|
(Inilah Kolam Siakap RM3.00) |
|
(Pondok Untuk Berteduh Disediakan) |
Assalamualaikum wbt diucapkan kepada para pembaca Pancing2u semoga dalam keadaan yang sihat dan sejahtera. Pada sesi kali ini ahli P2U Angler telah menerjah kolam yang tidak asing lagi dikalangan kaki pancing area Kuala Lumpur dan Selangor yakni Kolam Siakap Rm3.00 yang terletak di Jugra, Banting. Trip kali ini hanya sekadar ingin mencari lauk sahaja almaklumlah kolam ini kalau diikutkan sudah banyak kali di masukkan kedalam blog ini.
|
(Rilek-Rilek Sambil Hisap Rokok) |
|
(Siakap Pertama Berjaya Didaratkan) |
Trip kali ini hanya Saya (Admin) dan Torres yang turun untuk menjerat Sang Siakap. Trip bermula agak lewat sedikit disebabkan pada sebelah paginya masing-masing mempunyai hal sendiri maka 'Komplot' terpaksa dijalankan sebelah petang akan tetapi masa tidak sedikit pun menjejaskan fokus kami kerana sememangnya kami lebih arif tentang perihal kolam tersebut dan hanya memerlukan lebih kurang 1 jam untuk mendapatkan hasil yang lumayan.
|
(Itu Dia 2 Ekor Siakap Saiz Hidangan Tertewas!) |
Selepas membayar yuran masuk sebanyak Rm3.00 untuk sebatang joran dan kami membeli umpan udang sebanyak 10 ekor seorang. Udang di situ kecil sahaja saiznya kerana Siakap di situ tidaklah bersaiz gadang maka umpannya juga kecil. Kami mencari port bertentangan dengan kincir air kerana dikatakan ikan akan bermain-main di kawasan tersebut kerana peratusan oksigen dalam kolam adalah lebih tinggi disitu. Joran pun mula dilabuhkan tidak sampai 5 minit kami 'Casting' dan beberapa henjutan dilakukan sambaran dari penghuni dasaran telah diterima.
|
(Siakap-Siakap Hasil Pancingan Saya Sahaja) |
Terasa getuan kecil disusuli tarikan rakus dari Siakap kolam tersebut. Disebabkan saiznya tidaklah sebesar mana anggaran bawah 700gram maka kami hanya karau seperti biasa dan akhirnya ikan tertewas. Seekor demi seekor Siakap kami naikkan dan terasa penat bukan disebabkan bertarung dengan ikan tetapi disebabkan sangkut ikan pada hook dan tali sebelum dilepaskan kembali kedalam kolam.
|
(Torres Juga Berjaya Mendaratkan 4 Ekor Ikan Siakap) |
Lebih kurang banyak hasil yang telah diperoleh dimana saya berjaya mendaratkan 6 ekor Siakap dan Torres pula 4 ekor Siakap agak-agakcukup untuk dibuat lauk seminggu maka kami pun berhenti memancing dan mula berkemas untuk pulang nanti lebih lama kami disini dan lebih banyak ikan dinaikkan tidak pasal-pasal tol yang dikenakan semakin mahal.
|
(Weeehooo...Hati Gembira) |
Tiba di kaunter depan kolam ikan dimasukkan kedalam bakul untuk ditimbang oleh taukeh kolam, saya dikenakan bayaran sebanyak Rm32.70 bagi hasil timbangan seberat 2.18kg bersamaan 6 ekor Siakap manakala Torres pula dikenakan bayaran sebanyak Rm24.50 bagi hasil timbangan seberat 1.9kg bersamaan 4 ekor Siakap.
|
(TOL@ Ikan Harus Ditimbang Sebelum Dibawa Pulang) |
Alhamdulilah akhirnya kami berjaya mendapatkan lauk untuk minggu ini, kepada pembaca Pancing2u jika terasa ingin untuk mencuba memancing disini datanglah. Lokasinya adalah seperti berikut:
- Dari Kesas Highway terus sehingga Teluk Panglima Garang.
- Sehingga jumpa Bulatan kecil terus sahaja.
- Sampai Traffic Light simpang 4 belok kiri
- Terus sampai jumpa Jambatan Besar Merentas Sungai.
- Terus sampai jumpa Masjid Al-Islah sebelah kiri
- Lebih kurang 200 meter belok kanan.
- Terus sampai hujung jalan belok kiri.
- 100 meter belok kanan
- Terus sampai hujung jalan dan sampai.
SAKSIKAN VIDEO PANCING KAMI
No comments:
Post a Comment