Berikut adalah 10 perkara yang sentiasa dilupakan oleh pemancing yang akhirnya berkesudahan dengan berputih mata.
1) Setting Pada Drag
Pastikan drag anda disetkan pada kadar tali utama boleh keluar dengan licin (smooth) tanpa tersentak-sentak (jerking) selepas umpan dilabuhkan. Prosedur ini perlu bagi menjamin tali anda tidak putus jika dilarikan oleh ikan besar. Malahan jika silap haribulan joran dan peralatan anda juga boleh terbang kedalam laut.
2) Posisi Joran
Pacakkan joran anda pada tempat yg sesuai dan kuat bagi menahan joran anda dari terjatuh atau dilarikan jika umpan anda dimakan ikan besar. Jika joran anda terjatuh semasa ikan memakan umpan, perkara saperti tali terbelit pada joran, pada batu atau halangan yg lain akan menyebabkan tali mudah putus akibat asakan ikan. Jika anda menyandarkan joran anda pada dinding atau batang kayu semasa memancing pastikan tali anda tidak bergeser dengan dinding atau batang kayu tersebut, gunakan kain atau sesuatu yg lembut sebagai alas tali.
3) Kendurkan Tali
Sentiasa kendurkan tali sedikit ketika joran anda didalam keadaan menanti umpan anda disambar ikan terutamanya jika menggunakan umpan hidup. Prosedur ini dapat mengurangkan kecurigaan ikan ketika melarikan umpan terutamanya ikan pemangsa saperti Siakap, Jenahak dan Senangin. Juga dapat menjadi 'Shock Absorber' kepada tekanan keatas tali utama jika sentakan yg kuat berlaku secara tiba-tiba dari ikan besar.
4) Cara Ikatan
Pastikan ikatan tali utama pada swivel anda kuat dan baik. Ikatan ini amat kritikal bagi memastikan keseimbangan tali utama dan perambut anda didalam keadaan yang selamat ketika bertarung. Begitu juga swivel anda boleh berpusing dgn baik dan ‘Snap Lock’ nya juga bertahan dengan baik.
5) Periksa Tali
Ketika memasang tali pada joran periksa setiap inci tali utama yg hendak disambungkan pada swivel. Jika ada tali yg terluka atau patah, potong dan buangkan.
6) Periksa Cincin Joran
Periksa setiap cincin joran terutamanya cincin dihujung joran yang amat kritikal penggunaannya. Buang dan gantikan jika terdapat calar ataupun sudah longgar.
7) Ancaman Binatang Luar
Jika memancing dikawasan yg dikenalpasti mempunyai binatang buas saperti Monyet, Kera dan Burung Gagak pastikan umpan, makanan , minuman dan beg persendirian anda di ikat dan ditutup dengan kemas kerana anda boleh berputih mata dengan karenah mereka. Pastikan air umpan hidup anda sentiasa diperbaharui.
8) Periksa Mata Kail
Pastikan mata kail anda sentiasa tajam, buang dan gantikan yg sudah tumpul atau berkarat. Jika mata kail anda dari jenis stainless steel ianya boleh diasah supaya tajam.
9) Ikut Haluan Arus
Jika memancing diatas bot, setelah sauh bot dijatuhkan, tunggu sehingga bot tetap mengikut haluan arus sebelum melabuhkan umpan. Cara yang terbaik untuk menurunkan umpan ialah dengan melemparnya jauh dari bot dahulu, kemudian baru ditarik ketepi bot. Ini dapat mencegah tali perambut dari berbelit-belit dengan tali utama.
10) Jika Tali Sangkut
Jika tali anda tersangkut, jangan gunakan kekuatan joran atau kekili anda untuk memutuskannya, ianya akan merosakkan peralatan anda. Sebaliknya gunakan kain, tuala atau baju anda yg dibelitkan pada tangan anda untuk menarik dan memutuskan tali.
No comments:
Post a Comment