|
(Pemandangan Kolam Seri Tanjung, Port Klang Di Waktu Pagi) |
Nampaknya percaturan yang telah dibuat oleh kami ahli P2U Angler telah berhasil dalam usaha menjerat spesies Kaci yang jarang dinaikkan di Kolam Seri Tanjung, Port Klang atau lebih dikenali ramai dengan nama Kolam Itik. Ahli komplot kali ini hanya Saya (Admin) dan Torres yang turun memancing. Saya telah ke rumah Torres di Shah Alam dengan menaiki motorsikal dan ke lokasi dengan menumpang kereta beliau.
|
(Pemandangan Laut - Dari Belakang Kawasan Kolam) |
Pada pengamatan kami lagi ramai pemancing yang turun ke kolam ikan akan lebih culas dan tidak mahu menjamah umpan. Oleh itu pakej pukul 11 malam sehingga 5 pagi yang dijangka akan penuh dengan pemancing tidak kami ambil. Strategi pada kali ini yang dapat kami laksanakan mudah sahaja, iaitu turun ke kolam seawal jam 5 pagi dan memancing sehingga pukul 8 pagi selama 3 jam iaitu selepas pakej memancing tersebut.
|
(Lepak Dihujung Kolam Bagi Mereka Yang Suka - MENGILAT) |
Sewaktu kami tiba di lokasi kelihatan para pemancing yang telah layan pakej memancing 11 malam hingga 5 pagi sedang berpusu-pusu keluar dari kawasan kolam, rata-rata antara mereka memegang trofi masing-masing ada yang mendapat 2 ekor, 3 ekor dan ada yang 'kumpau'. Saya dan Torres hanya menunggu mereka beredar dan memerhati dari pintu kolam untuk mencari spot-spot menarik sekitar kolam yang dirasakan menarik. Akhirnya kami telah ke bahagian hujung kolam diantara 2 kincir air. Sesuai untuk sesi mengilat.
|
(MJ @ Siakap Merah 1st - Lesen Pertama Saya) |
Boleh dikatakan hanya kami dan 2 ke 3 orang pemancing sahaja yang berada di kolam tersebut dan ini akan memberikan kelebihan kepada kami kerana tidak ramai yang memancing. Keadaan juga amat selesa dan tidak risau akan kejadian kes langgar tali pemancing lain ketika 'Casting' dan kami bebas memancing disekitar kolam. Sememangnya waktu tersebut sangat bagus untuk memancing, sekarang waktu Subuh dan sekejap lagi matahari akan naik maka ikan pun pasti akan keluar mencari makan.
|
(Ikan Dibiarkan Dalam Kolam Bagi Mengekalkan Kesegarannya) |
Kami hanya ada 3 jam sahaja oleh itu masa tersebut haruslah digunakan sepenuhnya. Saya membeli umpan Udang sebanyak 4 ekor dan 1 ekor Ikan Belanak untuk sesi pancingan ini manakala Torres pula menggunakan isi Ikan Kembung yang telah dipotong, beliau ingin menjerat sang Kerapu katanya. Masing-masing memilih spot yang baik dan dirasakan berpotensi. Saya pun mula mengilat di bahagian hujung kolam, baling dibuat dan membiarkan umpan tenggelam hingga ke dasar sebelum mula mengilat perlahan-lahan. Lebih kurang 3 kali saya baling dibuat tiba-tiba "Sreeeeeeettt" kekili Daiwa Crest 1500 saya berdesing, ketika saya ingin mengetatkan drag lalu tali saya rabut, Arghh...Nasib-nasib habis dilarikan perambut dan umpan saya. Makluk dasaran apa yang menyerang saya tadi. Namun silap saya juga kerana gagal mengikat dengan kemas perambut pada tali utama.
