Aktiviti didalam dunia memancing sememangnya indah dan mencabar, untuk menjadi seorang pemancing yang mempunyai kelas tersendiri dan turut sama bersaing di dunia pemancingan ini seseorang pemancing itu harus menimba ilmu dan memperluaskan skop aktiviti pemancingan mereka sebagai contoh mencari lubuk-lubuk baru, memelihara ekosistem, melindungi sumber hidupan liar dan sebagainya.
Ekpedisi mencari
'Raja Sungai' di kawasan sungai pergunungan kali ini telah dijalankan oleh wakil tunggal P2U Angler iaitu Shawn dan 2 Saudara beliau. Trip kali ini merupakan trip berkhemah sambil memancing di Sungai Benus, Janda Baik Pahang. Seawal jam 9 pagi Shawn, Yus dan Zul sudah memulakan perjalanan dari UIA dan memakan masa 30 minit untuk sampai ke tapak perkhemahan (Camp Point) Lubuk Luas, Janda Baik. Setelah berhenti seketika untuk berehat, mereka tetap mencuba untuk melabuhkan joran buat seketika mencuba nasib mana tahu jika tersangkut penghuni dikawasan itu namun tiada sebarang sambaran yang diterima lalu mereka meneruskan kembali perjalanan dan mengambil masa lebih kurang 30 minit lagi dan tiba di lokasi pada pukul 2 petang.
|
(Tiba di Sungai Benus, Lubuk Yang Akan diduga Penghuninya) |
Misi asal mereka sebenarnya adalah untuk melakukan sesi pancingan di Kepala Gua, Janda Baik namun keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan banyak pokok tumbang serta laluan 'Trekking' tersebut telah terpadam maka hasrat untuk ke sana telah dibatalkan demi menjaga keselamatan diri. Kebetulan terdapat lubuk lain yang boleh diduga maka mereka mencuba untuk berkhemah di situ.
|
(Cari Tapak Perkhemahan) |
|
(Khemah Sudah Pasang - Apa Lagi Pancinglah!) |
|
(Masak Air Sungai Sebab Bekalan Air Sudah Habis) |
Apabila memancing di dalam hutan pendalaman begini, bekalan stok makanan dan minuman haruslah mencukupi bagi mengelakkan kelaparan dan hidrasi. Bekalan makanan segera seperti Roti, Nasi Goreng, Meggi dan Air Mineral amatlah membantu dikala kita penat memancing dan memerlukan tenaga. Menurut kata Shawn, mereka bertiga terpaksa minum air sungai yang telah dimasak ekoran kehabisan air putih dan memasak menggunakan batang buluh yang di potong sekitar kawasan sungai.
|
(Gambar Kenangan Di Sungai Benus, Janda Baik) |
Setelah semua persiapan khemah dipasang kini saat yang ditunggu-tunggu tiba iaitu sesi memancing di Sungai Pendalaman. Masing-masing fokus menduga makhluk dasaran disitu. Teknik yang digunakan adalah "Bottom" dan "Drifting". Ini kerana arus sungai yang tidak telalu deras dan dalam oleh itu aplikasi dua teknik ini lebih mudah di lakukan. Umpan Cengkerik dan Cacing digunakan pada kali ini, disebabkan gewang-gewang dan set "Casting" tidak dibawa.
|
(Ikan Kelah) |
|
(Ikan Tengas Hijau) |
|
(Ikan Sebarau) |
|
(Ikan Baung Liar) |
|
(Antara Hasil Tangkapan Sungai Benus, Janda Baik) |
Hujan lebat berlaku pada malam sesi perkhemahan menyebabkan sesi pancingan pada malam hari tergendala dan sukar dijalankan. Kami tetap berusaha memancing namun gagal mendapatkan sebarang sambaran. Kedudukan khemah kami yang tidak berapa stabil disebabkan berada di atas akar kayu menyebabkan kami bertiga tidak begitu selesa dan hanya tidur-tidur ayam sahaja sehingga keesokan paginya. Tepat jam 9 pagi kami bersiap-siap untuk mengemas barang-barang perkhemahan dan keluar dari Sungai Benus pada pukul 11 pagi. Sekian sahaja aktiviti kami pada kali ini. Sekian terima kasih diucapkan kepada pembaca Pancing2u dan jangan lupa untuk turun ke lubuk ini kerana ikan-ikannya masih terpelihara dan spesies tarikan seperti Kelah, Tengas dan Sebarau masih banyak.
|
(Goreng Pun Sedap!) |
No comments:
Post a Comment