Casting adalah satu kaedah memancing dengan
membuat lontaran umpan atau gewang ke sasaran kemudian mengarau kembali tanpa
perlu menunggu umpan jatuh ke dasar atau diragut ikan. Umpan yang digunakan untuk mengilat adalah seperti ikan, udang dan jenis
serangga/haiwan. Umpan tiruan adalah replika gewang dan sesudu (spoon). Ikan
biasanya menerkam umpan atau gewang yang dilontar ketika proses mengarau.
Teknik ini sesuai untuk aktiviti siang hari atau di kawasan terang. Jika
mengilat sebelah malam, gunakan replika lut sinar.
POPPING
Teknik ini lebih mirip seperti casting. Bezanya ialah
penggunaan replika umpan tiruan yang berbeza. Teknik ini menggunakan ‘popper’
yang pelbagai bentuk dan jenis. Popper akan menghasilkan bunyi ‘poop’ ketika
proses mengarau selepas lontaran. Karauan untuk aktiviti popping lebih pantas berbanding casting supaya popper yang dikarau akan melanggar ombak/ permukaan air lalu mengeluarkan bunyi. Bunyi yang dihasilkan ini pula akan menarik perhatian ikan yang berkeliaran di kawasan berhampiran. Teknik ini boleh dilakukan siang atau malam. Teknik ini banyak meniru pergerakan ikan terbang di permukaan air.
JIGGING
Teknik ini mengilat secara mengujun (henjut) menggunakan
umpan tiruan yang di panggil ‘jig’. Jig biasanya diperbuat daripada kepingan
timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat dengan warna garang
dan terang yang luminous atau lutsinar. Teknik ini memerlukan ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing perlu
beraksi sepanjang masa bagi mengunjun jig supaya ia menjadi efektif. Jig akan
dihulurkan ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi
sambil mengujun joran berselang seli ketika proses karauan laju. Teknik yang
menjadi kegilaan masa kini boleh dilakukan sama ada siang dan malam.
BOTTOM FISHING (Pancing Dasar)
Teknik ini berkait rapat dengan teknik
memancing menggunakan umpan dengan kaedah tradisional. Umpan perlu dilabuhkan
ke dasar dengan sasaran tertumpu kepada spesies ikan dasar. Boleh dipraktikkan
di kolam, sungai, tasik dan laut mengikut keadaan semasa. Sesuai dilakukan
siang dan malam.
DRIFTING (Menghanyut)
Umpan terutama umpan hidup. Ia perlu
dilepaskan ke sasaran tanpa menggunakan ladung. Pelampung dan belon sering
digunakan. Ia sesuai di perairan yang berarus sederhana dan berangin. Boleh
dilakukan siang dan malam.
info yang menarik ni bro,... blh d peraktikkan ni,... hehe
ReplyDeleteYerp...
ReplyDeleteSila..sila.