|
(MJ 2nd Yang Berjaya Dinaikkan Lebih Kurang 20 Minit Menunggu) |
Tanpa melengahkan masa, saya terus mengikat perambut baru dan kali ini saya telah pastikan yang ikatan betul-betul selamat. Umpan Udang hidup masih digunakan lalu menyambung untuk 'Casting' menggunakan teknik tadi lebih kurang 10 minit saya menunggu tiba-tiba "Sreeeeeeet' kekili saya berbunyi dan kali ini saya tidak akan melakukan kesilapan lagi bak kata pepatah "Pisang Tidak Berbuah Dua Kali". Nampaknya ikan tersebut tertusuk kemas dan satu larian padu dilakukan manakala saya sedang sibuk mengawal lariannya dari masuk terus ke dalam kolong bahagian tepi kolam tersebut.
"Tangguk!...Tangguk!" jerit saya.
Kelihatan sisik warna kemerah-merahan muncul ditepi kolam, nampak macam dah lemah lalu Torres berusaha menangguk trofi saya pada pagi itu. Alhamdulillah, akhirnya tertewas juga seekor MJ @ Siakap Merah gelaran Otai-otai kolam tersebut. Fuh, berpeluh juga menarik ikan anggaran 2 kg almaklumlah ini merupakan lesen pertama MJ saya. Menjadi juga taktik mengilat saya lakukan sebentar tadi, MJ tersebut telah di ikat kemas dengan 'Ring' lalu dicampakkan kedalam kolam untuk dibiarkan segar sebelum pulang.
|
(Alhamdulillah - 2 Ekor MJ @ Siakap Merah Dan Ikan Merah Bagi 3 Jam Pancingan) |
Perambut masih kuat dan tiada sebarang tanda kusut dan sebagainya lalu saya tinggal menganggukkan umpan Udang kembali. Masih pada kedudukan yang sama dan tidak sampai 20 minit saya menerima satu sambaran yang agak dasyat lariannya. Apa yang terfikir oleh saya adalah pastinya ini ikan Kerapu sebab kudratnya boleh tahan. Kawalan yang baik diberikan dan dibantu oleh Torres sebagai tukang tangguk ikan lalu saya berjaya mendaratkan seekor lagi MJ.
|
(Torres Menamatkan Zaman 'Kumpau'nya Di Kolam Seri Tanjung) |
Torres masih 'Kumpau' lagi, dan kemudian dia menukar taktik dengan memakai umpan Udang dan mengilat di bahagian tepi kolam. Misi untuk menawan Kerapunya masih diteruskan dengan memancing di bahagian tepi-tepi kolam tersebut. Tanpa disedari umpannya telah di sambar oleh makhluk dasaran di situ, dengan kawalan yang kemas akhirnya dia berjaya mendaratkan seekor Merah yang merupakan lesen pertama baginya dan akhirnya badi ke'Kumpau'an di Kolam Seri Tanjung ini berakhir setalah beliau berjaya menewaskan Merah tersebut.
|
(Saya Mendapat Lesen MJ @ Siakap Merah 1st - Alhamdulilah) |
Akhirnya masa yang diperuntukkan telah tamat dan kami tidak bercadang untuk menambah masa dan melanjutkan sesi pancingan kami, cukuplah sekadar ini untuk kali ini. In Sha Allah, pertengahan bulan ini ahli P2U Angler akan turun sekali lagi di kolam ini. Sekian terima kasih diucapkan kepada para pembaca Pancing2u yang sudi meluangkan masa membaca coretan kami.
2 mj, 1 ikan merah yg btl bro..
ReplyDeleteSalam En Kari,
ReplyDeleteOowh yer ker...terima kasih update kami, Nanti saya perbetulkan ya. :)
Dah agak dah yang sekor tu ikan merah cuma takda orang perbetulkan..
orait bro.. payah nk komen kot sb nk kene ade id. ape kata open sket kt bahagian komen ni utk anonymous. kalo xnk open sgt komen anonymous tu letak perlukan pengesahan admin sblm publish
ReplyDelete