08 September 2015

Sirkit Pancing Putrajaya 3/2015

Ya...Mari! Mari! Mari! Ianya kembali lagi....

Sirkit Pancing Putrajaya 3/2015 bakal berlangsung di Tasik Persint 8, Putrajaya. Bersemperna dengan "Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP)" manakala tarikh pertandingan pula pada 13 September 2015 dari jam 7:30am hingga 12:30pm. Hadiah-hadiah yang di tawarkan juga agak menarik berbanding tahun lalu disamping itu terdapat juga cabutan bertuah untuk peserta. Untuk sebarang maklumat pertandingan boleh menghubungi nombor telefon yang tertera didalam iklan tersebut atau lawati laman sesawang tertera. 

Sedikit tips yang boleh dikongsikan oleh Admin kepada mereka yang baru dan ingin menyertai Sirkit ini adalah pastikan anda tiba awal dilokasi, mematuhi segala syarat-syarat pertandingan dan menyediakan umpan yang paling mantap sebagai bekalan ketika pertandingan. Setakat hari ini P2U Angler masih belum beroleh sebarang hadiah namun in sha allah kami akan terus berusaha menyertai dan menyokong pertandingan berprestij ini. Akhir kata, kepada pemancing yang menyertai pertandingan tersebut jangan lupa untuk bertemu kami di sana, bolehlah kita bertukar-tukar pandangan serta tips. Selamat memancing.

POSTER SIRKIT PANCING PUTRAJAYA 3/2015
LOKASI SIRKIT
-Copyright @ Pancing2uTM-

P/S: Kalau terserempat dengan P2U Angler jangan lupa untuk bertegur sapa..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...