![]() |
Baitcaster |
![]() |
Spinning |
- Jangan sesekali meletakkan kekili anda di atas tanah berpasir kerana bearing boleh rosak jika dimasuki pasir halus.
- Jangan biarkan kekili anda berjemur terlalu lama dibawah terik matahari kerana ia boleh menyebabkan keretakan pada bahagian kekili yang dilerbuat dari plastik.
- Sebaiknya gunalah kekili yang sepadan dengan padang pancing. Sebagai contoh jika memancing di laut, gunalah kekili khusus untuk kegunaan air masin.
- Selepas memancing di air masin, bilas segera kekili anda dengan air tawar bagi mengelakkan pembentukan garam pada spool. Jika rajin, keluarkan tali dari spool agar dapat mencuci diseluruh bahagian.
- Sebaiknya juga gunalah siri kekili dengan saiz ikan yang dipancing. Semakin besar ikan yang dipancing, semakin besarlah siri kekili yang digunakan.
![]() |
Gunakan Set Pembersihan Kekili Yang Boleh Didapati Di Kedai Pancing |
- Sentiasa lancarkan pusingan gear dengan menggunakan minyak gelincir. Begitu juga pada bearing dan pengayuh.
- Gunakan peralatan membersihkan kekili yang terdapat di kedai menjual peralatan pancing agar memudahkan kerja pembersihan kekili anda.
- Jika kurang mahir, sebaiknya menghantar kekili ke kedai pancing untuk diservis agar kekili tidak bertambah rosak.
![]() |
Simpan Didalam Sarung |
- Sebaiknya simpan kekili didalam kain sarung atau beg bila tidak digunakan atau setiap kali nak dibawa memancing agar tidak calar atau patah.
- Mengendalikan kekili dengan baik ketika bertarung dengan ikan. Belajarlah teknik dan cara bagi memanjangkan jangka hayatnya.
No comments:
Post a Comment