|
(Kelengkapan Perang Kami) |
Semalam satu 'komplot' menerjah Kolam Seri Tanjung, Port Klang telah dijalankan. Seramai 3 orang ahli P2U Angler telah menyertainya antaranya Saya (Admin), Torres dan Ringgo. Misi kali ini lebih kepada mencari Sang Kerapu yang diidam-idamkan oleh kami selain itu untuk menguji joran Expert dan Kekili PENN Battle 1000 yang baru dibeli si Ringgo.
|
(Memancing Dibelakang Kincir Air) |
Setelah semua berkumpul di Seksyen 7, Shah Alam di rumah Torres dalam pukul 9 malam kami bergerak k ke lokasi dengan menaiki R3 milik saya dan tiba di destinasi sekitar pukul 9.30 malam. Pakej yang di ambil adalah selama 3 jam sahaja memandangkan esok merupakan hari kerja oleh itu tidak wajar jika pulang lewat. Bayaran deposit sebanyak RM80.00 di kenakan untuk tempoh 3 jam dan selebihnya akan dipulangkan apabila tamat waktu memancing.
|
(Ringgo Mencuba Senjata Barunya) |
Umpan yang digunakan kali ini adalah Udang dan Belanak. Port yang dipilih adalah port sama tempoh hari kerana rata-rata antara kami ingin mengilat. Ramai juga pemancing-pemancing lain yang berada di kolam tersebut walaupun pada hari bekerja ini secara tidak langsung boleh menyebabkan peratusan 'Kumpau' adalah tinggi. namun kami tetap dengan pendirian ingin memancing pada malam itu juga.
|
(Ikan Oh Ikan Dimana Kau...) |
Nampaknya setelah 2 jam masa berlalu masih tiada sebarang sambaran yang diterima oleh kami begitu juga dengan pemancing-pemancing lain yang berada di kolam tersebut. Bunyi Siren ada juga 2 ke 3 kali dibunyikan menandakan ada ikan dilepaskan namun masih tiada sambaran berlaku adakah ikan-ikan di kolam tersebut culas dengan kehadiran ramai pemancing atau mungkin juga faktor air yang kotor menyebabkan ikan plagik menjadi tidak sihat dan kurang aktif memburu.
|
(Hasil Malam Itu Yang Ditambat Ditepi Kolam) |
Setelah kami semua hampir putus harapan dan ingin pulang, tiba-tiba joran Tores diseret kuat oleh penghuni dasaran menyebabkan kekili Abu Garcia Omega 4000 beliau berdesing kuat. Pecutan padu yang dilakukan oleh ikan tersebut nampaknya menyebabkan Torres terpaksa berhempas pulas menahan asak. Saya sudah sedia di sebelahnya dengan tangguk yang dibawa dari rumah untuk membantu menangguk ikan tersebut. Akhirnya tertewas juga seekor ikan Merah berskala 1.2kg, bolehlah orang cakap dari 'Kumpau'. Torres kiranya telah memecahkan ke 'Kumpauan' an yang melanda para pemancing pada malam itu dengan berjaya menaikkan ikan diwaktu-waktu hambar sebegini.
|
(Champion Malam Tersebut) |
Setelah tamat masa 3 jam yang diperuntukkan, maka keputusannya berakhir dengan hanya seekor hasil tangkapan Merah yang berjaya diperoleh P2U Angler pada sesi kali ini. Sekian sahaja laporan yang boleh dikongsikan bersama anda semua nantikan aktiviti pancingan kami seterusnya di Kolam Green Paradise, Rawang dan Kolam Sentul. Assalamualaikum.
|
(Ikan Merah - 1.2kg) |
bro, ni ikan merah bukan mj
ReplyDeleteOkey bro dah update...
ReplyDelete