(Pemandangan Kolam Di Waktu Pagi) |
Pada hari Sabtu lepas, ahli P2U Angler telah menerjah ke Kolam Green Paradise (GP) yang terletak di Rawang, Selangor Darul Ehsan. Bagi kaki-kaki pancing mungkin telah biasa mengunjunginya akan tetapi bagi mereka yang belum pernah ke sana anda bolehlah pergi menduga makhluk dasaran disana.
(Awal Pagi Dah Tercegat Di Kolam - 1st 'Debut' @ Lebai) |
Cara untuk kesana sekiranya anda dari pusat bandaraya Kuala Lumpur adalah dengan melalui lebuhraya Jalan Kuching terus sahaja sehingga anda melepasi bulatan Selayang, kemudian akan nampak Pasar Selayang di sebelah kiri dan kanan anda dan teruskan memandu sehingga naik bukit dan kemudian terus turun bukit dan anda akan nampak Taman Rimba Templer disebelah kanan jalan anda. 100 meter sebelah kiri anda simpang perumahan dan kolam tersebut berada disekitar perumahan itu, kalau tanya pakcik 'Guard' mereka pasti tahu.
(Casting Yeop!!!...) |
Berbalik kepada cerita tadi, kami tiba seawal jam 9am di kolam tersebut dan kelihatan ramai pemancing yang sudah berada disana, rata-rata sedang sibuk mengilat. Setiap 15 - 20 minit pasti akan ada sambaran yang diterima oleh pamancing disitu agaknya waktu ikan sedang makan. Trip kali ini disertai oleh Saya (Admin), Ringgo, Jojo dan Lebai yang merupakan penampilan pertama beliau memancing bersama kami. Lebai merupakan otai memancing memandangkan beliau adalah yang paling 'Senior' anda kami.
(Lebai Dan Ringgo Menunggu Ikan) |
Masing-masing berpecah untuk mencari port yang baik dan menarik sesuai untuk persembahan mengilat. Balingan demi balingan dibuat namun masih tiada sebarang sambaran diterima oleh saya mahupun rakan yang lain. Namun dalam pada masa itu terdapat beberapa pemancing lain yang kerap kali menerima sambaran dari Siakap kolam itu. Pada pandangan saya mungkin masih belum ada rezeki, biarlah.
(Rod Seahawk 5'ft Dan Kekili Daiwa Crest 1500) |
Saya cuba untuk berpindah ke port yang lebih baik, dan masih berusaha mengilat Siakap. Agaknya perambut saya terlalu pendek rasanya kerana pada pendapat saya perambut paling kurang haruslah panjang 1 hasta atau 1/2 depa (*Sila betulkan saya sekiranya silap diruang komen). Untuk mengilat ikan Siakap, panjang perambut harus dititik beratkan disebabkan ianya selalu bermain di kawasan tengah dasar air.
(Dah Naik Siakap...) |
Tiba-tiba dari jauh kelihatan Lebai sedang bertarung dengan mangsanya, boleh tahan juga tarikannya, otailah katakan. Ada pemancing berbangsa Cina membantu menangguk ikan beliau. Akhirnya Lebai berjaya menewaskan seekor Siakap berat 1.8kg dan sepanjang 50cm. Bolehlah, penampilan sulung dah membuahkan hasil orang cakap.
Saya, Ringgo dan Jojo masih belum mendapat sebarang sambaran dari penghuni di sana. Apalah nasib, sudahlah tempoh hari 'Kumpau' di kolam Seri Tanjung. "Sabar Itu Separuh dari Iman", bak kata pepatah tersebut kami masih lagi cuba mengawal kesabaran. Tekanan dirasakan kerana sesi pancingan kami hanya dihadkan selama 2 jam berikutan masing-masing mempunyai hal di waktu tengah hari, oleh itu andai dapat seekor seorang pun jadilah.
(Siakap Juvenil Berat 1.8kg Dan Panjang 50cm) |
Jojo ada mendapat sambaran namun umpannya dibawa lari dan terlucut dari mata kailnya berkemungkinan Kaci atau Senangin Taiwan. Saya dan Ringgo masih belum merasa sebarang sambaran. Akhirnya masa yang diperuntukkan telah tamat, kami tiada pilihan lain selain dari berhenti memancing dan beredar dari kolam disebabkan ada hal.
Akan tetapi alhamdulilah syukur kerana walau kami 'Kumpau' namun P2U Angler masih berjaya membawa balik seekor Siakap milik Lebai sebagai trofi dari kolam tersebut. Sekian sahaja cerita dari kami untuk tatapan para pembaca Pancing2u, sehingga bertemu lagi dalam cerita akan datang. Assalamualaikum WBT.
No comments:
Post a Comment