Keli. Mungkin belum ada rezeki kami.

Antara Hasil Yang Berjaya Dibawa Naik...
Ikan Toman Mendominasi...
Akhirnya masa pertandingan pun tamat, keputusan kali ini seperti biasa tiada hasil yang berjaya dibawa naik bermakna kami gagal lagi pada Sirkit kali ini. Sekarang apa yang boleh kami lakukan adalah mengemas peralatan memancing dan beredar ke khemah utama untuk "Sesi Cabutan Nombor Bertuah.

Khemah Utama
Masing-Masing Menyemak Nombor Bertuah...
Antara Hadiah-Hadiah Untuk Pemenang...
Sekian sahaja laporan aktiviti memancing P2U Angler buat semua para pembaca blog Pancing2u, nantikan aktiviti memancing kami seterusnya dan jangan lupa untuk kongi aktiviti memancing ada ke emel Admin, In sha allah.

-Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...