Hasya Joran
RJ Tackles (SA0286306-P)
A-01-08 Pantai Business Park,
Jalan Pantai Baru,
59200 Kuala Lumpur.
Telefon:
+603-2202 0728 (Kedai)
+6012-209 0728 (Reza)
GPS Coodinate:
N03'07.001 E101'40.149
Website:
http://www.hasyajoran.com
Facebook:
HASYA JORAN Pantai Baru
Pintu Depan Kedai |
Ijat Jadi Model Pintu Masuk |
Assalamualaikum dan salam pacak! kepada semua pembaca Pancing2u yang dihormati, semoga berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan bersemangat untuk meneruskan aktiviti memancing anda semua. Negara kita sekarang dilanda cuaca yang tidak mengizinkan iaitu "Jerebu Tebal". Cuaca sebegini sememangnya amat merbahaya sekiranya kita terdedah secara berterusan lebih-lebih lagi ketika turun memancing. Banyak aktiviti memancing terpaksa dibatalkan demi menjaga keselamatan diri agar tidak jatuh sakit. Admin sendiri terpaksa membatalkan beberapa trip memancing bersama kawan-kawan ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang.
Tidak Terlalu Besar / Kecil |
Pandangan Dari Bahagian Belakang |
Walau bagaimana pun kalau sudah bergelar pemancing tegar, mana boleh tahan kalau tidak turun memancingkan, boleh menggigil tangan dibuatnya. In sha allah pertengahan bulan September 2015 ini Admin dan kawan-kawan akan turun ke perairan Kuala Selangor mencari spesies-spesies plagik yang ganas. Tempahan bot telah dibuat 1 bulan awal dari tarikhnya ekoran lambakan pemancing turun ke laut buat kali terakhir tahun ini, almaklumlah orang cakap bulan September merupakan "Sesi Penutup Tirai" kerana musim Monsun kian bermula.
Ijat Sedang Melihat Aksesori-Aksesori Yang Dijual |
Oleh yang demikian maka peralatan dan kelengkapan untuk trip ke laut harus disediakan atau diselenggara dengan baik dan mencukupi, jadi tidak adalah timbul kes kawan-kawan marah sebab pakai barang pancing mereka atau masalah teknikal ketika diatas bot nanti. Baiklah cerita pada kali ini adalah lawatan P2U Angler ke Hasya Joran cawangan Pantai Baru (*alamat dan lokasi sila rujuk di atas) buat pertama kalinya. Kalau tidak silap Admin, kedai ini sudah hampir 1 tahun beroperasi cuma kami yang masih tidak berkesempatan untuk melawat ke sana. Sekiranya ada para pembaca yang telah pergi bolehlah berkongsi pengalaman mereka dengan menghantar emel kepada Admin.
Bergambar Dengan Bro Pai... |
Tiba sahaja di dalam kedai tersebut, kami di sambut baik oleh seorang penjaga kedai, nama beliau "Pai" dan merupakan seorang yang peramah dan baik. Menurut beliau taukeh kedai keluar sekejap untuk makan tengah hari maka terpaksalah Si Pai melayan kami. Banyak peralatan dan kelengkapan untuk memancing siap tersedia mengikut jenis dan jenama. Aksesori seperti Topi, Baju, Jaket Keselamatan dan pelbagai lagi boleh dipilih oleh pengunjung. Barang-barang pancing seperti Lures Box, Fishing Net, Lures, Live Baits, Hook, Rod dan Reel serta line dari pelbagai jenis juga terdapat di sana.
Admin Posing Sekejap... |
Bahagian Joran |
Admin tertarik dengan Jaket Keselamatan keluaran Seahawk lalu cuba untuk memakai dan bertanya fungsi serta cara penggunaannya, Si Pai juga tidak lokek untuk berkongsi tentang cara dan teknik penggunaan jaket keselataman tersebut. Mungkin akhir tahun nanti Admin akan sambar satu untuk koleksi ketika turun ke Tasik Kenyir nanti.
Pilihan Reel Dari Pelbagai Jenama |
Hook Pelbagai Saiz Mengikut Citarasa Pembeli |
Koleksi Gewang Salt Water / Fresh Water |
Akhir kata, Admin rasa Hasya Joran cawangan Pantai Baru ini juga mempunyai stok barang-barang yang mencukupi lagi pun ianya sebuah perniagaan "Orang Kita" maka sedang eloklah untuk di sokong bersama. Kepada mereka yang ingin mencari barang-barang kelengkapan memancing bolehlah turun ke sini untuk melihat sendiri dan jangan lupa untuk tawar menawar kerana menurut Si Pai, harga boleh dirunding.
-Assalamualaikum.
assalam
ReplyDeleteblh sya tau buka kul bpa ttup kul bpa
Waalaikumsalam...
ReplyDeleteUntuk makluman, kedai Hasya cawangan Pantai Baru telah ditutup dan berpindah...
Dukacita sekian info.
patut cari tak jumpa... sekarang beroperasi di mana
ReplyDelete